backup og meta

Bayi Kerap Menangis Kerana Ada Gangguan? Ini Penjelasan Saintifik & 17 Cara Pujuk Si Manja

Bayi Kerap Menangis Kerana Ada Gangguan? Ini Penjelasan Saintifik & 17 Cara Pujuk Si Manja

Bayi kerap meragam selalu dikaitkan dengan ‘gangguan’ tapi benarkah dakwaan itu? Ada sesuatu yang menjadi penyebab bayi kolik hingga si manja menangis tanpa henti.  Tidak dinafikan, bayi kolik susah tidur. Oleh sebab itu, ibu bapa mungkin akan alami masalah untuk memujuk anak yang sedang berada dalam keadaan tidak selesa. 

Ikuti penjelasannya dalam artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Penyebab bayi kolik

Bagaimana untuk tahu bayi menangis bukan kerana gangguan, sebaliknya disebabkan kolik bayi?

Kolik adalah ketika bayi yang sihat menangis lebih lama daripada biasa.

Ya, sudah tentu semua bayi akan menangis. Itu merupakan cara terbaik, malahan satu-satunya kaedah untuk mereka berkomunikasi menyampaikan ketidakselesaan mereka tentang sesuatu perkara.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Doktor biasanya akan mendiagnosis bayi menangis sebagai kolik berdasarkan 3 tanda, iaitu:

  1. Bayi anda menangis sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
  2. Bayi menangis sekurang-kurangnya 3x seminggu.
  3. Tangisan yang berlaku berlanjutan untuk tempoh 3 minggu berturut-turut

Bayi dengan kolik, akan menangis secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab. Lebih memilukan, bayi kolik susah tidur. Malah, 

Masalah kolik yang terjadi tidak bermakna si manja anda mempunyai masalah kesihatan. Biasanya keadaan ini akan beransur hilang seiring dengan peningkatan usia si kecil.

Bayi menangis, bila ia bermula & berakhir

penyebab bayi kolik

Serangan kolik bermula apabila bayi berusia 2 hingga 3 minggu (lebih lewat untuk bayi pramatang).

Kemuncaknya adalah apabila usia bayi mencapai 6 minggu dan akan berkurangan pada minggu ke-10 hingga 12.

Menjelang usia 3 bulan (biasanya akan sedikit lambat bagi si kecil dengan kelahiran pramatang), masalah kolik bayi akan hilang secara ajaib.

Kolik yang dialami mungkin hilang secara tiba-tiba atau berhenti secara beransur-ansur. 

Kenal pasti simptom dan tanda

Selain 3 peraturan doktor di atas, berikut adalah beberapa simptom dan tanda kolik bayi yang boleh anda kenal pasti:

  • Bayi menangis berlaku pada waktu yang sama setiap hari. Biasanya pada lewat petang atau awal senja
  • Tangisan terjadi tanpa sebarang sebab yang boleh dikenal pasti seperti lampin kotor atau rasa lapar mahupun mengantuk
  • Bayi akan melakukan pergerakan kaki dan tangan yang lebih banyak daripada kebiasaannya
  • Ekspresi muka yang berubah-ubah, seperti menutup mata dan membukanya dengan luas, mengerutkan kening serta menahan sebentar pernafasan 
  • Aktiviti usus yang meningkat. Bayi anda mungkin lebih kerap mengeluarkan gas atau mengeluarkan air liurnya
  • Aktiviti makan dan tidur terganggu disebabkan tangisan. Bayi akan panik mencari puting susu tetapi menolaknya sebaik hisapan bermula dan kembali menangis dengan kuat

Penyebab bayi kolik menangis tidak berhenti

penyebab bayi kolik

Punca sebenar masalah kolik masih lagi misteri. Namun berikut adalah beberapa teori yang mungkin jadi penyebab berlakunya tangisan kolik:

1. Deria berlebihan

Menjelang akhir bulan pertama selepas kelahiran, bayi akan menjadi lebih peka terhadap rangsangan persekitarannya. 

Dengan begitu banyak rangsangan dan sensasi yang muncul, menyebabkan mereka sukar mengendalikan keadaan tersebut.

2. Sistem pencernaan

Mencerna makanan adalah tugas besar bagi sistem gastrousus bayi yang masih baru.

Akibatnya, makanan akan melalui saluran usus dengan cepat dan tidak dapat dicerna dengan sepenuhnya.

Baca juga:

3. Asid refluks bayi

Penyelidikan mendapati gastroesophageal reflux disease (GERD), boleh mencetuskan keadaan kolik bayi.  

Keadaan itu mencegah asid perut mengalir ke kerongkong serta mulut dan merengsakan esofagus.

4. Alahan makanan

Ada pakar percaya episod kolik terjadi disebabkan oleh alahan kepada protein susu lembu atau intoleransi laktosa pada bayi yang diberikan susu formula.

Untuk kes jarang berlaku, kolik juga boleh terjadi disebabkan reaksi terhadap makanan tertentu dalam diet pemakanan ibu yang menyusukan bayi.

5. Pendedahan kepada tembakau

Kajian menunjukkan wanita merokok semasa atau selepas kehamilan cenderung mempunyai bayi dengan kolik. 

Walaupun masih tidak jelas kaitan antara asap rokok dan kolik, tetapi bukankah bagus jika ibu mengandung menjaga kesihatan dengan baik?

Mengatasi kolik bayi

penyebab bayi kolik

Tiada rawatan dapat menghilangkan kolik, tetapi ada cara untuk membantu meredakan keadaan bayi menangis. 

  1. Pastikan bayi tidak lapar.
  2. Keadaan lampin bayi sentiasa bersih.
  3. Cuba untuk sendawakan bayi dengan lebih kerap semasa atau selepas penyusuan.
  4. Jika si comel menyusu menggunakan botol, cuba tukar botol lain yang lebih sesuai.
  5. Tanyakan pendapat doktor jika menukar susu formula boleh membantu.
  6. Sesetengah ibu mengehadkan pengambilan kafein, tenusu, kacang soya, telur atau gandum dalam diet harian dan ia berkesan menghalang kolik bayi.
  7. Dodoikan bayi.
  8. Bernyanyi atau berbual dengan si manja.
  9. Tawarkan puting kepada bayi.
  10. Bawa bayi menaiki kereta sorong.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Colic. https://kidshealth.org/en/parents/colic.html. Accessed on June 23, 2020
  2. Infantile Colic. https://www.aafp.org/afp/2004/0815/p735.html. Accessed on June 23, 2020
  3. Colic. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/colic/symptoms-causes/syc-20371074. Accessed on June 23, 2020
  4. Infantile Colic. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6091773/. Accessed on June 23, 2020
  5. Colic. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/colic. Accessed on June 23, 2020

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Anak Takut Gelap, Raksasa@Hantu? Ketahui Fobia Lazim Bayi, Kanak-kanak & Remaja

Ibu Ayah, Jangan Cepat Panik Bila Bayi Jatuh Katil Ya? Lakukan 5 Langkah Ini Segera!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan