
Anda tidak perlu untuk menghantar anak anda kepada pencungkil bakat profesional untuk mengetahui bakat tersembunyi mereka. Sebagai ibu bapa, anda boleh mengesan bakat ini melalui beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
Bagaimana untuk mengetahui bakat tersembunyi anak anda?
1. Perhatikan mereka ketika mereka sedang bermain
Ketika anak anda sedang bermain, perhatikan sama ada mereka mereka cenderung untuk berlari, bermain bola sepak di padang atau duduk, melukis gambar pemandangan. Ataupun perhatikan juga sama ada mereka gemar mengorek pasir untuk mencari cacing dan pelbagai hidupan bawah tanah yang lain. Aktiviti kegemaran mereka ketika sedang bermain adalah petanda utama minat dan mereka. Teruskan memerhati anak anda sehingga anda dapat mengenalpasti kekuatan, kecenderungan serta potensi bakat tersembunyi mereka.
2. Ajar anak anda untuk mencuba perkara baharu
Dedahkan anak anda kepada banyak pengalaman dan biarkan mereka mencuba pelbagai jenis aktiviti agar mereka dapat mencari kesesuaian dan kekuatan diri mereka. Bawa anak anda ke pelbagai tempat, ajar mereka hobi baharu sambil berseronok melakukan pelbagai aktiviti bersama. Anda juga boleh menghantar anak anda untuk menyertai apa-apa jenis bengkel kemahiran untuk melihat sama ada mereka berminat atau tidak.
3. Bertanya kepada anak anda
Cara yang paling senang untuk mengetahui bakat tersembunyi anak anda adalah dengan bertanya apa yang mereka suka, impian dan cita-cita mereka apabila dewasa kelak.
Bagaimana untuk membantu anak anda menggilap bakat tersembunyi mereka?
Sejurus anda dapat mengetahui bakat tersembunyi mereka, anda perlu membantu mereka untuk menggilap bakat itu. Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh digunakan oleh ibu bapa dalam membantu anak anda menggilap bakat tersembunyi mereka.
1. Sentiasa menyokong anak anda
Sekalipun impian dan keinginan mereka tidak sesuai dengan kemahuan anda sebagai ibu bapa, anda tidak boleh menghancurkan harapan mereka dengan memberitahu impian mereka itu tidak mungkin boleh tercapai. Sebaliknya, anda hanya perlu memberi sokongan yang jitu untuk membuat mereka berasa bersemangat untuk mencapai impian mereka.
2. Sediakan latihan yang sewajarnya untuk anak anda
Sebagai ibu bapa, anda perlu membantu anak anda untuk mendapatkan latihan yang sewajarnya untuk menggilap skil mereka. Sebagai contoh, jika mereka sukakan muzik, daftarkan mereka untuk kelas muzik . Apabila dewasa kelak, pastikan anak anda berada di landasan yang betul dan tunjukkan sokongan kepada mereka dengan membenarkan mereka memilih sekolah atau pusat latihan yang sesuai dengan bakat dan minat mereka. Ini bertujuan untuk memberikan latihan yang sewajarnya bagi mengembangkan potensi bakat tersembunyi anak anda.
3. Berikan nutrien yang secukupnya kepada anak anda
Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlu memberi anak anda makanan yang mempunyai nutrisi yang secukupnya di dalam diet mereka agar mereka dapat memebsar dengan sihat dan kuat. Ini juga bertujuan untuk memacu mereka dalam proses menggilap bakat tersembunyi mereka agar mereka dapat mencapai potensi mereka yang sebenar-benarnya. Dengan semua sokongan ini, anak anda akan lebih bersedia untuk menjalani kehidupan akan datang berbekalkan bakat tersembunyi mereka yang sudah digilap sepenuhnya.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.