backup og meta

Anak Meragam Sebab Nak Tumbuh Gigi? Mama, Cuba 8 Tip Ini Untuk Legakannya!

Anak Meragam Sebab Nak Tumbuh Gigi? Mama, Cuba 8 Tip Ini Untuk Legakannya!

Gigi pertama bayi biasanya akan muncul semasa si manja berusia 6 bulan hingga setahun. Ketika proses itu terjadi, pastinya ibu bapa ingin mengetahui cara menenangkan bayi tumbuh gigi.

Ini kerana apabila si kecil mula tumbuh gigi, ia boleh menjadi fasa yang sangat mencabar untuk melayani rengekan dan ragam mereka disebabkan ketidakselesaan yang dirasai.

Usah bimbang, Hello Doktor akan kongsikan beberapa petua yang mungkin berkesan untuk membantu anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Tanda bayi tumbuh gigi 

Sebelum mengetahui cara menenangkan bayi tumbuh gigi, berikut beberapa tanda-tanda bayi tumbuh gigi yang boleh diperhatikan, terutamanya jika si manja berusia sekitar 6 bulan dan ke atas:

  • Gusi sakit atau lembut
  • Air liur meleleh
  • Mudah meragam
  • Demam ringan sekitar 37°C
  • Gemar mengunyah
  • Cirit-birit
  • Ruam air liur sekitar mulut

Biasanya gigi pertama yang muncul adalah salah satu gigi kacip di bahagian bawah. Proses pertumbuhan gigi mungkin lebih perlahan bagi sesetengah bayi. 

Cara menenangkan bayi tumbuh gigi

Terdapat beberapa kaedah yang boleh ibu bapa cuba untuk melegakan rasa tidak selesa pada gusi yang dialami si manja, seperti:

1. Urut gusi bayi 

Memberikan tekanan pada gusi boleh membantu mengurangkan kesakitan. Selepas mencuci tangan, baringkan bayi di atas katil dan urut gusi bayi bengkak tumbuh gigi mereka perlahan-lahan dengan jari. 

Ia boleh membantu bayi berehat dan tertidur. Ulangi urutan pada gusi sekali lagi jika bayi terjaga pada waktu tengah malam.

2. Kain lap sejuk, antara cara menenangkan bayi tumbuh gigi

Dapatkan kain lap bersih dan rendam ke dalam air, kemudian perahkan sehingga kain menjadi lembap. Letakkan kain tersebut di dalam peti sejuk – sama ada bahagian bawah atau sejuk beku.

Selepas ia agak sejuk, lipatkan kain lap dan berikan kepada si manja untuk dikunyah. Tetapi jangan biarkan bayi tanpa pengawasan ketika mereka sedang mengunyah sesuatu walaupun hanya kain lap – risiko untuk tercekik masih tinggi.

3. Sejukkan pacifier atau mainan bayi tumbuh gigi

Jika si manja menggunakan puting kosong, ia juga boleh membantu melegakan gusi mereka dengan menyejukkannya. Kesejukan boleh membantu meredakan kebas dan kesakitan bayi tumbuh gigi.

Langkah yang sama juga boleh dilakukan dengan mainan tumbuh gigi (teething toys). Tetapi elakkan mainan jenis cecair atau mengandungi gel kerana ia berkemungkinan tinggi untuk bocor.

Untuk kedua-dua alat di atas, pastikan anda membersihkannya terlebih dahulu sebelum meletakkan ia di dalam peti sejuk.

cara menenangkan bayi tumbuh gigi
Mainan yang sesuai untuk bayi yang baru tumbuh gigi.

4. Hasilkan popsicles susu untuk meredakan kesakitan bayi tumbuh gigi

Sesetengah bayi mungkin tidak makan atau menyusu kerana ketidakselesaan yang dialami semasa tumbuh gigi.

Untuk mengatasi keadaan ini, cari bekas popsicle bebas BPA dan isikan dengan susu ibu atau susu formula. Jangan lupa untuk memakaikan si manja bib jika anda tidak mahu keadaan menjadi terlalu berselerak. 

Cara menenangkan bayi tumbuh gigi #5. Lapkan lelehan air liur

Anda juga disarankan untuk memakaikan bayi bib semasa mereka dalam fasa pertumbuhan gigi. Ini bagi mengelakkan pakaian mereka menjadi basah kerana lelehan air liur.

Pastikan juga anda mengelap lelehan air liur pada wajah si kecil bagi menghindari daripada berlakunya kerengsaan dan ruam.

6. Sejukkan buah 

Jika bayi sudah diperkenalkan dengan makanan pejal, apa kata anda cuba bekukan beberapa jenis makanan untuk melegakan gusi bayi.

cara menenangkan bayi tumbuh gigi
Pemberian teether boleh membantu bayi yang baru tumbuh gigi.

Pisang yang dilenyekkan antara idea yang boleh dicuba dan masukkannya ke dalam mesh feeder untuk dihisap si manja. Antara buah lain yang boleh dicuba adalah strawberi, epal dan pir. 

Walaupun alat ini boleh mengelakkan daripada bayi tercekik, tetapi pastikan anda sentiasa memantau mereka, okay?

7. Ekstra pelukan, cara menenangkan bayi tumbuh gigi yang penting 

Ada kalanya, cara terbaik untuk membantu meredakan kesakitan bayi tumbuh gigi ini adalah hanya dengan memperbanyakkan pelukan buat si manja. Cuba dukung bayi atau menggunakan carrier dan bawa mereka berjalan sekitar rumah.

Jika anda menyusu badan, berikan si manja masa penyusuan tambahan untuk memberikan keselesaan. 

Penting untuk memberikan bayi persekitaran yang tenang bagi membantu mereka berehat dan tidur. 

8. Ubat sakit

Sekiranya kaedah di atas tidak berkesan, mungkin anda boleh mencuba langkah terakhir ini. Berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan ubat bagi meredakan kesakitan dan membantu bayi tidur.

Namun elakkan gel atau tablet yang mengandung lidocaine atau benzocaine. Ia boleh memudaratkan dan menyebabkan mulut bayi kebas sehingga menimbulkan masalah sukar menelan.

cara menenangkan bayi tumbuh gigi
Cara mencegah gigi anak daripada berkarat dan rongak.

Penjagaan gigi baru bayi

Selain daripada mengetahui cara menenangkan bayi tumbuh gigi, anda juga harus memulakan proses penjagaan gigi si kecil sebaik sahaja ia muncul. 

Penting untuk mengelap gigi mereka sebelum tidur dengan menggunakan kain lap bersih yang lembap atau berus gigi bayi berbulu lembut. 

Ibu bapa tidak perlu memberikan anak sebarang ubat gigi berfluorida sehingga si manja berusia 3 tahun dan sudah pandai untuk berkumur.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Teething: Tips for soothing sore gums. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/teething/art-20046378, Accessed on March 1, 2022 
  2. Teething 101: 4 Pediatrician-Approved Ways to Soothe a Teething Baby. https://health.clevelandclinic.org/teething-101-4-pediatrician-approved-ways-to-soothe-a-teething-baby/, Accessed on March 1, 2022 
  3. Teething Tots. https://kidshealth.org/en/parents/teething.html, Accessed on March 1, 2022
  4. Dental: Teeth and Gum Care for Infants and Toddlers. https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/health-wellness-and-safety-resources/helping-hands/dental-teeth-and-gum-care-for-infants-and-toddlers, Accessed on March 1, 2022 
  5. Teething & Tooth Care, https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/teething-tooth-care/Pages/default.aspx, Accessed on March 1, 2022 

Versi Terbaru

07/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Rangsang Si Kecil Bercakap? Apa Kata Cuba 7 Tip Yang Dikongsikan Pakar Pediatrik Ini

Mata Bayi Asyik Meliar? Ini Cara Mak Ayah Nak Tahu Perkembangan Penglihatan Si Manja


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan