backup og meta

Sebelum Jumpa Doktor, Ibu Boleh Cuba 5 Cara Rawat Baby Sembelit Di Rumah, BERKESAN!

Sebelum Jumpa Doktor, Ibu Boleh Cuba 5 Cara Rawat Baby Sembelit Di Rumah, BERKESAN!

Susah hati melihat si manja sukar untuk membuang air besar dan sedang mencari ubat sembelit bayi yang bersesuaian? Adakah boleh memberikan ubat cucuk buntut untuk bayi sembelit? Dalam perkongsian artikel ini ada jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Masalah sembelit bayi

Sebelum mengetahui apakah ubat sembelit bayi yang sesuai diberikan atau bolehkah memberikan ubat cucuk buntut untuk bayi sembelit, ayuh kita kenal pasti antara simptom boleh dialami si manja.

Sembelit berlaku apabila bayi sukar membuang air besar atau tidak melakukan pergerakan usus sekerap yang biasa.

Umumnya, kekerapan berak bagi bayi adalah berbeza. Namun apa yang penting adalah najisnya lembut dan mudah dibuang.

Fahami simptomnya

Si kecil mungkin berdepan gejala berikut jika mengalami sembelit, seperti:

  • Berdepan kesukaran untuk membuang air besar atau tampak tidak selesa
  • Mempunyai tinja yang keras
  • Tidak melakukan pergerakan usus sekurang-kurangnya 3x pada minggu sebelumnya
  • Najis mereka seperti ‘najis arnab’ atau pelet kecil
  • Perlu meneran untuk tempoh yang lama atau menangis semasa membuang air besar
  • Perut tampak membengkak

Baca juga:

Tanda-tanda sembelit pada bayi adalah berbeza-beza bergantung kepada usia dan diet mereka. 

Biasanya pergerakan usus normal sebelum bayi mula mengambil makanan pejal adalah sangat lembut, konsistensinya adalah hampir atau seakan mentega kacang atau lebih cair.

Namun, sebaik sahaja ibu memperkenalkan makanan pejal ke dalam diet bayi, mereka mungkin lebih cenderung untuk mengalami sembelit.

Si manja juga lebih berkemungkinan mengalami sembelit jika parents memasukkan susu lembu – selain susu formula ke dalam diet mereka.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Tip rawatan & ubat sembelit bayi

Jika bayi baru lahir tampak seperti mengalami kesukaran membuang air besar, berunding dengan pakar pediatrik terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat sebelum anda memberikan sebarang ubat cucuk buntut untuk bayi sembelit.

Jika bayi meneran, itu tidak semestinya menjadi petanda mereka mengalami sembelit. Ini kerana otot perut si manja masih lemah dan proses meneran itu dapat membantu mereka semasa membuang air besar.

Bayi tidak dikategorikan sebagai sembelit jika tinjanya masih lembut selepas beberapa minit meneran.

ubat sembelit bayi

Penghidratan, salah satu ubat sembelit bayi semula jadi

Bayi kecil biasanya tidak memerlukan cecair tambahan kerana mereka dapat penghidratan daripada susu ibu atau formula.

Walau bagaimanapun, jika bayi mengalami sembelit, penambahan sedikit cecair tambahan mungkin dapat membantu.

Doktor biasanya akan mengesyorkan penambahan sedikit air atau jus buah-buahan ke dalam diet bayi – kira-kira 60 hingga 120 ml – apabila mereka berusia 2-4 bulan dan sembelit. 

Antara jus yang disarankan adalah 100% jus epal, prun atau pir. Ini kerana jus tersebut mengandungi sorbitol – pemanis yang bertindak seperti julap. 

Pemakanan bayi

Jika bayi sudah mula mengambil makanan pejal, cuba berikan puri yang dihasilkan daripada kacang pis atau prun – kerana mengandungi lebih banyak serat.

Tawarkan juga bijirin gandum, barli atau multigrain cereals – yang terdapat lebih banyak serat berbanding bijirin beras.

Senaman, antara ubat sembelit bayi boleh dicuba

Seperti individu dewasa, senaman dan aktif bergerak cenderung dapat merangsang usus bayi. Jika si kecil belum dapat berjalan atau merangkak, anda boleh membantu mereka untuk bersenam. 

Caranya dengan menggerakkan kaki bayi secara perlahan semasa si kecil sedang berbaring menelentang – seperti meniru pergerakan menunggang basikal. Ia dipercayai boleh membantu fungsi usus dan melegakan sembelit.

ubat sembelit bayi

Urutan 

Terdapat juga beberapa jenis urutan yang membantu melegakan sembelit bayi, seperti:

  • Membuat pergerakan membulat pada perut bayi mengikut arah jam menggunakan hujung jari
  • Memegang kedua-dua lutut dan kaki bayi, perlahan-lahan menolaknya ke arah perut
  • Melakukan usapan lembut daripada rusuk ke bawah menggunakan jari

Mandian air suam

Memandikan si manja dengan air suam juga dapat mengendurkan otot perut dan membantu mereka berhenti meneran. Ia juga boleh melegakan beberapa ketidakselesaan yang berpunca daripada sembelit.

Pemeriksaan doktor sebelum berikan ubat sembelit bayi

Anda dinasihatkan untuk membawa si kecil bagi pemeriksaan doktor jika anak masih tidak membuang air besar selepas 1 atau 2 hari dan mengalami gejala lain seperti:

ubat sembelit bayi

  • Darah pada najis
  • Kerap meragam
  • Tampak seperti sakit perut
  • Tiada perubahan pada sembelit walaupun mencuba petua di atas untuk merawatnya

Jika rawatan di rumah tidak berkesan, doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan ke atas bayi. Dalam kes jarang berlaku, doktor akan menetapkan ubat seperti:

Kesimpulan 

Sembelit boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kerengsaan pada bayi. Sebagai ibu bapa, anda boleh mencuba beberapa kaedah di rumah sebagai ubat sembelit bayi.

Seandainya simptom tidak bertambah baik, jangan berlengah lagi! Lakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan jalan penyelesaian terbaik buat si manja.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What are the signs of infant constipation? And what’s the best way to treat it? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/expert-answers/infant-constipation/faq-20058519#, Accessed on July 31, 2022
  2. Constipation: Infant. https://www.nationwidechildrens.org/conditions/constipation-infant, Accessed on July 31, 2022
  3. Constipation in babies. https://www2.hse.ie/conditions/constipation-children/constipation-in-babies-0-to-6-months/, Accessed on July 31, 2022
  4. How Can I Tell If My Baby is Constipated? https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/diapers-clothing/Pages/Infant-Constipation.aspx, Accessed on July 31, 2022
  5. Constipation in babies.https://www.pregnancybirthbaby.org.au/constipation-in-babies, Accessed on July 31, 2022

Versi Terbaru

16/11/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Bayi Menyusu Badan Pun Boleh Sembelit? Ini Mungkin Puncanya, Cepat Rawat Ye, Mama!

Si Manja Asyik Meragam? Jika Ada 5 Tanda Ini, Sah Sebab Perut Kembung!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan