Susu Segar VS Susu Tepung, Mana Lebih Sesuai Untuk Tumbesaran Si Manja Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Susu untuk bayi dan kanak-kanak mempunyai pelbagai jenis dan bentuk antaranya; susu segar dan susu tepung.

Disebabkan itu, ramai individu yang keliru apabila perlu memilih salah satu daripadanya.

Jom ikuti artikel ini untuk membantu anda memahami perbezaan nutrisi antara susu segar dan susu tepung!

Kandungan nutrisi susu segar dan susu tepung

Kedua-dua susu ini mengandungi nutrien yang diperlukan oleh manusia dan lebih kurang sama dalam kandungan nutrisinya.

Satu cawan hidangan susu segar dan susu tepung akan membawa 80 kalori, 8 gram protein dan 30% keperluan kalsium seharian.

Kelebihan susu segar

susu segar

Susu segar sebenarnya mempunyai kandungan vitamin B yang lebih banyak.

Satu cawan susu segar akan memberi kita 1.2 mikrogram vitamin B12 dan 0.9 miligram vitamin B5.

Sementara itu, satu cawan susu tepung pula mengandungi 0.9 mikrogram vitamin B12 dan 0.8 miligram vitamin B5.

Fungsi vitamin B5 adalah membantu sel otak untuk kekal sihat dan vitamin B12 pula adalah penting untuk pengaliran oksigen dalam badan.

Selain itu, susu segar juga mengandungi fosforus dan selenium yang bagus untuk sel otak, sistem metabolisme serta fungsi enzim dan tiroid.

Satu hidangan susu segar akan membawa 7.6 mikrogram selenium dan 47 miligram fosforus.

Sementara itu pula, susu tepung hanya mengandungi 6.3 mikrogram selenium dan 27 miligram fosforus.

Paling penting, kebanyakan individu bersetuju bahawa rasa susu segar adalah jauh lebih sedap berbanding susu tepung.

Kelebihan susu tepung

susu tepung

Susu segar tidak boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang sementara susu tepung mempunyai kelebihan ini.

Susu tepung tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk dan masih mampu mengekalkan kandungan nutrisinya.

Selain itu, susu tepung juga adalah tidak semahal susu segar.

Susu yang manakah paling sesuai buat anda?

Kedua-dua susu ini sebenarnya menyediakan kandungan nutrisi yang hampir sama.

Jika anda merupakan seorang individu yang kurang gemar produk yang diproses, susu segar adalah pilihan yang terbaik kerana ia adalah bebas daripada bahan pengawet dan antibiotik.

Bagi kegunaan dapur, susu segar sebenarnya adalah pilihan yang terbaik.

Namun begitu, jika dilihat dari aspek masa dan kos, susu tepung dilihat sebagai alternatif yang lebih baik.

Bagi beberapa jenis minuman seperti smoothie, susu tepung adalah lebih sesuai berbanding susu segar.

Konklusinya, kedua-dua susu ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Selain itu, ia juga mempunyai kandungan nutrisi yang lebih kurang sama sahaja.

Oleh itu, ia sebenarnya terpulang kepada ibu bapa untuk memilih susu untuk bayi dan kanak-kanak yang terbaik buat si manja anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mama Babah Kena Jaga Pertuturan Depan Anak, Kalau Anak Dah Terikut, Susah Nak Ubah Nanti!

Anda pasti terkejut apabila mendengar percakapan anak yang tidak sepatutnya. Itu impaknya jika anda tidak menjadi contoh teladan terbaik buat mereka.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kanak-Kanak, Tumbesaran Kanak-Kanak 11/02/2021 . 3 minit bacaan

Si Kecil Nak Buat Semua Perkara Sendiri? Sebagai Parents Ini Cara Untuk Galakkan Anak Berdikari

Ingin tahu bagaimana cara didik anak berdikari? Pastinya peranan ibu bapa amat penting dalam mengajar si kecil. Ini yang perlu anda fahami...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 27/01/2021 . 3 minit bacaan

Ada 6 Masalah Gigi Kanak-kanak Yang Ibu Bapa Perlu Waspada! Awas Dengan #4 Ya?

Terdapat banyak masalah gigi kanak kanak yang ibu bapa perlu waspada untuk mereka senyum cantik dewasa kelak. Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Kesihatan Anak, Kesihatan Anak Lain 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Wean Off, Adakah Baby Bersedia? Ini Yang Ibu Kena Tahu Tentang Usia Sesuai Bercerai Susu

Berbicara tentang proses penyusuan, pernah tak anda terfikir bilakah masa sesuai untuk cerai susu dilakukan? Adakah wean off terlalu awal atau lewat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Bayi, Keibubapaan, Penyusuan 14/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

waktu tidur bayi

Mak Ayah Jangan Panik Jika Si Kecil Selesema, Uruskannya Dengan 4 Cara Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
hubungan antara adik beradik

Alololo… Si Kakak Cemburu Bila Lahir Adik Baru, Apa Ibu Bapa Perlu Buat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 05/03/2021 . 2 minit bacaan
susu untuk gastrik

Minum Susu Baik Untuk Legakan Masalah Gastrik, Betul @ Tidak? Ini Jawapannya…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 23/02/2021 . 3 minit bacaan
batuk berdarah

Risaunya Jika Anak Batuk Keluar Darah, Cukupkah Sekadar Beri Air Kosong?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/02/2021 . 2 minit bacaan