backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Kekurangan Zat Besi Dalam Kalangan Kanak-Kanak, Perhatikan 10 Tanda Awal Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/06/2024

Kekurangan Zat Besi Dalam Kalangan Kanak-Kanak, Perhatikan 10 Tanda Awal Ini!

Kekurangan zat besi dalam kalangan kanak-kanak bukanlah satu masalah yang remeh. Ia akan membawa kepada kondisi anemia yang boleh mengancam tumbesaran dan perkembangan anak kecil.

Persoalannya, bagaimana ibu bapa harus menangani masalah kekurangan zat besi anak mereka? Jom baca ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Kenapa zat besi penting kepada kanak-kanak?

Ada ibu bapa yang mungkin masih kurang pasti mengenai zat besi vitamin apa, zat besi untuk apa dan macam-macam lagi pertanyaan berkaitan dengan kepentingan zat besi kepada kanak-kanak.

Untuk pengetahuan anda semua, zat besi merupakan sejenis nutrisi yang penting untuk membantu mencipta sel darah merah yang seterusnya membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.

Kekurangan zat besi di dalam diet individu pula boleh menyebabkan kondisi anemia!

Bagi kanak-kanak, ia merupakan antara nutrien penting untuk pertumbuhan serta perkembangan tubuh badan mereka.

Kekurangan zat besi terhadap kanak-kanak boleh terjadi dalam pelbagai peringkat. Antara yang paling membimbangkan adalah masalah anemia iaitu keadaan kekurangan sel darah merah sihat yang mencukupi dalam tubuh si kecil.

Sekiranya ia tidak diatasi segera, ia akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Ini tanda anak anda mengalami kekurangan zat besi!

tanda anemia
Tanda anemia yang sering tidak disedari.

Zat besi yang terlalu sedikit di dalam badan boleh menjejaskan kemampuan tubuh anak anda untuk berfungsi.

Malangnya, kebanyakan tanda dan simptom kekurangan zat besi pada kanak-kanak sering kali tidak kelihatan sehingga sudah terlambat di mana kondisi anemia sudah pun terjadi.

Namun, masih ada beberapa tanda awal anemia kekurangan zat besi yang ibu bapa boleh lihat pada anak seperti berikut:

  • Pening kepala
  • Kulit pucat
  • Kerap letih
  • Kuku rapuh
  • Rambut rosak
  • Sakit lidah
  • Telinga berdengung
  • Pernafasan tidak normal
  • Degupan jantung laju
  • Keinginan untuk makan zat tidak bernutrisi seperti ais, cat, kanji atau kotoran

Berapakah kuantiti zat besi yang diperlukan kanak-kanak?

Recommended Dietary Allowances (RDA) mencadangkan pengambilan harian zat besi sekurang-kurangnya 15 mg untuk perempuan dan 12 mg untuk lelaki dewasa, bergantung kepada tahap kecergasan.

Manakala pengambilan zat besi yang paling ideal dan dicadangkan untuk kanak-kanak adalah seperti berikut: 

  • 7 – 12 bulan: 11 mg sehari
  • 1 – 3 tahun: 7 mg sehari
  • 4 – 8 tahun: 10 mg sehari
  • 9 – 13 tahun: 8 mg sehari
  • 14 – 18 tahun (perempuan): 15 mg sehari
  • 14 – 18 tahun (lelaki): 11 mg sehari

Golongan remaja perempuan mungkin memerlukan lebih banyak zat besi berbanding remaja lelaki kerana mereka kekurangan zat besi di dalam badan apabila mula didatangi haid.

Sumber zat besi

Zat besi mempunyai 2 kategori iaitu jenis heme dan bukan heme. Perbezaan di antara kedua kategori zat ini adalah daripada mana sumber ia diambil dan cara ia diserap oleh tubuh badan.

Bagi mengelakkan masalah anemia akibat kekurangan zat besi, ibu bapa perlu tahu sumber zat besi yang bagus:

Kekacang

Ada banyak jenis kekacang yang sebenarnya tinggi dengan kandungan zat besi diperlukan seperti kacang hitam, kacang merah, kacang kuda, kacang soya, kacang pis dan banyak lagi.

Bagi memaksimumkan kadar penyerapan zat ini ke dalam badan, pastikan anak anda mengambilnya bersama zat besi makanan seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.

kekurangan zat besi
Kekacang antara sumber utama zat besi.

Bijirin penuh

Oat merupakan contoh sumber bijirin yang kaya dengan zat besi. Pun begitu, ketahuilah ia turut mengandungi sebatian dinamakan asid fitik yang boleh menghalang penyerapan zat ini.

Tetapi jangan risau! Ia berbaloi dijadikan antara pilihan makanan yang mempunyai kandungan zat besi selain mengandungi nutrien lain seperti vitamin B12 yang sama penting untuk anemia.

Makanan laut

Berita baik jika anak anda merupakan penggemar makanan laut! Ini kerana kebanyakan hasil laut seperti ikan, sotong, tiram dan kerang adalah antara sumber zat besi yang sangat bagus.

Terutamanya daging ikan seperti tuna dan salmon, ini dapat memberikan ibu bapa lebih banyak pilihan untuk masakan di samping membekalkan pelbagai lagi nutrien lain yang diperlukan.

Daging haiwan

Selain hasil laut, daging haiwan darat terutama lembu, kambing dan ayam juga adalah sumber utama zat besi.

Tidak hanya daging, telur ayam juga boleh memberikan anak anda zat besi yang cukup selain banyak lagi nutrisi penting seperti protein bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Produk tenusu

Produk tenusu lebih-lebih lagi susu adalah antara pilihan makanan paling awal dan utama untuk kanak-kanak.

Merupakan minuman yang mengandung zat besi, ibu bapa harus mempertimbangkan pemberian susu segar atau susu formula untuk menambah nutrisi ini ke dalam diet anak anda.

kekurangan zat besi
Susu mengandungi zat besi yang tinggi.

Bagaimana mencegah anak daripada kekurangan zat besi?

Bagi membantu mengelak anak anda kekurangan zat besi, ada beberapa usaha ibu bapa boleh lakukan:

  • Menambahkan pengambilan zat besi – Pengambilan sumber zat besi daripada makanan dan minuman di atas sudah pasti dapat membantu melengkapkan serta menambahkan keperluan zat besi untuk anak anda
  • Melancarkan penyerapan zat besi – Dalam masa yang sama, ibu bapa juga boleh membekalkan suplemen seperti vitamin C dan lain-lain bagi membantu melancarkan lagi proses penyerapan zat besi oleh tubuh badan anak

Pertimbangkan susu dengan formulasi khusus!

Antara usaha lain yang ibu bapa boleh lakukan adalah dengan memberikan anak anda susu formula yang tinggi dengan zat besi. Berita baik buat anda, sudah terdapat banyak produk seperti ini di pasaran!

Apakah nutrisi lain yang diperlukan di dalam susu formula untuk anak anda?

Selain zat besi, antara nutrisi lain yang harus diutamakan oleh ibu bapa dalam pemilihan susu formula untuk anak adalah vitamin C, kalsium, protein, DHA dan banyak lagi.

Dengan pengambilan susu yang kaya zat besi, maka risiko anak anda untuk mengalami masalah kekurangan zat besi akan dapat diturunkan!

Sekiranya si kecil anda mula menunjukkan tanda awal kekurangan zat besi walaupun sudah banyak usaha dilakukan, segera jumpa doktor untuk diagnosis dan pemeriksaan lanjut.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan