Selepas bersalin, ibu akan melalui fasa penyusuan bayi atau laktasi. Penyusuan susu ibu eksklusif ini dilakukan bertujuan membekalkan nutrisi yang mencukupi kepada bayi yang baru dilahirkan.
Namun, adakah terdapat sebarang kesan terhadap kulit si ibu yang disebabkan oleh penyusuan bayi ini?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Masalah yang boleh berlaku kepada kulit ibu yang menyusu semasa penyusuan susu ibu eksklusif
Penyusuan bayi adalah perkara yang mesti dan disaran untuk dilakukan sejurus selepas bayi lahir.
Namun, ada kemungkinan wujudnya beberapa perkara yang berlaku semasa atau selepas menyusukan bayi anda.
Berikut adalah antara perkara yang boleh terjadi pada kulit seseorang ibu hasil daripada aktiviti penyusuan bayi.
#1 Puting lembut terjadi selepas penyusuan susu ibu eksklusif
Untuk beberapa hari pertama selepas bayi anda dilahirkan dan mula menyusu, payudara dan puting anda mungkin terasa sakit atau merekah.
Puting payudara anda juga mungkin akan mengalami pendarahan. Sebahagian wanita mengalami kesakitan yang teruk disebabkan sakit pada puting, manakala wanita yang lain pula mungkin akan berasa sedikit tidak selesa.
Sekiranya bayi anda menyusu dengan baik, rasa sakit akan mereda walaupun anda mungkin merasakan sedikit kesakitan dalam tempoh beberapa saat hingga satu minit pertama setelah bayi anda menyusu.
Doktor atau jururawat dapat membantu anda memastikan bayi menyusu dengan betul dan juga membantu anda mempelajari petua serta cara untuk melakukan penyusuan dengan lebih selesa.
#2 Kulit yang merekah
Penyusuan bayi akan menjadi sedikit sukar sekiranya ibu tersebut mempunyai keadaan kulit puting yang kering.
Antara salah satu masalah yang mungkin timbul apabila anda mempunyai keadaan kulit kering dan terpaksa menyusukan bayi anda ialah kulit yang merekah.
Pada kebiasaannya, aktiviti penyusuan susu ibu boleh menyebabkan kebanyakan wanita berasa tidak selesa pada peringkat awal.
Sekiranya puting anda menjadi terlalu kering, kulit akan merekah, yang kemudiannya boleh menyebabkan jangkitan dan mengakibatkan proses penyusuan bayi jadi lebih menyakitkan.
Anda boleh melakukan beberapa alternatif bagi mengurangkan kesakitan yang dialami akibat kulit kering seperti ini.
Antara perkara yang boleh dilakukan adalah menggunakan krim lanolin, membiarkan susu kering dengan sendirinya pada puting payudara dan mengelakkan penggunaan bahan sintetik pada bahagian payudara anda.
Penyusuan susu ibu eksklusif #3 Thrush
Sejenis jangkitan yis yang disebut sebagai thrush ini boleh menular di antara ibu dan bayi ketika penyusuan susu ibu dan menyebabkan kesakitan yang teruk dan menusuk.
Thrush sering didiagnosis setelah masalah berkenaan penyusuan telah selesai tetapi kesakitannya masih lagi dialami.
Antara simptom jangkitan yis ini termasuklah puting yang mengelupas, gatal-gatal, berwarna merah atau berkilat dan mulut bayi yang mempunyai tompok-tompok putih pada lidahnya.
Bayi juga mungkin akan mengalami ruam lampin.
Kadangkala, kesakitan yang dialami berkemungkinan satu-satunya gejala bagi jangkitan yis ini.
Sekiranya bayi anda menyusu badan dengan baik tetapi anda masih mengalami kesakitan yang teruk semasa menyusu, hubungi doktor anda untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan.
Baca juga: