backup og meta

7 Laptop Terbaik & Mampu Milik Untuk Pelajar (2026) — Pilihan Bijak Ibu Bapa

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Di era pengajaran dan pembelajaran era teknologi, penggunaan gajet terutama komputer riba amat diperlukan oleh pelajar sama ada di sekolah atau universiti. Jadi, ibu bapa perlu tahu jenama laptop terbaik dan mampu milik!

7 Laptop Terbaik & Mampu Milik Untuk Pelajar (2026) — Pilihan Bijak Ibu Bapa

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Ini antara jenama laptop terbaik untuk pelajar

  1. Apple MacBook Neo 13
  2. HP 15 Laptop
  3. Asus VivoBook Go 15
  4. Acer Aspire Lite 15
  5. Lenovo IdeaPad Slim 3
  6. HUAWEI MatePad 12 X 2026
  7. HONOR MagicBook X14

Selepas pasca pandemik, kebanyakan sesi kelas pengajaran dan pembelajaran, tutor serta bengkel lebih banyak menggunakan pendekatan secara atas talian sahaja berbanding pedagogi kuno.

Disebabkan itu pula, adalah penting untuk semua golongan lebih-lebih lagi anak-anak yang sedang belajar memiliki sebuah gajet terutama komputer riba supaya mereka mudah mengejar dan mencari ilmu.

Berita baiknya, berbeza dengan zaman dulu, kini sudah terpasar banyak laptop terbaik yang ditawarkan pada harga mampu milik. Menariknya, ia turut hadir dalam variasi spesifikasi hebat, canggih dan terkini yang mudah digunakan oleh anak-anak.

Sekiranya anda ingin tahu jenama laptop terbaik 2026, berikut beberapa senarai laptop terbaik 2026 untuk bekerja atau belajar yang boleh dipertimbangkan:

Jenama laptop terbaik untuk pelajar universiti #1. Apple MacBook Neo 13

Pertama dalam senarai kami adalah laptop entry-level terbaru daripada Apple yang direka khas untuk pengguna bajet seperti pelajar. 

Ia hadir dengan paparan 13 inci Liquid Retina yang terang dan tajam, serta dikuasakan cip A18 Pro yang cukup pantas untuk tugasan harian seperti browsing, assignment dan kerja pejabat ringan. 

Dengan berat sekitar 1.23kg dan bateri sehingga 16 jam, ia memang sesuai untuk penggunaan on-the-go tanpa perlu risau untuk kerap charge.

Jenama laptop terbaik #2. HP 15 Laptop

Laptop “mid-range bajet” yang sesuai untuk pelajar yang nak performance lebih smooth tanpa perlu pergi ke harga terlalu mahal.

Ia dikuasakan oleh Intel Core 5-120U dengan 16GB RAM DDR5 dan storan SSD 512GB — kombinasi yang memang cukup padu untuk multitasking seperti buat assignment, buka banyak tab, guna Microsoft Office dan juga kelas online tanpa lag.

Paparan 15.6 inci Full HD IPS pula bagi visual yang jelas dan selesa untuk penggunaan lama.

#3. Asus VivoBook Go 15

Kemudian, kami senaraikan laptop bajet keluaran Asus yang memang “student-friendly”, sesuai untuk tugasan harian seperti assignment, Google Docs, browsing dan streaming.

Ia hadir dengan skrin 15.6 inci Full HD yang selesa untuk belajar, serta processor AMD Ryzen 5 yang cukup stabil untuk multitasking ringan.

Digabungkan dengan RAM sehingga 16GB dan SSD 512GB, laptop ini mampu beri pengalaman penggunaan yang lancar tanpa lag untuk kerja asas.

Laptop terbaik bawah RM2000 #4. Acer Aspire Lite 15

Selain itu, ada juga laptop bajet keluaran Acer yang sesuai untuk pelajar atau pengguna asas yang perlukan device untuk kerja harian. 

Ia hadir dengan skrin 15.6 inci Full HD yang selesa untuk buat assignment, menonton video atau browsing

Bergantung pada model, ia menggunakan processor Intel N4500, dengan RAM sekitar 8GB dan storan SSD 512GB— cukup untuk multitasking ringan seperti Microsoft Office, Google Docs dan kelas online.

Jenama laptop terbaik review #5. Lenovo IdeaPad Slim 3

Termasuk dalam senarai antara laptop bajet paling popular untuk pelajar kerana keseimbangan antara harga dan prestasi adalah Lenovo IdeaPad Slim 3.

Ia hadir dengan skrin 15.6 inci Full HD, serta processor AMD Ryzen 3 yang cukup untuk tugasan harian seperti assignment, browsing dan streaming

Dengan konfigurasi RAM 8GB dan storan SSD sehingga 512GB, laptop ini mampu handle multitasking asas dengan lancar tanpa rasa terlalu “laggy”.

#6. HUAWEI MatePad 12 X 2026

Seterusnya, HUAWEI MatePad 12 X merupakan tablet serba boleh yang direka untuk jadi alternatif laptop, terutama untuk pelajar atau pengguna produktiviti ringan. 

Ia hadir dengan paparan 12 inci PaperMatte yang unik—memberi pengalaman seperti menulis di atas kertas dan mengurangkan silau, sesuai untuk nota, membaca atau melukis. 

Dengan cip Kirin T92B, RAM 12GB dan storan 256GB, prestasinya cukup lancar untuk multitasking, assignment dan kerja pejabat menggunakan aplikasi seperti WPS Office yang hampir setara pengalaman PC.

Dari segi reka bentuk, tablet ini sangat nipis (sekitar 5.9mm) dan ringan (~555g), senang dibawa ke kelas atau kerja harian, ditambah pula dengan bateri besar 10,100mAh yang tahan lama serta sokongan pengecasan pantas 66W.

#7. HONOR MagicBook X14

Yang terakhir dalam senarai adalah sebuah laptop nipis dan ringan keluaran HONOR. Ia memang popular dalam kategori bajet-mid range, sesuai untuk pelajar dan pengguna harian.

Ia hadir dengan skrin 14 inci FullView yang selesa untuk belajar atau kerja, serta dikuasakan oleh processor Intel Core i5 yang cukup lancar untuk multitasking seperti assignment, browsing dan penggunaan Microsoft Office.

Dengan RAM sehingga 16GB dan SSD pantas, pengalaman penggunaan terasa smooth tanpa banyak lag untuk kerja harian.

Konklusinya, mungkin ada banyak lagi jenama laptop terbaik dan mampu milik yang lain. Senarai ini cuma satu rujukan yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa dalam mengenalpasti produk terbaik buat anak anda!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Guiding Principles for Use of Technology with Early Learners, https://tech.ed.gov/earlylearning/principles/, Accessed Oct 5 2023.

WHAT DO WE KNOW ABOUT CHILDREN AND TECHNOLOGY?, https://www.oecd.org/education/ceri/Booklet-21st-century-children.pdf, Accessed Oct 5 2023.

Parenting Children in the Age of Screens, https://www.pewresearch.org/internet/2020/07/28/parenting-children-in-the-age-of-screens/, Accessed Oct 5 2023.

Kids & Tech: Tips for Parents in the Digital Age, https://www.healthychildren.org/English/family-life/Media/Pages/Tips-for-Parents-Digital-Age.aspx, Accessed Oct 5 2023.

Parenting and Gadgets: The Pros and Cons, https://mypositiveparenting.org/2015/04/19/parenting-and-gadgets-the-pros-and-cons/, Accessed Oct 5 2023.

Versi Terbaru

15/05/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Nampak Saja Garang, Tapi Sebenarnya Hati Tisu! Ibu Ayah, Jom Kenali 12 Sifat Anak Sulung Anda!

Ibu Ayah, Jangan Cepat Panik Bila Bayi Jatuh Katil Ya? Lakukan 5 Langkah Ini Segera!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 5 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan