Memilih botol susu newborn yang sesuai mungkin kelihatan mudah, tetapi sebenarnya ia memerlukan perhatian yang teliti. Hal ini kerana, setiap bayi mempunyai keperluan dan keselesaan yang berbeza.
Oleh sebab itu, ibu bapa juga perlu mempertimbangkan bahan botol, bentuk puting, serta aliran susu yang sesuai mengikut umur bayi.
Dalam artikel ini, kami akan kongsi rahsia mudah untuk memilih botol susu terbaik untuk newborn agar pengalaman menyusu menjadi lebih selesa dan selamat, baik untuk ibu mahupun si manja.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Berapa botol susu untuk newborn?
Pada beberapa bulan pertama kehidupan si comel anda, bayi akan makan setiap dua hingga empat jam atau lebih.
Apabila menginjak umur 2 hingga 4 bulan dan seterusnya, kekerapan untuk menyusu akan berkurangan menjadi setiap tiga hingga empat jam dan empat hingga lima jam. Oleh sebab itu, si ibu pasti mahu mempunyai bekalan botol yang baik bagi menyokong perkembangan si bayi.
Jika anda merancang untuk menyusukan bayi secara ekslusif, menyusu ibu atau susu formula, anda disyorkan mempunyai 4 hingga 6 botol dan puting.
Jika anda ingin menyusukan bayi anda sekali-sekala, anda hanya memerlukan 1 botol susu dan puting sahaja.
Tip memilih botol susu newborn
Saiz botol susu
Untuk bayi yang baru lahir, botol bersaiz kecil 150ml adalah yang terbaik. Apabila bayi anda mula mengambil lebih banyak susu formula semasa penyusuan, anda mungkin mahu mempunyai botol yang lebih besar.
Botol susu yang kecil lebih sesuai untuk tempoh ini. Selari dengan itu, anda juga perlu memantau keselesaan bayi anda dan mengelakkan daripada berlakunya kejadian tersedak susu.
Material botol susu
Di pasaran, ada banyak jenis botol bayi yang anda akan jumpa seperti:
- Botol plastik: Ringan dan tidak akan pecah jika terjatuh. Jika anda memilih plastik, sebaiknya beli botol baru. Botol yang diguna semula atau dilepaskan mungkin mengandungi bisphenol-A (BPA). Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) telah melarang penggunaan BPA dalam botol bayi kerana kebimbangan keselamatan
- Botol kaca: Tidak mempunyai BPA dan boleh dikitar semula, tetapi ia boleh pecah jika terjatuh. Sesetengah pengeluar menjual lengan plastik untuk mengelakkan botol pecah
- Botol keluli tahan karat: Kukuh dan tidak akan pecah, tetapi ia mungkin lebih mahal
Mudah dibersihkan

Botol susu dan puting akan kerap dibersihkan bergantung kepada kekerapan anda menggunakannya kelak. Namun, ada kalanya botol susu itu hanya selamat digunakan mengunakan basuhan tangan.
Kekerapan menukar puting botol susu pula bergantung kepada keadaan puting tersebut. Jika terdapat kerak susu yang sukar ditanggalkan dan lubang saluran puting yang telah tersumbat, adalah lebih baik anda menukar puting susu sahaja.
Jenis puting botol susu, antara tip memilih botol susu newborn
Puting adalah bahagian utama dalam botol susu. Untuk pengetahuan anda, puting mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan bahan.
Ada 3 bentuk puting:
- Puting wide neck: Puting ini berbentuk lebih lebar, besar dan pendek. Diameter puting ini lebih lebar berbanding puting narrow neck. Puting ini mempunyai pelbagai bukaan lubang saluran agar sesuai untuk digunakan mengikut keperluan umur dan saiz bayi dan kanak-kanak
- Puting narrow neck: Puting ini pula mempunyai bentuk lebih kecil dan tinggi. Puting ini dikenali dengan pelbagai nama seperti standard neck, puting biasa dan puting kecil
- Puting bentuk semula jadi: Bentuk puting ini menyerupai puting payudara
Kadar aliran puting juga perlu diambil kira. Hal ini kerana, bayi yang baru lahir memerlukan kadar aliran yang perlahan. Apabila umur bayi anda sudah meningkat dan mula hilang minat dengan penggunaan botol susu, anda boleh menukarnya kepada puting kadar aliran lebih cepat.
- Puting silikon tidak akan berbau seperti puting lateks.
- Puting silikon lebih tahan lama dan tak mudah koyak berbanding puting lateks.
Pilih botol bayi yang ada ciri anti-kolik
Botol susu anti colic untuk newborn adalah terbaik. Anda tahu kenapa?
Hal ini kerana, botol yang ada ciri anti-kolik membantu menghalang bayi anda daripada menelan udara semasa menyusu.
Carilah botol dengan corong atau injap udara yang boleh mengurangkan jumlah udara yang masuk ke dalam badan bayi anda.

Harga, antara tip memilih botol susu newborn
Harga juga memainkan peranan penting kerana anda perlu menukar botol susu setiap 3 bulan. Puting susu juga perlu ditukar dengan lebih kerap terutamanya apabila anak anda sudah mempunyai gigi dan suka menggigit puting susu.
Kenal pasti pilihan bayi anda
Selepas anda try and error beberapa kali, anda akan dapat kenal pasti yang mana satu menjadi kesukaan anak anda. Mencari botol susu ini mungkin mengambil sedikit masa terutamanya buat yang pertama kali menjadi ibu bapa.
Kesimpulan
Diharapkan maklumat yang dikongsikan dapat membantu anda untuk mencari botol yang sesuai untuk newborn. Teruskan mencari botol yang bersesuaian dengan bayi anda. Jika perlukan pandangan, anda boleh rujuk kepada doktor mahupun kenalan yang berpengalaman bagi membantu anda mencari botol susu yang bersesuaian.
[embed-health-tool-baby-poop-tool]