backup og meta

Anak Sekarang Tak Kenal Game Tradisi? Ini 9 Mainan Outdoor Budak 90-an, Bagus Untuk Otak!

Anak Sekarang Tak Kenal Game Tradisi? Ini 9 Mainan Outdoor Budak 90-an, Bagus Untuk Otak!

Mungkin ramai anak zaman sekarang tidak begitu mengenali apakah permainan kanak kanak zaman dulu. Ini termasuklah permainan seperti teng-teng dan galah panjang. Tahukah anda, bahawa permainan kanak-kanak zaman dahulu ini sebenarnya mempunyai manfaatnya yang tersendiri kepada perkembangan kanak-kanak?

Ini manfaat permainan tradisional untuk anak anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

9 permainan kanak kanak zaman dulu yang sangat baik untuk anak anda

Ini merupakan sembilan jenis permainan tradisional yang bukan sahaja popular dalam kalangan kanak-kanak zaman dahulu, tetapi mempunyai kebaikan yang tersendiri:

Permainan kanak kanak zaman dulu 1: Galah panjang

Galah panjang merupakan permainan yang memerlukan kerjasama ahli kumpulan untuk memenangi perlawanan.

Melalui permainan ini, kanak-kanak akan menjadi lebih aktif dan menggunakan otak mereka dengan cara yang lebih baik.

Ia bukan sahaja menggalakkan kerjasama antara ahli kumpulan, tetapi juga merangsang motor kasar otak anak dan melatih mereka untuk lebih fokus ketika melakukan sesuatu.

Selain itu juga, ia boleh meningkatkan perkembangan kemahiran komunikasi dalam diri anak.

Permainan kanak-kanak zaman dahulu 2: Teng-teng

Permainan teng-teng mungkin lebih digemari oleh anak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki kerana ia lebih mudah dan kurang mencabar untuk dimainkan.

Melalui permainan teng-teng, ia boleh membantu anak anda untuk membina kekuatan tubuh badan mereka.

Selain itu, ia juga boleh membantu koordinasi mata, tangan dan badan anak yang lebih baik.

Jika anak anda boleh berdiri atau melompat dengan sebelah kaki, ini petanda baik kerana ia merupakan satu pergerakan yang kompleks sewaktu perkembangan kanak-kanak.

Permainan kanak kanak zaman dulu 3: Tarik upih

Permainan tarik upih dapat memberikan keseronokan kepada kanak-kanak di samping dapat membina hubungan baik sesama rakan-rakan.
Permainan tarik upih dapat memberikan keseronokan kepada kanak-kanak di samping dapat membina hubungan baik sesama rakan-rakan.

Berbanding permainan teng-teng, permainan tarik upih ini mungkin lebih banyak dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berbanding anak perempuan.

Ini kerana ia perlu menggunakan lebih banyak kekuatan tubuh dan juga tenaga untuk menarik upih kelapa atau upih pinang.

Permainan tradisonal ini mengajar anak untuk bertoleransi dalam membuat keputusan kerana ia akan menentukan siapakah yang perlu menarik upih dan siapakah yang akan duduk di atas upih tersebut. 

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Permainan kanak-kanak zaman dahulu 4: Main congkak

Siapa sahaja yang tidak mengenali permainan congkak. Dahulu, papan congkak hanya boleh didapati dalam bentuk kayu sahaja.

Namun kini, ia boleh didapati dalam bentuk plastik yang lebih ringan dan tidak mudah rosak.

Congkak melatih kanak-kanak untuk berfikir dengan kaedah strategi secara kreatif bagi memenangi perlawanan.

Bukan itu sahaja, ia melatih kemahiran mengira kanak-kanak kerana permainan ini melibatkan aktiviti tambah dan tolak sepanjang ia dimainkan. 

Permainan kanak kanak zaman dulu 5: Konda-kondi

Permainan konda-kondi merupakan antara jenis permainan yang paling mudah tetapi sudah semakin lenyap daripada budaya masyarakat Malaysia.

Permainan ini melatih kanak-kanak untuk memberikan fokus yang tinggi selain membantu koordinasi tangan dan mata sewaktu ia dimainkan.

Selain itu juga, ia menggalakkan kanak-kanak untuk menjadi lebih aktif kerana melibatkan larian sepanjang ia dimainkan.

Permainan ini memberikan kanak-kanak peluang untuk mereka mengatur strategi secara kreatif dan mengasah kemahiran motor halus otak. 

Permainan kanak-kanak zaman dahulu 6: Main guli atau biji getah

Permainan guli membantu kanak-kanak membina kecekapan dalam mengatur strategi.
Permainan guli membantu kanak-kanak membina kecekapan dalam mengatur strategi.

Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak zaman dahulu walaupun pada waktu sekolah (sewaktu rehat).

Penulis sendiri amat menggemari permainan ini walaupun hanya menggunakan biji getah sahaja, dan bukannya guli. Ini kerana biji getah boleh diperoleh dengan mudah dan tidak melibatkan sebarang modal.

Permainan ini memerlukan pelaksanaan strategi dan juga tumpuan yang baik untuk memastikan guli atau biji getah yang dilontarkan itu mengenai sasaran.

Permainan ini juga secara tidak langsung melatih koordinasi mata dan tangan kanak-kanak sewaktu ia dimainkan.

Permainan kanak kanak zaman dulu 7: Bermain layang-layang

Permainan layang-layang agak sukar untuk dimainkan di kawasan bandar atau taman perumahan.

Namun, ibu bapa boleh mengajak anak ke taman permainan atau di tepi pantai untuk sesekali bermain layang-layang bersama-sama.

Jika anak anda membuat layang-layang mereka sendiri, ia secara tidak langsung melatih anak anda kemahiran memilih bahan yang betul untuk membuat layang-layang.

Selain itu, ia juga memupuk minat anak anda terhadap ilmu sains kerana ia akan mengajar si kecil mengenai pergerakan angin dan juga tarikan graviti agar layang-layang dapat terbang tinggi dan tidak mudah jatuh. 

Permainan kanak-kanak zaman dahulu 8: Lompat getah atau zero point

Ada yang menyebutnya sebagai zero point dan ada juga yang memanggilnya lompat getah. Ia boleh dimainkan dengan menggunakan rantaian getah yang dibuat sendiri atau menggunakan tali skipping.

Permainan ini memberikan kebaikan yang lebih kurang sama dengan permainan teng-teng.

Ini kerana ia melatih anak untuk melompat setempat dan memberi fokus agar tidak terkena tali yang dihayunkan.

Ia membina kekuatan fizikal dan juga kemahiran motor halus yang sangat baik untuk perkembangan kanak-kanak. 

Permainan kanak kanak zaman dulu 9: Baling selipar

Permainan baling selipar merupakan permainan yang tidak perlu mengeluarkan modal di samping dapat mengeluarkan peluh.
Permainan baling selipar merupakan permainan yang tidak perlu mengeluarkan modal di samping dapat mengeluarkan peluh.

Permainan ini juga boleh dikatakan agak seronok kerana ia akan melibatkan aktiviti kejar-mengejar antara ahli dua kumpulan.

Ia menjadikan otak anak lebih kreatif kerana melatih si kecil untuk membuat strategi dan pelan bagi mengalahkan pihak lawan.

Disebabkan permainan ini banyak melibatkan aktiviti berlari, mengelak, mengacah dan juga melompat, ia membuatkan anak anda lebih gembira dan juga aktif sepanjang bermain. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Permainan Tradisi. https://www.heritage.gov.my/adat-budaya/permainan-tradisi.html. Accessed on July 29, 2022. 

Jom Main Permainan Tradisional. https://www.infosihat.gov.my/penerbitan-multimedia/infografik/item/jom-main-permainan-tradisional.html. Accessed on July 29, 2022.

Pameran Permainan Tradisional Masa Lapang – Jom Main!. http://www.jmm.gov.my/ms/pameran-permainan-tradisional-masa-lapang-jom-main-0. Accessed on July 29, 2022.

Permainan Tradisional. http://petalingjayafair.mbpj.gov.my/arkib/arkib-maklumat/permainan-tradisional. Accessed on July 29, 2022.

Permainan Tradisional. https://pkkssaas.upm.edu.my/arts/traditional_games-9695?L=bm. Accessed on July 29, 2022.

Versi Terbaru

18/11/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

7 Tip “Bonding” yang Mampu Membantu Perkembangan Otak Anak Anda

Membaca Meningkatkan Keupayaan Otak Anak Anda


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan