Orang tua-tua selalu berpesan supaya ibu menyendawakan bayi selepas menyusu bagi mengelak perut kembung. Namun, tahukah anda cara sendawakan bayi selepas menyusu?
Pastinya terlintas di fikiran anda mengenai, “Adakah ia satu keperluan untuk membuatkan bayi sendawa setiap kali selesai menyusu?” Lebih-lebih lagi apabila bayi anda sudah tertidur selepas menyusu, bukan?
Ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai topik ini.
Kenapa perlu ikut cara sendawakan bayi selepas menyusu?
1. Perut kembung
Proses sendawa pada bayi penting bagi menghindarkan bayi anda daripada mengalami masalah perut kembung. Tujuan utamanya adalah untuk mengeluarkan udara berlebihan yang turut masuk ke dalam perut bayi ketika menyusu atau menangis.
2. Lebih ceria dan aktif
Bayangkan jika kita sebagai individu dewasa, berdepan dengan keadaan perut kembung atau berangin? Sudah tentu ia boleh menyebabkan anda menjadi tidak selesa, bukan?
Begitu juga keadaannya dengan bayi anda. Keadaan seperti itu pastinya:
- menimbulkan ketidakselesaan
- membuatkan mereka meragam
Menyendawakan si manja, dipercayai dapat membuatkan bayi anda menjadi lebih selesa, ceria dan aktif.
3. Tidur nyenyak
Dalam keadaan perut tidak selesa, semestinya ia membuatkan bayi anda tidak dapat tidur dengan nyenyak.
Situasi ini pastinya akan berbeza jika udara mahupun angin yang berlebihan di dalam perut bayi dapat dikeluarkan, sekali gus menjadikan bayi anda lebih selesa.
Sudah tentu keadaan ini akan dapat membantu mereka untuk tidur lebih nyenyak, sebagai tanda bayi sudah sendawa.
Cara sendawakan bayi selepas menyusu
1. Cara burp baby newborn: posisi bersandar pada bahu
Perkara pertama sekali adalah meletakkan sebarang kain alas bersih pada bahu anda. Ini perlu dilakukan kerana bayi anda mungkin akan termuntah susu.
Cuba untuk mendukung bayi anda menggunakan sebelah tangan dan letakkan kepala bayi seperti bersandar pada bahu anda.
Dengan menggunakan tapak tangan sebelah yang lain, tepuk belakang badannya secara perlahan-lahan sehingga bayi anda sendawa.
Cara buat bayi sendawa ini boleh dilakukan sama ada secara berdiri mahupun duduk di kerusi. Ia adalah mengikut keselesaan anda.
2. Posisi duduk
Cara yang seterusnya ini adalah dengan memberikan bayi anda duduk di atas riba anda, iaitu sebelah paha anda, sama ada kiri ataupun kanan, mengikut keselesaan anda.
Bongkokkan sedikit badan bayi anda dan tepuk lembut atau usap bahagian belakang badannya. Pastikan anda menahan bahagian dadanya dengan tangan anda.
Dipercayai cara sendawakan bayi ini adalah paling mudah membuatkan bayi sendawa.
3. Cara burp baby newborn: posisi meniarap
Baringkan bayi anda pada posisi meniarap di atas perutnya dengan kedudukan melintang di atas paha anda.
Untuk melakukan cara sendawa melalui kaedah posisi meniarap ini anda perlu memegang bahagian dada bayi dengan sebelah tangan anda dan pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya.
Dengan menggunakan tangan yang sebelah lagi, tepuk atau urut secara perlahan-lahan bahagian belakang bayi dengan cara usapan naik dan turun.
4. Cara burp baby newborn: posisi dukung
Ini merupakan antara cara sendawakan bayi terakhir yang boleh anda cuba.
Caranya adalah dengan mendukung seperti biasa dan rapatkan bayi anda ke dada. Sambil mendukungnya, goyang-goyangkan badan anda ke kiri dan ke kanan untuk membuatkan bayi sendawa sendiri.
Dalam masa yang sama anda boleh mengusap bahagian belakang bayi anda sambil berjalan-jalan di sekitar rumah anda.
5. Cara burp baby newborn: senaman
Sekiranya tip sendawakan bayi selepas menyusu di atas masih tidak berjaya untuk membuat si kecil sendawa, anda mungkin boleh melakukan sedikit ‘senaman’ buat mereka.
Caranya adalah dengan memegang bahagian betis bayi anda, dan tolakkan lututnya ke dada mereka.
Kaedah ini dikatakan antara cara sendawakan bayi yang terbaik untuk membantu mengeluarkan angin dari perut mereka. Selain itu, urutan yang lembut pada perut bayi anda pastinya dapat membantu.
Terus mencuba sehingga bayi sendawa!
Sampai bila perlu sendawakan bayi?
Sekiranya bayi anda masih tidak sendawa walaupun pelbagai tip dan cara sendawa bayi telah anda cuba, mungkin anda boleh mendapatkan bantuan pasangan untuk membantu menyendawakan bayi.
Ada yang mengatakan kaum ayah lebih handal membuat bayi sendawa, jadi tidak ada salahnya mencuba, bukan?
Lagipun tanggungjawab menjaga bayi adalah tanggungjawab bersama. Apa yang penting, teruskan mencuba dan banyakkan bersabar!
[embed-health-tool-child-growth-chart]