backup og meta

Anak Merengek Nak Kasut Roda? Jangan Halang, Ia Baik Untuk Fizikal Dan Mental Anak!

Anak Merengek Nak Kasut Roda? Jangan Halang, Ia Baik Untuk Fizikal Dan Mental Anak!

Kasut roda merupakan salah satu permainan yang kian mendapat perhatian kanak-kanak dan remaja. Malah, permintaan kasut beroda budak juga semakin meningkat naik.

Sebagai ibu bapa, pasti ada yang tertanya-tanya jika roller skates ini baik untuk kesihatan anak. Mana tidaknya, aktiviti yang memerlukan anak untuk mengimbang badan selalunya nampak bahaya. Anak juga lebih berisiko untuk jatuh dan tercedera ketika bermain roller skates.

Bagi ibu bapa di luar sana yang risau akan keselamatan anak masing-masing, di bawah kami sediakan kupasan mengenai kebaikan roller skates terhadap kesihatan mental dan fizikal anak. Lepas ini, bolehlah sokong hobi anak dan galakkan mereka bermain roller skates!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

5 kebaikan kasut roda budak

Kasut roda kanak-kanak.
Kasut roda kanak-kanak.

Tidak dinafikan, sebarang bentuk senaman adalah baik untuk kanak-kanak. Bermain kasut roda bukan sahaja boleh memantapkan imbangan, ia juga merupakan sejenis senaman yang dapat membantu anak kita mengeluarkan peluh dan bersosial dengan teman sebaya yang lain.

Selain itu, ada banyak lagi kebaikan bermain roller skates untuk kanak-kanak. Antaranya:

1. Tidak terlalu keras pada sendi

Menurut sebuah kajian yang dijalankan di University of Massachusetts, bermain roller skates dapat membakar kalori yang seakan-akan sama dengan aktiviti berjoging. Malah, orang dewasa yang suka berkasut roda boleh membakar sekitar 9 hingga 10 kalori setiap minit. Banyak tu!

Walau bagaimanapun, jika dibandingkan antara dua jenis senaman ini, impak roller skates pada sendi lebih rendah daripada aktiviti berlari. Jadi, ia tidak akan menyebabkan anda rasa sakit kaki jika bermain terlalu lama.

2. Dapat meningkatkan keseimbangan badan

Kasut roda melatih keseimbangan.
Kasut roda melatih keseimbangan.

Ada orang yang mempunyai keseimbangan badan yang mantap sejak lahir. Walau bagaimanapun, bukan semua orang mendapat keupayaan ini secara semula jadi.

Dengan latihan, anda dapat mengasah keupayaan anak untuk menyeimbangkan badan dengan baik. Salah satunya adalah dengan bermain kasut roda.

Tetapi, mengapa anak anda perlu mempunyai keseimbangan badan yang baik? Untuk pengetahuan anda, mereka yang pandai mengimbangkan badan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk tercedera disebabkan jatuh.

Malah, ia juga boleh mengurangkan jumlah tenaga yang digunakan ketika melakukan aktiviti harian seperti berjalan atau duduk.

3. Kasut roda dapat membuatkan mood lebih baik

Luangkan masa antara ayah dan anak.
Luangkan masa antara ayah dan anak.

Pernah tak anda nampak orang menangis sambil bermain roller skates? Mestilah tidak pernah kan!

Selain aktiviti seperti berjoging, bermain futsal, mendengar muzik dan bersosial, bermain roller skates juga boleh membuatkan semua orang rasa lebih gembira dan kurang stres. Malah, mood anda juga akan jadi lebih baik jika anda selalu bersenam.

4. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Menurut National Heart Foundation, penyakit seperti serangan jantung dan strok merupakan antara pembunuh utama di dunia. Malah, di Amerika Syarikat, hampir 787,000 orang meninggal dunia disebabkan serangan jantung sahaja.

Bermain roller skates merupakan satu bentuk senaman aerobik yang baik untuk badan. Malah, aktiviti bermain roller skates dapat meningkatkan degupan jantung anda sebanyak 140-160 degupan per minit.

[embed-health-tool-heart-rate]

5. Dapat membuat anda lebih gembira

Selain membuatkan anda lebih sihat, bermain roller skates juga dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan risiko depresi. Malah, ia juga boleh buatkan anda rasa gembira!

Tidak dinafikan, senaman dapat membuatkan anda rasa seronok, semuanya disebabkan rembesan hormon yang juga dikenali sebagai endorfin. Hormon ini juga akan dihasilkan sewaktu badan kita melakukan senaman ringan.

Malah, aktiviti bermain roller skates juga sangat menyeronokkan jika dilakukan bersama kawan-kawan.

Apa yang ibu bapa perlu lakukan jika anak ingin bermain kasut roda budak?

Gunakan kasut yang sesuai dengan saiz kaki anak.
Gunakan kasut yang sesuai dengan saiz kaki anak.

Jika anak anda berminat untuk bermain roller skates, ada beberapa pantang larang yang perlu ibu bapa tahu sebelum bermula. Antaranya:

Ibu bapa boleh:

  1. Daftar anak masuk kelas roller skating. Anak boleh belajar cara untuk bermain roller skates dalam persekitaran yang selamat di bawah pemantauan profesional.
  2. Sokong anak dan berikan komen positif pada mereka. Jangan lupa untuk puji anak supaya mereka lebih bersemangat untuk belajar.
  3. Berikan anak ruang untuk belajar. Jangan terlalu takut jika anak tercedera. Sebaiknya, biarkan anak bergaul dengan orang lain dan bergerak bebas.

Jangan sesekali:

  1. Cuba bantu anak jika anda tidak pandai menggunakan roller skates.
  2. Jangan pegang anak dengan kedua-dua belah tangan. Jika anak ingin jatuh, jangan pegang bahu mereka dengan kedua-dua belah tangan. Gunakan 1 tangan atau 1 jari untuk pastikan mereka kembali seimbang.
  3. Jangan angkat anak, lebih-lebih lagi jika anda juga memakai roller skates.
  4. Jangan ingkar arahan guru yang mengajar. Pastikan anak memakai peralatan keselamatan yang diperlukan sebelum bermain roller skates.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 3 benefits of learning roller skating as an adolescent. https://blog.decathlon.in/articles/3-benefits-of-learning-roller-skating-as-an-adolescent. Accessed July 12, 2022.
  2. How much exercise a day do children need? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/fitness/expert-answers/kids-and-exercise/faq-20058336. Accessed July 12, 2022.
  3. How much physical activity do children need? https://www.cdc.gov/physicalactivity/basics/children/index.htm. Accessed July 12, 2022.
  4. Kids and Exercise. https://kidshealth.org/en/parents/exercise.html. Accessed July 12, 2022.
  5. Roller Skates for Kids – Health Benefits. https://ukbuyzone.co.uk/blogs/ukbuyzone-blog/health-benefits-of-roller-skates-for-kids. Accessed July 12, 2022.

Versi Terbaru

18/11/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Mainan Gantung Bayi Tak Dapat Bantu Si Manja Cepat Tidur, Tapi Ada Manfaat Lain!

Pandai Susun Mainan Ikut Warna Antara Perkembangan Penting Anak 1-5 Tahun


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 18/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan