backup og meta

Artikel Ditaja Oleh Nestle Cerelac

Cara Mudah Mulakan Makanan Pejal Tanpa Tekanan Untuk Ibu Bekerja

Pernah tak ibu rasa serba salah?

Cara Mudah Mulakan Makanan Pejal Tanpa Tekanan Untuk Ibu Bekerja

Pagi sibuk bersiap ke tempat kerja, tengah hari pula terfikir sama ada si manja makan dengan baik atau tidak. Bila malam tiba, hati mula tertanya-tanya — “Cukup ke nutrisi yang diberikan hari ini?”

Hakikatnya, memulakan makanan baby 6 bulan boleh menjadi satu pengalaman yang mencabar, terutama bagi ibu bekerja yang perlu mengimbangi tuntutan kerja, masa dan tanggungjawab harian.

Namun, penyediaan makanan pejal untuk si manja tidak semestinya rumit. Dengan perancangan yang ringkas dan pemilihan makanan yang betul, ibu masih boleh memastikan si manja mendapat nutrisi yang mencukupi tanpa perlu rasa tertekan atau bersalah.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, klik di sini.

Bila si manja bersedia untuk makanan pejal?

Kebanyakan si manja mula bersedia untuk mengambil makanan baby 6 bulan apabila mencapai usia sekitar 6 bulan.

Pada fasa ini, keperluan tenaga dan nutrien mereka semakin meningkat, sekali gus memerlukan pengenalan makanan pelengkap secara berperingkat1.

Selain umur, ibu juga boleh mengenal pasti tanda-tanda kesediaan si manja seperti berikut:

  • Mempunyai kawalan kepala dan leher yang baik
  • Boleh duduk dengan sokongan minimum
  • Menunjukkan minat terhadap makanan di sekeliling
  • Tidak lagi menolak makanan keluar dengan lidah secara automatik

Walaupun sibuk bekerja, penting untuk tidak tergesa-gesa memperkenalkan makanan pejal kepada si manja. Mengikut perkembangan si manja secara semula jadi membantu memastikan pengalaman suapan pertama lebih positif.

Membina rutin pemakanan yang realistik untuk ibu bekerja

Macam mana nak urus waktu makan si manja bila jadual harian ibu sendiri pun sudah cukup padat?

Bagi ibu bekerja, rutin yang mudah dan konsisten adalah kunci utama. Si manja juga memerlukan pendekatan pemakanan yang responsif, iaitu dengan mengambil kira isyarat lapar dan kenyang serta meningkatkan jumlah makanan secara berperingkat mengikut usia2.

Anda tidak perlu menyediakan menu yang terlalu kompleks. Apa yang penting, makanan baby 6 bulan diberikan secara teratur dan sesuai dengan keperluan si manja.

Makanan baby 6 bulan
Pemilihan makanan haruslah sesuai dengan usia si manja.

a) Waktu pagi (sebelum ke tempat kerja)

  • Jika boleh, selesaikan dahulu urusan ringkas seperti mengemas atau menyediakan keperluan harian sementara si manja masih tidur supaya ibu lebih bersedia apabila waktu sarapan tiba
  • Mulakan rutin pagi dengan suasana yang tenang dan selesa agar ibu tidak perlu tergesa-gesa
  • Perkenalkan makanan pejal dalam jumlah kecil mengikut kesediaan si manja
  • Pastikan suasana tenang agar si manja lebih fokus ketika makan

Dengan rutin yang lebih teratur, pagi ibu juga boleh terasa sedikit lebih tenang dan kurang kelam-kabut.

Kadang-kadang, perubahan kecil dalam rutin pagi pun sudah cukup membantu ibu rasa lebih tenang sepanjang hari.

b) Waktu tengah hari (bersama penjaga atau taska)

Sebagai panduan untuk ibu yang baru memulakan rutin makanan pejal, ibu juga boleh menyediakan jadual ringkas mengikut kesesuaian si manja.

🕙 10.00 pagi

 Puri buah / buah lembut

🕛 12.00 tengah hari

 Makanan pejal dalam portion kecil

🕝 2.30 petang

 Snek ringan mengikut kesediaan si manja

Jadual ini boleh diubah mengikut rutin dan keselesaan si manja.

c) Waktu petang (selepas pulang bekerja)

  • Jika ibu berasa penat selepas bekerja, ambil sedikit masa untuk berehat dan “reset” emosi sebelum meluangkan masa bersama si manja
  • Elakkan gangguan seperti televisyen atau gajet
  • Fokus kepada interaksi dan respon si manja terhadap makanan
  • Segarkan diri terlebih dahulu supaya ibu lebih tenang dan bersedia ketika waktu makan
  • Jadikan waktu makan sebagai masa bonding yang lebih santai dan selesa
  • Elakkan gangguan seperti televisyen atau gajet agar ibu dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada si manja
  • Fokus kepada interaksi dan respon si manja terhadap makanan supaya pengalaman makan terasa lebih menyeronokkan untuk kedua-duanya

Apabila ibu berada dalam keadaan lebih tenang dan tidak terlalu tertekan, waktu makan juga boleh menjadi momen yang lebih positif dan bermakna buat si manja.

d) Tip persediaan hujung minggu

  • Sediakan bahan makanan lebih awal (rebus, kukus, lenyek)
  • Bahagikan kepada bekas kecil untuk kegunaan sepanjang minggu
  • Simpan dalam peti sejuk untuk memudahkan penggunaan

Dengan rutin ini, pemberian makanan baby 6 bulan menjadi lebih teratur walaupun jadual harian sibuk.

Apa yang perlu ada dalam makanan pertama si manja?

Pemilihan makanan pertama bayi 6 bulan perlu memberi fokus kepada tekstur lembut dan mudah dihadam. Pada peringkat ini, si manja masih belajar menelan dan menyesuaikan diri dengan makanan baharu.

Makanan pelengkap juga perlu diperkenalkan secara berperingkat dengan kepelbagaian jenis makanan dan tekstur mengikut usia bagi menyokong pertumbuhan serta perkembangan kemahiran makan si manja3.

Antara pilihan makanan pertama bayi 6 bulan yang sesuai3:

  • Bijirin yang diperkaya zat besi
  • Pisang atau avokado yang dilecek halus
  • Lobak merah atau labu yang dimasak lembut
  • Bubur nasi yang dimasak sehingga lembik
  • Ayam atau ikan yang dipuri (apabila si manja sudah bersedia)
makanan baby 6 bulan
Situasi anak sembelit boleh undang masalah kesihatan lain.

Apabila si manja meningkat usia, ibu boleh mula memperkenalkan tekstur makanan bayi 8 bulan secara berperingkat bagi membantu perkembangan kemahiran mengunyah dan menyesuaikan diri dengan tekstur yang lebih pelbagai3.

Si manja juga perlu diperkenalkan kepada pelbagai jenis makanan bagi memastikan keperluan nutrisi mereka dipenuhi. Walau bagaimanapun, amat penting untuk memperkenalkan satu jenis makanan pada satu masa bagi memantau sebarang reaksi alahan4.

Menyokong nutrisi si manja dengan pilihan yang praktikal

Bagaimana pula pada hari yang terlalu sibuk dan ibu tidak sempat menyediakan makanan dari awal?

Dalam realiti kehidupan ibu bekerja, tidak semua hari membolehkan penyediaan makanan segar dari awal. Pada waktu-waktu tertentu, pilihan makanan si manja yang mudah dan penuh nutrisi disediakan boleh menjadi penyelesaian yang praktikal.

Sebagai contoh, bijirin untuk si manja seperti CERELAC boleh menjadi pilihan awal yang sesuai untuk memperkenalkan makanan pertama kepada si manja. Dengan tekstur yang lembut dan mudah dihadam, ia membantu si manja menyesuaikan diri dengan pengalaman suapan pertama mereka.

Makanan baby 6 bulan
Setiap suapan menyokong tumbesaran si manja.

Ia juga boleh digabungkan dengan makanan yang dimasak di rumah bagi memastikan si manja mendapat pemakanan yang seimbang setiap hari.

Antara kelebihan yang boleh dipertimbangkan:

  • Diperkaya dengan zat besi untuk menyokong perkembangan kognitif
  • Mengandungi probiotik yang membantu fungsi usus
  • Diperkaya dengan 12 vitamin dan mineral untuk tumbesaran menyeluruh
  • Mengandungi kalsium bagi menyokong perkembangan tulang dan gigi
  • Tidak mengandungi bahan pengawet
  • Mempunyai pensijilan halal untuk pilihan yang lebih meyakinkan ibu bapa
  • Buatan Malaysia mengikut piawaian kualiti dan keselamatan makanan yang ditetapkan
Makanan baby 6 bulan
Makanan yang diberi haruslah lembut dan mudah dihadam.

Selain itu, setiap hidangan turut membantu memenuhi sebahagian keperluan zat besi harian si manja, menjadikannya pilihan yang praktikal untuk ibu bekerja yang ingin memastikan keperluan nutrisi si manja sentiasa terjaga.

Keperluan zat besi ini amat penting. Ini kerana si manja berusia 6 bulan ke atas memerlukan makanan yang diperkaya dengan zat besi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan.

Dalam masa yang sama, saiz perut si manja masih kecil, jadi mereka memerlukan makanan yang padat dengan nutrien seperti tinggi zat besi bagi membantu memenuhi keperluan harian mereka, seperti yang turut ditekankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia5.

Pun begitu, pemberian makanan baby 6 bulan masih perlu disertai dengan variasi makanan segar dan pendekatan pemakanan yang responsif.

Klik di sini untuk dapatkan CERELAC dan mulakan perjalanan makanan pertama si manja.

Segalanya tentang kasih sayang, bukan kesempurnaan

Rasa risau dan serba salah itu normal, terutama apabila ibu mahu memberikan yang terbaik buat si manja.

Menjadi ibu bekerja bukan bermaksud anda perlu melakukan segalanya dengan sempurna. Apa yang lebih penting adalah konsistensi, perhatian dan usaha dalam memastikan si manja mendapat nutrisi yang baik.

Dengan pendekatan yang fleksibel dan realistik, makanan baby 6 bulan boleh diperkenalkan dengan lebih yakin dan tanpa tekanan.

Percayalah, si manja anda tidak memerlukan hidangan yang sempurna, mereka hanya memerlukan kehadiran seorang ibu yang memahami dan menyokong setiap langkah perkembangan mereka.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pediatric Eating And Swallowing. (n.d)Supporting Oral Nutrition for Infants Between 6 – 12 Months.https://peas.albertahealthservices.ca/cpg/10265/Supporting-Oral-Nutrition-for-Infants-Between-6-12-Months#. Diakses May 4, 2026.

Swanson, W. S., Ross, E. S., Matiz, L. A., Czerkies, L., Huss, L. R., Smith-Simpson, S., Bettler, J., & Pac, S. (2025). Essential elements for learning to eat: guidance to support families with infants and young children. Frontiers in pediatrics, 13, 1493780. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC11983468/. Diakses May 4, 2026.

CDC. (2025). Tastes and Textures. https://www.cdc.gov/infant-toddler-nutrition/foods-and-drinks/tastes-and-textures.html. Diakses May 4, 2026.

NHS. (2026). Your baby’s first solid foods. https://www.nhs.uk/baby/weaning-and-feeding/babys-first-solid-foods/. Diakses May 4, 2026.

Kementerian Kesihatan Malaysia (2008). Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil. https://www.moh.gov.my/images/04-penerbitan/rujukan/pemakanan/589d762d898e2.pdf. Diakses May 4, 2026.

Versi Terbaru

25/05/2026

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ini 4 Jenis Sayur & Buah Yang Terbaik Untuk Makanan Pejal Pertama Bayi, Cubalah!

Bila Si Manja Boleh Mula Makan Makanan Pejal? Ibu Bapa, Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 1 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan