brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Anak Susah Belajar? Jom Buat Jadual Ulangkaji Anak Di Rumah!

Adakah anak anda sukar untuk membahagikan masa sehingga gagal menyiapkan homework yang diberikan? Jika anak anda mempunyai masalah ini, mungkin sudah tiba masanya untuk ibu bapa cuba mengawal keadaan dengan menyediakan jadual belajar di rumah. Tiada idea? Jangan risau, pada akhir artikel ini, kami akan kongsikan contoh jadual belajar di rumah untuk rujukan ibu bapa.

Anak Susah Belajar? Jom Buat Jadual Ulangkaji Anak Di Rumah!

Jadual belajar di rumah bukan sahaja membantu anak untuk fokus dengan lebih baik. Mereka juga boleh belajar banyak lagi skil lain supaya anak dapat membesar menjadi seorang yang berdisiplin, teratur dan dapat menjalani hidup dengan lebih produktif.

Dalam artikel kali ini, kami akan mengajar cara untuk membuat jadual belajar anak yang fleksibel supaya anak dapat belajar dengan baik dan dalam masa yang sama, masih mempunyai masa sendiri untuk bermain atau melakukan aktiviti lain.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Cara untuk membuat jadual belajar di rumah

Kanak-kanak perlu belajar di rumah untuk mengasah kemahiran kognitif.
Kanak-kanak perlu belajar di rumah untuk mengasah kemahiran kognitif.

Sebelum ibu bapa bertindak membuat jadual belajar anak, pastikan anda berbincang terlebih dahulu dengan anak-anak. Ambil tahu mengenai semua subjek yang mereka belajar di sekolah serta kenal pasti prestasi mereka dalam subjek-subjek tersebut.

Mengapa anak perlukan jadual?

  1. Dapat mengajar anak kepentingan menguruskan masa dengan baik.
  2. Memastikan anak mempunyai habit yang sihat.
  3. Membolehkan anak rasa yakin dan juga mengajar mereka cara untuk berdikari.
  4. Memastikan anak tidak ketinggalan di sekolah.
  5. Mengajar anak menjadi seorang yang bertanggungjawab.

Jadual yang baik sepatutnya dapat membantu anak menyiapkan kerja sekolah serta mengulang kaji pelajaran namun masih mempunyai masa terluang untuk bermain dan melakukan aktiviti yang disukai. Oleh sebab itu, jadual anak di rumah ini tidak boleh terlalu ketat sehingga mengekang kebebasan anak.

Tetapi, bagaimanakah hendak mula membuat jadual belajar anak? Pertama sekali, ibu bapa perlulah mempertimbangkan beberapa perkara. Antaranya:

1. Bagi anak pilihan

Berbincanglah dengan anak sebelum merancang hari mereka. Anak mungkin akan merajuk atau tantrum sekiranya anda mengganggu waktu bermain atau masa mereka menonton rancangan kegemaran.

Lagipun, jika anda mengajak anak membuat jadual bersama-sama, mereka akan rasa gembira dan dihargai. Anda tidak perlu ikut cakap anak 100%, namun berikan mereka kelonggaran dan dengar keluhan anak.

2. Pastikan anak ada masa berehat

Setiap kanak-kanak mempunyai perangai yang berbeza. Ada yang suka siapkan kerja rumah serta-merta, ada juga yang suka bertangguh kerja sehingga saat terakhir.

Sebab itulah, jadual belajar anak di rumah sangat penting. Dengan adanya jadual anak di rumah ini, anak dapat mengurus masa mereka dengan baik.

Walau bagaimanapun, ingatlah, anak-anak anda telah menghabiskan masa yang panjang di sekolah. Mereka juga manusia biasa, sama seperti kita. Jadi, anak-anak kita juga perlukan rehat yang secukupnya.

Malah, bagi anak-anak yang menghidap ADHD, mereka mungkin lebih sukar untuk kekal fokus dalam satu masa yang panjang. Ibu bapa perlulah berikan penekanan yang lebih untuk pastikan mereka dapat belajar dengan baik.

3. Tetapkan masa tertentu

Berapa lamakah masa yang diperlukan oleh anak untuk membuat kerja rumah?

Ia bergantung kepada jumlah kerja rumah yang anak miliki. Jadi, ia mungkin berbeza mengikut usia dan sekolah anak.

Namun, jika anak anda perlukan masa yang sangat panjang untuk menyiapkan kerja sekolah, mungkin mereka menerima terlalu banyak homework daripada cikgu di sekolah. Jika ini yang berlaku, anda mungkin perlu berbincang dengan guru.

4. Pilih kawasan yang sesuai untuk membuat kerja sekolah

Cuba tetapkan 1 tempat khas untuk anak membuat kerja rumah.

Pastikan kawasan ini terang dan senyap. Pada masa yang sama, pastikan anda mampu memantau anak ketika mereka sedang menyiapkan homework masing-masing.

5. Pastikan anak kekal konsisten

Setelah anda menetapkan jadual belajar anak, pastikan anak sentiasa konsisten dan ikut jadual yang diberikan!

Walaupun sukar, pastikan anak ikut jadual tersebut setiap masa. Lama-kelamaan, ini akan menjadi satu tabiat baik buat mereka.

Jika anak sukar untuk fokus, cuba pecahkan aktiviti ini kepada beberapa bahagian. Bagi anak berehat selama beberapa minit sebelum menyambung kerja masing-masing.

Contoh jadual belajar di rumah

Di bawah, kami sediakan beberapa bentuk jadual anak di rumah yang boleh ibu bapa contohi:

Contoh jadual belajar di rumah 1:

PetangMalam
Hari sekolahPukul 3.30 – 5.00

Siapkan kerja sekolah

Ulang kaji pelajaran

(baca semula apa yang cikgu ajar di rumah)

Pukul 8.30 – 10.00

Siapkan kerja sekolah

Ulang kaji subjek kritikal

(Matematik, Sains dan sebagainya)

Hari cutiPukul 3.30 – 5.00

Siapkan kerja sekolah

Latih tubi subjek lemah

Ulangkaji

Pukul 8.30 – 10.00

Siapkan kerja sekolah

Latih tubi soalan tahun-tahun lepas

Ulangkaji

Contoh jadual belajar di rumah 2:

Masa (Hari Sabtu dan Ahad)Aktiviti
7:00-7:30 AMBangun pagi
8:30 AMSarapan
9:00 AMMasa belajar/Siapkan kerja rumah
11:30 AMTonton TV
12:30 PMMakan tengah hari
1:30 PMAktiviti bersama keluarga
2:30 PMTidur petang
4:00 PMMakan petang
4:30 PMBermain di luar/lakukan kerja sendiri
6:00 PMBermain di luar/lakukan kerja sendiri
8:00 PMMakan malan
8:30 PMMasa belajar/Siapkan kerja rumah
9:00 PMTidur

Contoh jadual 3:

HariSubjekSubjek
IsninSubjek 1Subjek 2
SelasaSubjek 3Subjek 4
RabuSubjek 5Subjek 1
KhamisSubjek 2Subjek 3
JumaatSubjek 4Subjek 5
SabtuUlangkaji/buat kerja rumahUlangkaji/buat kerja rumah
AhadUlangkaji/buat kerja rumahUlangkaji/buat kerja rumah

Tidak kiralah bagaimana juga bentuk jadual yang ibu bapa sediakan untuk anak-anak, pastikan anda tetap menemani mereka terutamanya ketika melakukan kerja sekolah.

Malah, anda boleh gunakan mana-mana format jadual di atas, atau buat sendiri mengikut kesesuaian anak.

Pastikan anda kenal pasti mata pelajaran yang sukar untuk anak kuasai. Anda boleh lebihkan masa belajar untuk subjek tersebut dan bantu mereka apa yang patut. Semoga berjaya!

medical
Dr. Ahmad Wazir Aiman
Disemak secara perubatan oleh
Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 18/10/2024