backup og meta

Kering Idea Untuk Bekal Anak Ke Sekolah? Ibu Boleh Cuba 5 Menu Makanan Ini, Mudah!

Kering Idea Untuk Bekal Anak Ke Sekolah? Ibu Boleh Cuba 5 Menu Makanan Ini, Mudah!

Sedang mencari idea bekal anak ke sekolah simple dan mudah disediakan? Teruskan membaca artikel ini kerana ada beberapa cadangan bekalan makanan untuk anak yang boleh anda cuba.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Makanan sihat untuk bekal anak ke sekolah

Apabila anak akan memulakan sesi persekolahan, pastinya ibu antara individu yang paling sibuk.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Selain memastikan kelengkapan persekolahan harian seperti baju dan beg sekolah tersedia, sebagai ibu sudah tentu anda mahu menyediakan bekal anak ke sekolah. 

Bukankah makanan yang disediakan sendiri oleh ibu merupakan makanan terbaik? Tambahan pula, cara penyediaannya juga pastinya lebih terjamin.

Bahkan dengan membekalkan anak makanan, ia secara tidak langsung anda boleh memastikan anak mengambil makanan berkhasiat dan seimbang.

Nutrisi yang lengkap penting walaupun menu bekal simple.
Nutrisi yang lengkap penting walaupun menu bekal simple.

Untuk menu bekalan makanan yang seimbang, ia harus mengandungi:

  • Makanan berkanji seperti roti, nasi, kentang atau pasta
  • Makanan berprotein seperti daging, ikan, telur atau kekacang
  • Produk tenusu seperti keju atau yogurt
  • Sayur-sayuran seperti salad atau buah-buahan

Tetapi kalau setiap hari menu yang sama, sudah tentu akan membuatkan anak berasa bosan, betul tak? Jadi apakah antara idea menu bekalan menarik yang boleh anda cuba?

Idea bekal anak ke sekolah simple

Jika si kecil gemarkan bekalan makanan seperti sandwic, berikut beberapa cadangan bekal roti untuk anak sekolah yang boleh anda cuba: 

Roti keju panggang

Roti keju panggang merupakan menu yang boleh meningkatkan selera anak anda.
Roti keju panggang merupakan menu yang boleh meningkatkan selera anak anda.

Bahan-bahan:

  • Kepingan keju cheddar
  • Roti putih – lebih mudah untuk digulung, tetapi boleh digantikan dengan roti gandum
  • Mentega 

Cara penyediaan:

  1. Buangkan bahagian tepi roti dan gunakan pin penggelek untuk menipiskan roti – anggaran setebal ¼ inci.
  2. Kemudian letakkan sekeping keju di tengah-tengah roti dan gulungkan dengan ketat.
  3. Cairkan mentega dalam kuali di atas api sederhana dan letakkan gulungan roti di atasnya.
  4. Biarkan masak sehingga semua bahagian menjadi garing dan perang keemasan – anggaran masa antara 3-4 minit. 
  5. Angkat dan letakkan di atas tuala kertas untuk menyerap lebihan mentega.

Sandwic tuna keju bakar, idea bekal anak ke sekolah simple

Bahan-bahan:

  • Tuna dalam tin
  • Mayones 
  • Daun bawang – dipotong 
  • Mentega
  • 4 keping roti – terpulang pada jenis roti kegemaran anak
  • Kepingan keju cheddar
Sandwich tuna adalah menu yang simple untuk sarapan pagi anak anda.
Sandwich tuna adalah menu yang simple untuk sarapan pagi anak anda.

Cara penyediaan:

  1. Satukan tuna, mayones dan daun bawang – ketepikan.
  2. Sapukan mentega pada setiap kepingan roti – pastikan bahagian yang disapu mentega menghadap ke bawah.
  3. Ambil 2 keping roti, letakkan keju dan tuna yang telah dicampur mayones dan daun bawang tadi. 
  4. Lapisi keju sekali lagi sebagai lapisan atas sebelum diletakkan roti – pastikan bahagian disapu mentega menghadap ke atas. 
  5. Panaskan kuali atau pan dengan api sederhana.
  6. Masukkan sandwic dan masak selama 3 minit pada setiap sisi – sehingga perang keemasan.

Manakala untuk anak yang lebih gemarkan hidangan nasi sebagai bekalan makanan, berikut antara idea menarik boleh anda cuba:

Idea bekal anak ke sekolah simple & sedap #Cucur nasi berkentang

Bahan-bahan untuk bebola nasi:

Cucur nasi berkentang adalah menu enak yang sesuai buat bekal anak anda ke sekolah.
Cucur nasi berkentang adalah menu enak yang sesuai buat bekal anak anda ke sekolah
  • 1 cawan nasi putih – dikisar dengan sedikit air
  • 2 biji kentang – direbus dan dilenyekkan
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan cili benggala merah
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng
  • Air 

Bahan sampingan:

  • Ayam goreng
  • Sos cili Thai

Cara penyediaan:

  1. Campurkan nasi yang telah dikisar bersama kentang ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Kemudian tambahan hirisan daun bawang, cili benggala, serbuk perasa dan garam secukupnya. Gaul sebati.
  3. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi bancuhan cucur. Anda mungkin perlu menambah sedikit air untuk mencapai konsistensi adunan yang diingini.
  4. Panaskan minyak dan gorengkan bancuhan cucur sehingga kekuningan. Toskan minyak.
  5. Sediakan bekalan bersama ayam dan sos cili Thai.

Baca juga:

Kaserol nasi brokoli ayam berkeju 

Bahan-bahan:

  • Isi ayam – dipotong dadu
  • Brokoli – dipotong bunga bersaiz gigitan
  • 1 cawan beras basmati
  • 1 ¾ cawan air atau air rebusan ayam
  • Bawang merah – dipotong
  • Bawang putih – dicincang
  • 1 cawan keju cheddar – dicincang
  • Garam
  • Lada hitam

Cara penyediaan:

Kaserol nasi ayam brokoli berkeju adalah menu simple yang sesuai buat bekal anak anda.
Kaserol nasi ayam brokoli berkeju adalah menu simple yang sesuai buat bekal anak anda.
  1. Tumiskan bawang merah bersama ayam – sehingga isi ayam masak. Kemudian perasakan dengan garam dan lada sulah.
  2. Masukkan bawang putih dan masak selama 30 saat sehingga berbau harum.
  3. Seterusnya masukkan air rebusan ayam dan beras – tempoh untuk beras masak biasanya dalam anggaran 15 minit.
  4. Masukkan brokoli dan keju, kemudian teruskan memasak selama beberapa minit sehingga brokoli masak.
  5. Letakkan keju pada bahagian atas masakan dan tutup dengan penutup untuk membolehkan keju cair.

Anak gemarkan pasta? Jom cuba resipi di bawah, pasti habis nanti!

Creamy spaghetti, idea bekal anak ke sekolah simple & sedap 

Bahan-bahan:

  • Isi ayam – dipotong kecil
  • Bawang Holland – dipotong dadu kecil
  • Bawang putih – dipotong dadu kecil
  • Mentega
  • Brokoli – dipotong bunga bersaiz gigitan
  • Susu kotak
  • Tepung gandum
  • Campuran herba kering
  • Spageti   
  • Garam 
  • Minyak zaitun
Creammy sphaghetti adalah menu yang boleh menggaantikan nasi sebagai sumber karbohidrat.
Creammy sphaghetti adalah menu yang boleh menggaantikan nasi sebagai sumber karbohidrat.

Cara penyediaan:

  1. Rebuskan spageti dan toskan.
  2. Panaskan kuali, kemudian masukkan mentega dan minyak zaitun (cukup untuk menumis). Tumiskan bawang sehingga naik bau dan keperangan.
  3. Kemudian masukkan potongan ayam dan gaul sehingga masak.
  4. Tuangkan susu kotak, masukkan 1-2 sudu besar tepung gandum dan gaul sebati. Tambahkan air jika terlalu pekat.
  5. Masukkan brokoli dan gaul sebati. Seterusnya masukkan herba campuran.
  6. Selepas kuah mendidih, boleh campurkan spageti dan gaul sebati.

Pastikan anda membekalkan bersama si kecil air masak, atau jika tidak anak akan cenderung membeli minuman manis di sekolah. 

Semoga perkongsian idea bekal anak ke sekolah simple boleh menjadi inspirasi untuk anda. Selamat mencuba!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Packing a Healthy Lunchbox. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/kids-healthy-lunchbox-guide/, Accessed on Feb 20, 2023 
  2. Lunchbox ideas and recipes. https://www.nhs.uk/healthier-families/recipes/healthier-lunchboxes/, Accessed on Feb 20, 2023 
  3. School Lunches (for Kids). https://kidshealth.org/en/kids/school-lunches.html, Accessed on Feb 20, 2023 
  4. How to Pack a Healthier School Lunch for Your Child. https://health.clevelandclinic.org/how-to-pack-a-healthier-school-lunch-for-your-child/, Accessed on Feb 20, 2023
  5. Healthy packed lunches. https://www.nutrition.org.uk/putting-it-into-practice/make-healthier-choices/healthy-packed-lunches/, Accessed on Feb 20, 2023 
  6. Classic Spaghetti Carbonara. https://eggs.org.nz/recipes/classic-spaghetti-carbonara/,  Accessed on Feb 20, 2023
  7. Koleksi Resipi Bekal Mudah & Sedap Untuk Bawa Ke Sekolah. https://www.rasa.my/koleksi-resipi-bekal-mudah-sedap-untuk-bawa-ke-sekolah-1/, Accessed on Feb 20, 2023 
  8. 30 Idea Bekal Anak Ke Sekolah. https://bidadari.my/30-idea-bekal-anak-ke-sekolah/, Accessed on Feb 20, 2023

Versi Terbaru

22/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Parents, Jangan Anggap Anak Sembelit Itu Perkara Biasa, Buat 5 Petua Penting Ini!

Bimbang Anak Tiba-Tiba Kena Sawan Demam? Ini Tindakan Ibu Ayah Perlu Lakukan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan