home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

3 Daripada 5 Bayi Tidak Menyusu Badan Sejam Selepas Lahir

3 Daripada 5 Bayi Tidak Menyusu Badan Sejam Selepas Lahir

Menyusu badan dalam tempoh satu jam selepas lahir sangat penting untuk menyelamatkan nyawa bayi.

Dianggarkan sebanyak 78 juta bayi (3 daripada 5) tidak diberikan susu badan dalam tempoh satu jam selepas lahir. Keadaan ini meletakkan mereka pada risiko kematian dan penyakit serta membuatkan mereka lebih cenderung untuk tidak meneruskan susu badan selepas itu, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi sebuah laporan. Kebanyakan bayi ini lahir di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Laporan tersebut menyatakan bahawa bayi yang menyusu badan dalam satu jam pertama selepas mempunyai peluang yang lebih besar untuk hidup. Kelewatan selama beberapa jam sahaja mendedahkan bayi kepada risiko yang boleh membawa maut. Sentuhan kulit ibu dan anak serta penyusuan akan merangsang penghasilan susu badan termasuk kolostrum yang dikatakan sebagai ‘vaksin pertama’ yang kaya dengan nutrien dan antibodi.

“Bercakap tentang menyusu badan, masa ialah sangat penting. Dalam banyak negara, ia boleh menjadi penentu kepada hidup dan mati,” kata Henrietta H. Fore, Pengarah Eksekutif UNICEF.

Tambah beliau, “Setiap tahun, jutaan bayi terlepas manfaat menyusu badan awal disebabkan oleh perkara yang boleh diubah. Para ibu tidak menerima sokongan yang cukup untuk menyusukan anak mereka selepas lahir walaupun daripada staf kesihatan di hospital dan klinik.”

Menurut laporan tersebut, kadar menyusu badan dalam tempoh satu jam paling tinggi di Afrika Timur dan Selatan (65%), paling rendah di Asia Timur dan Pasifik (32%). Hampir 9 daripada 10 bayi di Burundi, Sri Lanka dan Vanuatu diberikan susu badan dalam tempoh sejam pertama selepas lahir. Manakala hanya 2 daripada 10 bayi di Azerbaijan, Chad, dan Montenegro melakukan sedemikian.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanam berkata, “Susu badan memberi peluang terbaik bagi bayi untuk meneruskan hidup. Kita perlu memaksimakan sokongan ke atas para ibu, sama ada melalui ahli keluarga, staf kesihatan, majikan, atau kerajaan agar mereka dapat memberikan peluang yang berhak diterima oleh anak mereka.”

Kajian lain melaporkan bahawa bayi yang mula menyusu antara 2 hingga 23 jam selepas lahir mempunyai risiko kematian 33% lebih tinggi. Bagi yang mula menyusu badan sehari selepas atau lebih lewat, risikonya adalah lebih tinggi.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 28/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x