Sabun pencuci botol susu sering menjadi antara item yang ‘terlepas pandang’ semasa membeli persiapan barangan bayi. Tetapi penting ke pencuci tersebut atau boleh sahaja menggunakan sabun pencuci pinggan di rumah?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Sabun pencuci botol susu sering menjadi antara item yang ‘terlepas pandang’ semasa membeli persiapan barangan bayi. Tetapi penting ke pencuci tersebut atau boleh sahaja menggunakan sabun pencuci pinggan di rumah?
Kalau ingin tahu jawapannya, teruskan membaca perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
American Academy of Pediatrics (AAP) menyarankan ibu bapa untuk mencuci botol susu bayi selepas setiap penyusuan. Ini penting bagi mengelakkan sisa susu menjadi berkerak.
Bayi yang berumur bawah 3 bulan masih mengembangkan sistem imun dan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan bakteria.
Disebabkan itu, amat penting untuk membasuh botol menggunakan sabun pencuci botol susu atau ia boleh mendedahkan bayi kepada risiko seperti:
Kerosakan gigi bayi boleh berlaku akibat pendedahan kepada cecair untuk jangka masa yang lama, seperti jika anda membiarkan si kecil tidur dengan botol susu yang mengandungi air bergula.
Ini membolehkan bakteria penghasil asid terkumpul di dalam mulut mereka dan menyebabkan pereputan. Terdapat juga kemungkinan susu formula mungkin mengandungi bakteria – yang boleh membiak jika botol dibiarkan pada suhu bilik.
Centers for Disease Control and Prevention (CDC) menjelaskan gastroenteritis virus dalam perut boleh merebak melalui sentuhan objek atau permukaan tercemar.
Oleh sebab itu, ibu bapa perlu kerap mencuci tangan, termasuk sebelum menyediakan susu bayi.
Kuman Cronobacter boleh mencemari makanan kering, serbuk seperti susu formula bayi dan seterusnya, botol susu.
Bakteria jenis ini boleh menyebabkan jangkitan darah yang sangat jarang berlaku tetapi berpotensi mengancam nyawa dipanggil sepsis, terutamanya pada bayi.
Ya, sangat penting!
Ini kerana susu mengandungi lemak dan protein yang tidak boleh dibasuh dengan hanya menggunakan air kosong.
Sebelum mensteril botol, pastikan anda mencucinya dengan detergen pencuci bersesuaian dan dibilas dengan bersih.
Perbezaan antara kedua-dua sabun pencuci ini adalah kesannya kepada botol dan aksesori bayi.
Pencuci botol susu bayi merupakan alternatif lebih selamat berbanding cecair pencuci pinggan biasa yang mengandungi bahan keras yang sebaiknya dielakkan – dikaitkan dengan kerengsaan kulit, gangguan endokrin, ekzema dan tindak balas alahan.
Tetapi sabun akan dibilas juga, jadi apa masalahnya.
Betul kenyataan tersebut, namun ia tidak bermakna ia pilihan yang terbaik untuk si manja.
Hakikatnya, setiap ibu bapa sentiasa dinasihat dan disarankan menggunakan sabun pencuci botol susu bayi kerana ia bebas daripada bahan kimia dan toksin.
Jika botol tidak dicuci dengan betul, bahan kimia daripada sabun pencuci pinggan boleh meresap ke atas lapisan botol. Apabila dipanaskan dengan susu, bahan kimia ini boleh mencemari botol. Sudah tentu anda tidak mahu mengambil risiko bayi tertelan bahan kimia ini!
Kebanyakan ibu bapa akan membasuh botol susu yang telah diguna menggunakan tangan, betul tak? Tetapi apakah cara yang betul untuk melakukannya?
Perkara paling utama adalah tangan perlu dicuci dan setiap bahagian botol ditanggalkan dan dibilas dengan bersih.
Kemudian gunakan air panas dan sabun mencukupi untuk membunuh kebanyakan mikroorganisma dan membersihkan botol.
Sebaiknya, sabun pencuci tanpa pewarna dan bebas pewangi merupakan pilihan yang paling disarankan untuk mencuci botol bayi.
Baca juga:
Langkah seterusnya dalam membasuh botol bayi adalah dengan membilas setiap bahagian botol dan puting sehingga sebarang kesan sabun hilang.
Kemudian setiap item hendaklah diletakkan di atas tuala bersih untuk pengeringan udara. Pastikan tuala pengering itu dicuci dan dikeringkan dengan kerap.
Botol susu perlu dipastikan kering sepenuhnya sebelum disimpan. Memasang botol dan meletakkan ia di dalam kabinet dalam keadaan basah boleh memerangkap kelembapan dan menyebabkan pertumbuhan mikrob.
Mensterilkan botol hendaklah dilakukan sebelum ia dikeringkan dan sebelum ia disimpan.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen