home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Didik Anak Erti Tanggungjawab

Didik Anak Erti Tanggungjawab

Apa itu tanggungjawab?

Tanggungjawab bukan sekadar “bertanggungjawab”. Ia bermakna menjadi seorang individu yang boleh dipercayai dan diharapkan oleh individu lain dalam hal berkaitan komitmen dan janji, sentiasa memberikan yang terbaik, bertanggungjawab atas segala tingkah laku, menerima pujian dan mengakui kesilapan, serta dapat memberi sumbangan kepada keluarga dan komuniti.

Tanggungjawab merupakan kunci kejayaan yang penting sama ada dalam bidang akademik mahupun profesional. Kerana itu adalah amat penting mengajar anak anda menjadi seorang individu yang bertanggungjawab.

Tip mengajar anak menjadi bertanggungjawab

Mulai sedari kecil
Untuk mengajar tentang tanggungjawab, seharusnya ia dimulakan secepat yang mungkin. Sebaiknya diajar ketika anak-anak masih kecil. Jangan terlalu memanjakan mereka dan hanya berfikir untuk mendidik anak-anak soal tanggungjawab apabila mereka sudah remaja. Meletakkan bebanan tanggungjawab ke atas seorang individu remaja yang tidak pernah mengenali apa itu tanggungjawab sedari kecil atas satu kesilapan besar.

Biarkan anak-anak membantu

Jangan melakukan kerja rumah sendirian. Ajak anak-anak untuk turut membantu, walaupun mereka melakukan dengan perlahan dan kekok. Dalam masa yang sama, gunakan masa terluang ini untuk memberikan nasihat berguna yang dapat membantu mereka berdepan dunia nyata.

Ajari anak-anak

Pertama sekali, ajari anak anda untuk melakukan satu tugasan mudah. Jika mereka mahukan snek, tunjukkan di mana letaknya buah-buahan dan bagaimana mencucinya. Sekiranya mereka membuang pakai kotor di lantai, berikan bakul pakaian supaya mereka tahu di mana seharusnya dimasukkan pakaian kotor. Ajarkan tugasan yang bersesuaian dengan usia mereka.

Berikan pujian

Anak-anak kecil gemar melakukan sesuatu yang baru. Mereka turut ingin membuat sama seperti apa yang anda sedang lakukan. Mereka mahu membantu. Bagi mereka, tugasan rumah adalah lebih kepada bermain. Berikan pujian kepada mereka. Pastikan ia adalah pujian yang spesifik, dan bukan sekadar berkata, “Kerja yang bagus”. Beritahu mereka apa yang telah mereka lakukan dengan baik dan betul melalui pemilihan kata-kata yang lebih bermakna.

Realistik

Kerja yang dilakukan oleh kanak-kanak berusia 5 tahun boleh menjadi sangat bersepah. Itu yang harus anda jangkakan. Jangan terlalu berkeras kepada anak-anak. Tunjukkan cara yang betul untuk melakukannya.

Jangan beri ganjaran

Jangan biasakan anak-anak untuk mendapat ganjaran atas setiap perkara yang dilakukan. Memberikan ganjaran akan membuatkan anak anda mungkin terfikir bahawa mereka dibayar untuk menjadi seorang individu yang bertanggungjawab. Ini berkemungkinan besar ia akan menjadi satu tabiat untuk mereka mengharapkan ganjaran bagi setiap apa yang dilakukan. Jika anda masih ingin memberikan sesuatu kepada anak anda, berikannya ketika ia tidak berkaitan dengan perkara yang menjadi tanggungjawab anak anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada 04/01/2019
x