Susu Keluar Sedikit Atau Payudara Rasa SAKIT? Mungkin Puting Tersumbat, Ini 7 Cara Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda sedang menyusukan anak dan adakalanya susu yang keluar sedikit disertai dengan rasa sakit? Haaa…mungkin saluran susu tersumbat. Bagaimana untuk mengatasinya?

Kenapa berlakunya saluran susu tersumbat?

Sekiranya anda menyusukan anak dan berasakan terdapat benjolan kecil dan lembut pada payudara, ia mungkin petanda bahawa saluran susu tersumbat. 

Apa yang dimaksudkan dengan puting tersumbat ini dan bagaimana ia boleh berlaku?

Kelenjar pada payudara yang menghasilkan susu terbahagi kepada beberapa segmen. Saluran susu adalah 1 aliran sempit dan kecil yang membawa susu ke bahagian puting daripada setiap segmen.

Masalah saluran yang tersumbat ini boleh berlaku apabila salah satu bahagian payudara tidak mengalirkan susu dengan betul semasa anda menyusukan anak.

7-cara-atasi-saluran-susu-tersumbat

Keadaan ini cenderung berlaku jika bayi anda mempunyai tongue-tie.

Malahan masalah puting tersumbat boleh wujud jika anda tidak memasukkan payudara dengan betul semasa penyusuan anak, ia melibatkan proses lekapan yang tepat.

Selain itu masalah saluran susu tersumbat juga boleh terjadi jika tisu pada payudara mengalami kerengsaan yang berpunca daripada pelbagai faktor.

Antaranya pemakaian bra yang terlalu ketat ataupun penggunaan tali pinggang keledar yang memberi tekanan berlebihan kepada payudara. 

Di samping itu, posisi tidur tidak bersesuaian mengakibatkan anda memberikan bebanan yang lebih pada buah dada juga boleh menjadi penyebabnya.

Jadi, anda perlu memilih coli yang bersesuaian atau mengelakkan sebarang keadaan yang menyumbang kepada penyumbatan saluran susu. 

Jika tidak ia berisiko untuk mengakibatkan mastitis, iaitu jangkitan bakteria pada tisu buah dada.

Gejala dan simptom saluran susu tersumbat

Apabila puting tersumbat, bahagian sekitar payudara akan keras dan menyakitkan. Ada kemungkinan untuk timbul kemerahan dan rasa hangat serta lembut apabila disentuh.

Ketika melakukan proses penyusuan anak pada bahagian yang tersumbat, si manja mungkin akan merengek dan terganggu kerana susu yang diperolehi adalah lambat dan dalam jumlah yang sedikit.

Kebiasaannya simptom akan wujud secara perlahan-lahan dan berlaku pada sebelah payudara sahaja. Antaranya:

  • Benjolan pada 1 bahagian payudara anda
  • Pembengkakan pada sekitar benjolan
  • Rasa sakit pada bahagian benjolan
  • Ketidakselesaan menghilang selepas menyusukan anak atau mengepam susu
  • Rasa sakit ketika berbaring
  • Mengalami kelepuhan pada bukaan puting
  • Benjolan terasa bergerak dari masa ke masa

Walau bagaimanapun, normal untuk berlakunya penyusutan dalam penghasilan susu badan ketika anda mengalami masalah puting tersumbat ini.

Jika anda memicit buah dada, mungkin anda akan dapat melihat tekstur susu pekat atau lemak susu yang berpintal atau berbiji-biji.

7 cara atasi saluran susu tersumbat

Proses penyusuan anak pasti akan terjejas jika masalah ini berlaku. Malahan tanpa rawatan, penyumbatan yang terjadi pada saluran susu boleh mengakibatkan jangkitan atau keadaan yang lebih kronik.

Jadi berikut adalah 7 langkah yang boleh anda cuba untuk melancarkan kembali aliran susu badan:

  1. Mengosongkan payudara

Semasa menyusukan bayi, beri mereka bahagian payudara yang bermasalah terlebih dahulu. Jika ia terlalu menyakitkan, mungkin anda boleh berikan bahagian yang tidak terkesan.

Pastikan si manja menghisap dan mengosongkan susu pada payudara – caranya dengan tidak terlalu cepat menarik lekapan puting daripada mereka. 

Jika bayi anda mungkin tidak dapat mengosongkan susu dengan baik, anda boleh mengepam susu sehingga kosong. 

penyusuan anak

  1. Longgarkan bra

Masalah penyumbatan pada saluran susu boleh disebabkan oleh tekanan luaran seperti pakaian atau coli yang ketat.

Jadi pastikan buah dada anda tidak terpenyek di sebalik bra yang dipakai. Mungkin buat sementara ini elakkan daripada memakai bra berdawai (underwire bra).

  1. Menukar posisi

Mungkin teknik lekapan dan penyusuan terganggu disebabkan posisi yang tidak selesa kepada si kecil.

Menukar posisi penyusuan pastinya antara cara yang dapat membantu anda mengatasi masalah ini serta membolehkan setiap saluran susu dirangsang secara seimbang.

  1. Mampatan panas

Untuk mengurangkan masalah saluran susu tersumbat, anda boleh cuba meletakkan kain yang direndam dengan air panas ke atas payudara yang terjejas. Amalkan cara ini sebelum proses menyusu dilakukan.

Taktik lain yang boleh dicuba adalah dengan mandi di bawah aliran air hangat dan membiarkan air terkena pada bahagian yang bermasalah.

  1. Urutan

Mengurut payudara dengan saluran tersumbat sebelum dan semasa menyusu dapat membantu melancarkan aliran susu.

Anda juga boleh lakukan gerakan memusing (putaran) pada benjolan di payudara.

7-cara-atasi-saluran-susu-tersumbat

  1. Bantuan si manja

Bergantung kepada tempat benjolan tersebut, anda turut boleh mengharapkan ‘urutan’ daripada dagu bayi ketika menyusu bagi mengurut dan mengurangkan benjolan itu.

  1. Pemeriksaan doktor

Sekiranya benjolan semakin membesar dan berlanjutan beberapa hari sehingga menimbulkan ketidakselesaan, pertimbangkan untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor.

Penyusuan seperti biasa

Jika anda terfikir untuk menghentikan sementara proses penyusuan anak disebabkan saluran susu tersumbat, ia bukanlah 1 idea yang baik.

Ini kerana walau apa pun, anda masih perlu untuk menyelesaikan masalah saluran tersumbat itu dan menyusu adalah 1 cara yang dapat membantu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Penjagaan Selepas Bersalin Penting! Kalau Tidak, Ibu Terdedah Kepada 9 Risiko Ini

Bagi ibu melahirkan anak, penjagaan kesihatan sepanjang tempoh nifas atau puerperium adalah penting. Jika tidak, ia meningkatkan risiko masalah kesihatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu, Tempoh Selepas Bersalin 11/12/2020 . 4 minit bacaan

Payudara Lelaki Mungkin Tidak Sebesar Wanita, Tapi Ada Fungsi Pada Puting Dada Si Jejaka

Semua orang tahu puting lelaki tidak mempunyai sebarang fungsi biologikal. Jika ada dan puting anda mengeluarkan susu, anda perlu berjumpa doktor...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kesihatan Lelaki, Kesihatan Lelaki Lain 11/11/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Bekerja, Jaga-jaga, Ya! Ini Risiko Masalah Kesihatan Yang Boleh Anda Alami

Menjadi seorang ibu bekerja bukanlah 1 tugas mudah. Anda perlu lebih menjaga diri atau ada 8 risiko masalah kesihatan yang mungkin akan dialami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan Wanita, Kesihatan Wanita Lain 06/11/2020 . 3 minit bacaan

Ini Yang Mungkin Berlaku Pada Kulit Ibu Ketika Menyusukan Bayi, No. 3 Paling Jarang Perasan

Penyusuan susu ibu bertujuan memberikan nutrisi yang mencukupi kepada bayi. Namun, adakah terdapat kesan terhadap kulit ibu disebabkan oleh penyusuan bayi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Bayi, Keibubapaan, Penyusuan 27/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyusuan susu ibu

Ini Cara Mudah Elak Anak Obes Apabila Besar, Ibu Kena Berikan Si Manja Susu Badan Eksklusif

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
penyusuan eksklusif

Risau Susu Badan Tak Cukup? Apa Kata Ibu Cuba 5 Resepi Sedap & Berkhasiat Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/12/2020 . 4 minit bacaan
jangkitan bakteria

Payudara Kemerahan & Sakit? Mungkin Sebab Jangkitan Bakteria! AWAS, Boleh Ancam Nyawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/12/2020 . 3 minit bacaan
cerai susu

Wean Off, Adakah Baby Bersedia? Ini Yang Ibu Kena Tahu Tentang Usia Sesuai Bercerai Susu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/12/2020 . 3 minit bacaan