Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Ibu Menyusu Risau Susu Kurang Masa Puasa? Baca Dulu Sebelum Panik
Ramai ibu menyusu risau apabila muncul tanda susu badan kurang, terutama ketika bulan puasa. Sebenarnya, penghasilan susu ibu tidak semestinya merosot semata-mata kerana berpuasa. Ia lebih dipengaruhi faktor hidrasi, kekerapan penyusuan dan keadaan tubuh ibu itu sendiri. Memahami perkara ini membantu ibu kekal menyusu dengan yakin. Mari kita tengok penjelasan yang lebih jelas di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannyadi sini.
Tanda susu badan kurang
Anda boleh mengesan tanda susu badan kurang melalui beberapa petunjuk mudah seperti berikut:
Menyusu secara on-demand membantu mengekalkan supply.
Logiknya mudah: lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu dihasilkan.
Bilakah susu ibu terhasil?
Penghasilan susu berlaku dalam beberapa fasa:
Kolostrum: muncul sejak akhir kehamilan sehingga 2-4 hari selepas bersalin.
Transitional milk: hari ke-4 hingga minggu ke-2.
Mature milk: selepas minggu ke-2 dan seterusnya.
Hormon prolaktin dan oksitosin merangsang penghasilan susu setiap kali ibu menyusu atau mengepam. Jadi walaupun berpuasa, selagi rangsangan konsisten, supply susu ibu biasanya stabil.
Berapa lama susu badan bertahan?
Pam susu sebagai bekalan atau simpanan.
Ketahanan susu ibu bergantung pada penyimpanan:
Pada suhu bilik: 4 jam.
Dalam peti ais (chiller): 3-4 hari.
Dalam freezer: 6 bulan (optimum).
Deep freezer: hingga 12 bulan.
Bagi ibu berpuasa, pengetahuan ini membantu merancang jadual pam di waktu malam supaya stok susu cukup untuk kegunaan siang.
Adakah berpuasa menyebabkan susu ibu berkurang?
Ini persoalan paling besar setiap kali Ramadan tiba.
Menurut pakar laktasi dan kajian klinikal:
Berpuasa TIDAK menjejaskan komposisi susu ibu secara signifikan.
Jumlah susu juga tidak turun secara drastik, kecuali jika ibu kurang minum atau kurang makan.
Yang lebih memberi kesan ialah hidrasi, stres, dan kekerapan menyusu.
Bagaimana puasa boleh memberi kesan?
Dehidrasi ringan mungkin menjadikan ibu rasa letih, dan ini boleh secara tidak langsung mengurangkan sesi menyusu atau mengepam.
Kurang makan pada waktu sahur boleh menurunkan tenaga, lalu menjejaskan hormon penyusuan.
Cara mengekalkan susu ketika berpuasa
Minum ikut jadual 3–2–1 (3 gelas waktu berbuka, 2 gelas selepas tarawih, 1 gelas sebelum tidur – tambah lagi waktu sahur).
Berpuasa sebenarnya tidak menghalang ibu daripada meneruskan penyusuan, selagi tubuh dijaga dengan baik dan tanda susu badan kurang dipantau dari awal.
Apa yang penting ialah memastikan badan kekal terhidrat, makan cukup pada waktu sahur dan berbuka, serta mengekalkan rutin penyusuan atau pam seperti biasa.
Dengan persediaan yang betul, kebanyakan ibu menyusu masih boleh melalui bulan puasa dengan selesa sambil mengekalkan penghasilan susu secara optimum.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Penyusuan Susu Ibu. https://www.malaysia.gov.my/my/personas/ibu-hamil/postnatal-care/penyusuan-susu-ibu. Diakses Disember 12, 2025.
Tips untuk ibu kekalkan pengeluaran susu pada bulan Ramadan. https://upm.edu.my/article/tips_untuk_ibu_kekalkan_pengeluaran_susu_pada_bulan_ramadan-78433. Diakses Disember 12, 2025.
Tips penyusuan susu ibu di bulan Ramadhan. http://irep.iium.edu.my/64106/. Diakses Disember 12, 2025.
Ramadan Fasting and Breastfeeding. https://humanmilkfoundation.org/wp-content/uploads/2024/03/Ramadan-Fasting-and-Breastfeeding-.pdf. Diakses Disember 12, 2025.
Ramadan and Breastfeeding. https://www.mammas.org.uk/ramadan.html. Diakses Disember 12, 2025.
Versi Terbaru
19/02/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim