backup og meta

4 Perkara PENTING Dalam Proses Kelahiran Bayi Pramatang, Ibu Perlu Bersedia!

4 Perkara PENTING Dalam Proses Kelahiran Bayi Pramatang, Ibu Perlu Bersedia!

Setiap ibu pastinya mahukan proses kelahiran berjalan lancar. Pun begitu bagi kelahiran tidak cukup bulan, terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah pada bayi prematur.

Ini antara persediaan buat ibu yang perlu berdepan dengan kelahiran pramatang

Hindari masalah pada bayi prematur

Dalam beberapa kes, kelahiran pramatang bermula dengan sendirinya. 

Namun hampir separuh proses bersalin awal ini melalui preterm induction – bermula secara tiruan – atau pembedahan caesaran. 

Situasi ini disebabkan oleh keadaan ibu mengandung yang mengalami komplikasi kehamilan dan boleh mengancam nyawa atau menyebabkan bayi tidak membesar dengan baik – atau dikenali sebagai sekatan pertumbuhan intrauterin (IUGR).

Dalam keadaan tersebut, pasukan perubatan mungkin memilih untuk melakukan proses bersalin awal sebagai pilihan paling selamat.

Perbezaan utama antara kelahiran pramatang atau kelahiran cukup bulan adalah tempoh bersalin, di mana proses kelahiran awal akan berlangsung dengan cepat. 

Pasukan perubatan kesihatan juga akan lebih kerap memantau keadaan ibu dan kandungan serta memeriksa kedudukan bayi.

Ini kerana kelahiran songsang lebih kerap terjadi pada bayi yang dilahirkan sebelum 34 minggu.

Mereka juga bersedia melakukan prosedur perubatan kecemasan jika perlu.

Berikut antara 4 perkara mungkin perlu ditempuhi oleh ibu bagi mengelakkan masalah pada bayi prematur:

NICU bantu elak masalah pada bayi 

Umumnya, kelahiran pramatang apabila bayi dilahirkan terlalu awal, sebelum kehamilan berusia 37 minggu. 

Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan ini mempunyai kecenderungan untuk mempunyai lebih banyak masalah kesihatan atau perlu tinggal lebih lama di hospital berbanding bayi yang lahir cukup bulan.

Bagi mengelakkan sebarang masalah pada bayi, mereka mungkin  memerlukan penjagaan khas di bawah Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

masalah pada bayi

Lebih awal si kecil dilahirkan dari tarikh jangkaan kelahiran (EDD), semakin besar kemungkinan bantuan sokongan diperlukan. 

Ini sekali gus bermakna bayi perlu tinggal lebih lama di NICU.

Sekiranya hospital pilihan anda tidak mempunyai sumber untuk merawat dan menjaga bayi pramatang, doktor mungkin akan mengesyorkan berpindah ke hospital lain yang mempunyai kemudahan tersebut. 

Suntikan kortikosteroid dalam tempoh 12 – 24 jam sebelum kelahiran

Anda juga mungkin menerima suntikan kortikosteroid 12 hingga 24 jam sebelum kelahiran untuk membantu paru-paru anak berfungsi dengan lebih berkesan.

Peranan kortikosteroid

Bagi menghindari masalah pada bayi prematur, suntikan ini diberikan untuk membantu mempercepatkan perkembangan paru-paru, otak dan organ pencernaan janin. 

Selain daripada kortikosteroid, doktor juga mungkin akan memberi ubat lain seperti:

Magnesium sulfat

Doktor mungkin menawarkan suntikan magnesium sulfat jika anda berisiko tinggi melahirkan bayi antara minggu 24 dan 32 kehamilan.

Suntikan ini dikatakan dapat mengurangkan risiko kerosakan otak seperti serebral palsi untuk bayi yang dilahirkan sebelum memasuki usia 32 minggu. 

Baca juga:

Tocolytics 

Berfungsi melambatkan proses kontraksi untuk sementara waktu dalam tempoh 48 jam bagi membolehkan ubat kortikosteroid berfungsi secara maksimum. 

Cegah masalah pada bayi prematur

Amnya, proses kelahiran bayi pramatang berlaku lebih pantas berbanding kelahiran cukup bulan. 

Kebiasaannya bayi pramatang akan dilahirkan melalui proses normal atau melalui faraj. 

masalah pada bayi

Walau bagaimanapun dalam beberapa kes, doktor mungkin memutuskan kaedah selamat melahirkan bayi tidak cukup bulan melalui prosedur pembedahan caesarean. 

Jangan risau, sebelum pembedahan dilakukan, doktor akan berbincang dengan anda untuk mendapatkan kata putus. 

Resusitasi kardiopulmonari (CPR) atau suntikan adrenalin

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sekumpulan profesional penjagaan kesihatan akan menjaga mereka.

Pasukan ini termasuk pakar neonatologi yang mempunyai kepakaran dalam diagnosis dan rawatan gangguan yang menimpa bayi yang baru lahir.

Pasukan ini akan memastikan bayi sentiasa hangat dan membantu mereka bernafas dengan topeng oksigen atau tabung pernafasan, dan mungkin juga ubat.

Antara masalah pada bayi pramatang ini adalah mereka mungkin memerlukan bantuan untuk meneruskan degupan jantung melalui CPR atau suntikan andrenalin. 

Jika keadaan bayi stabil, mereka akan dipindahkan ke NICU atau Unit Rawatan Rapi Neonat (Special Care Nursery, SCN).

masalah pada bayi

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Skop Apgar

Setelah bayi anda stabil, pasukan penjagaan kesihatan akan memberi mereka pemeriksaan fizikal secara menyeluruh.

Ia bertujuan untuk mengesahkan usia kehamilan mereka dan mengenal pasti kemungkinan jika wujud sebarang masalah pada bayi.

Bayi yang baru lahir itu akan mendapat skor Apgar antara sifar hingga sepuluh untuk menilai tahap kesihatan mereka.

Sistem ini memberi bayi anda skor 0, 1 atau 2 dalam lima kategori:

Jumlah keseluruhan digabungkan untuk memberikan skor maksimum sepuluh. Namun selalunya bayi pramatang jarang mendapat skor tinggi.

Bayi pramatang sering mendapat skor yang lebih rendah kerana 3 faktor utama – ketegangan otot, warna dan refleks – bergantung pada usia kehamilan bayi.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on April 24, 2021 from

https://www.acog.org/womens-health/faqs/preterm-labor-and-birth

https://www.pregnancybirthbaby.org.au/premature-baby 

https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/preterm-birth

https://www.tommys.org/pregnancy-information/premature-birth/how-long-do-you-stay-in-hospital-after-birth/what-happens-just-after-your-premature-baby-born

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/preterm-labor/diagnosis-treatment/drc-20376848

https://www.nice.org.uk/guidance/ng25/resources/preterm-labour-and-birth-pdf-1837333576645

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Bayi Dah Mula Tumbuh Gigi? Ini 7 Perkara Penting Yang Perlu Ibu Beri Perhatian!

Rujukan Carta Pertumbuhan Bayi Mengikut Berat, Panjang & Ukuran Lilit Kepala


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan