backup og meta

Risau Anak Meragam Masa Raya? Ini Cara Kawal Tingkah Laku Mereka Dengan Mudah!

Risau Anak Meragam Masa Raya? Ini Cara Kawal Tingkah Laku Mereka Dengan Mudah!
Risau Anak Meragam Masa Raya? Ini Cara Kawal Tingkah Laku Mereka Dengan Mudah!

Hari Raya adalah masa untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan silaturahim. Namun, bagi ibu bapa, ia juga boleh menjadi cabaran besar dalam pengurusan tingkah laku anak-anak.

Perubahan rutin, suasana yang bising, dan pendedahan kepada ramai orang boleh menyebabkan tingkah laku anak berubah secara tiba-tiba, termasuk tantrum, berlari-lari di dalam rumah tetamu, atau enggan berkongsi makanan dan mainan.

Oleh itu, ibu bapa perlu mempunyai strategi yang berkesan bagi memastikan anak-anak berkelakuan baik semasa beraya.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Pengurusan tingkah laku: tip mengawal tingkah laku anak semasa beraya

Bawa anak menziarahi sanak saudara ketika raya.
Bawa anak menziarahi sanak saudara ketika raya.

Berikut adalah 3 langkah utama untuk mengawal tingkah laku anak semasa beraya:

#1. Sediakan anak secara mental dan emosi sebelum beraya

Salah satu langkah awal dalam pengurusan tingkah laku anak adalah dengan mempersiapkan mereka sebelum keluar rumah

Kanak-kanak mungkin tidak faham apa yang dijangkakan daripada mereka semasa di rumah orang lain. 

Jadi, ibu bapa perlu memberi penerangan ringkas mengenai adab yang perlu dijaga.

Beberapa perkara yang boleh dilakukan termasuklah:

  • Beritahu apa yang akan berlaku – Contohnya, “Kita akan pergi ke rumah Atuk dan ramai orang akan ada di sana. Kita perlu bersopan dan bercakap dengan nada yang perlahan.”
  • Tetapkan jangkaan yang jelas – Jelaskan kepada anak bahawa mereka perlu mengucapkan salam, bersalaman dengan orang tua, dan tidak meragam jika makanan atau hadiah yang diharapkan tiada.
  • Latih tingkah laku yang baik di rumah – Ajar mereka cara meminta izin sebelum mengambil makanan dan bagaimana untuk berinteraksi dengan tetamu lain.

Persediaan awal ini dapat membantu mengurangkan masalah tingkah laku kanak-kanak semasa di majlis rumah terbuka atau kunjungan raya.

#2. Pastikan anak cukup rehat dan makan sebelum keluar beraya

pengurusan tingkah laku anak
Jadilah contoh yang baik untuk anak.

Kanak-kanak yang letih atau lapar lebih cenderung untuk mengalami perubahan emosi secara tiba-tiba. 

Ini boleh membawa kepada tingkah laku negatif kanak-kanak seperti merajuk, menangis tanpa sebab, atau menjadi terlalu aktif kerana keletihan.

Untuk mengelakkan perkara ini, ibu bapa boleh mengambil langkah pengurusan tingkah laku berikut:

  • Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi – Jika beraya pada waktu tengah hari atau petang, pastikan mereka sudah tidur sekejap sebelum keluar.
  • Berikan makanan yang mencukupi sebelum keluar – Jangan bergantung kepada hidangan di rumah orang lain kerana anak mungkin tidak biasa dengan jenis makanan yang disediakan.
  • Bawa snek sihat – Jika perlu, bawa makanan ringan yang sihat seperti biskut gandum atau buah-buahan untuk mengelakkan anak cepat lapar dan meragam.

Apabila anak berada dalam keadaan selesa, mereka akan lebih mudah dikawal dan kurang cenderung untuk menunjukkan tingkah laku negatif kanak-kanak.

#3. Gunakan teknik disiplin positif semasa beraya sebagai pengurusan tingkah laku

Kadang-kadang, walaupun dengan persediaan terbaik, anak tetap akan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. 

Dalam situasi ini, ibu bapa perlu menggunakan pendekatan disiplin yang positif untuk mengawal keadaan tanpa mencetuskan pergaduhan atau memalukan anak di hadapan tetamu lain.

Antara teknik yang boleh digunakan termasuk:

  • Alihkan perhatian mereka – Jika anak mula meragam, cuba alihkan perhatian mereka dengan permainan ringan atau ajak mereka melihat sesuatu yang menarik di rumah tuan rumah.
  • Gunakan nada suara yang tenang – Jika perlu menegur anak, lakukan dengan nada lembut dan jelas tanpa menjerit.
  • Beri ganjaran untuk tingkah laku baik – Jika anak berjaya berkelakuan baik sepanjang lawatan, puji mereka dan berikan ganjaran kecil seperti membenarkan mereka memilih makanan kegemaran.
  • Berikan masa rehat jika perlu – Jika anak mula menunjukkan tanda-tanda keletihan atau tekanan, bawa mereka ke tempat yang lebih tenang untuk berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti.
Cara menenangkan anak.
Cara menenangkan anak.

Dengan pendekatan yang betul, pengurusan anak semasa beraya boleh menjadi lebih mudah dan kurang memberi tekanan kepada ibu bapa.

Kesimpulan

Pengurusan tingkah laku anak semasa beraya memerlukan persediaan dan kesabaran. 

Dengan memberikan penerangan awal, memastikan anak dalam keadaan selesa, dan menggunakan teknik disiplin yang positif, ibu bapa dapat mengurangkan masalah tingkah laku kanak-kanak dan memastikan kunjungan ke rumah saudara-mara berjalan dengan lancar. 

Raya adalah masa untuk kegembiraan, dan dengan pendekatan yang betul, ibu bapa dan anak-anak boleh menikmati suasana perayaan dengan penuh keceriaan dan harmoni.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Teaching Manners and Good Social Etiquette. https://www.parenting.org/Pages/Teaching-Manners-and-Good-Social-Etiquette.aspx#:~:text=Teaching%20manners%20should%20start%20at,using%20good%20manners%20takes%20time. Diakses pada Mac 17, 2025.

How to Help Kids Learn Manners and Social Skills. https://upliftkids.org/blog/social-skills-manners-for-kids/. Diakses pada Mac 17, 2025.

Why is Teaching Good Manners Important?. https://centerforparentingeducation.org/library-of-articles/baby-through-preschool-articles/teaching-children-manners/. Diakses pada Mac 17, 2025.

Social Skills Kids Need to Succeed. https://www.nea.org/professional-excellence/student-engagement/tools-tips/social-skills-kids-need-succeed. Diakses pada Mac 17, 2025.

Teaching Manners. https://mypositiveparenting.org/2020/06/30/teaching-manners/. Diakses pada Mac 17, 2025.

Versi Terbaru

20/03/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Parents Jangan Terlalu Paksa Anak Puasa, Jom Ikut Tip Ini Baru Si Kecil Lebih Seronok!

Mengenali Tanda-Tanda Kanser Kanak-Kanak, Ini Panduan Dari Pakar Pediatrik!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan