backup og meta

Hidung Tersumbat Buat Si Kecil Tak Selesa? Mama Boleh Try 6 Cara Mudah Ini, Berkesan!

Hidung Tersumbat Buat Si Kecil Tak Selesa? Mama Boleh Try 6 Cara Mudah Ini, Berkesan!

Selain menggunakan penyedut hidung (nasal aspirator), apakah mungkin ada cara hilangkan hidung tersumbat bayi yang lain ya?

Buat mereka yang baharu bergelar ibu bapa, sudah tentu melihat si manja mengalami ketidakselesaan disebabkan selesema akan membuatkan anda berasa susah hati, bukan?

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui apakah kaedah yang boleh dicuba untuk mengatasi keadaan tersebut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kenal pasti situasi hidung tersumbat

Selain daripada gejala selesema atau jangkitan, jika si kecil bernafas dengan kedengaran pernafasan yang kuat, sukar untuk menyusu atau kerap meragam – ia mungkin disebabkan masalah hidung tersumbat.

Satu lagi tanda bayi mungkin mengalami tersumbat hidung apabila mereka bernafas melalui mulutnya.

Jika hidung bayi benar-benar tersumbat dan menyebabkan kesukaran untuk bernafas, ia sudah tentu membimbangkan, terutamanya apabila berkaitan waktu tidur dan menyusu.

Sila peka dengan keadaan anak anda lebih-lebih lagi dalam keadaan hidung tersumbat.
Sila peka dengan keadaan anak anda lebih-lebih lagi dalam keadaan hidung tersumbat.

Fahami puncanya

Sebelum mengetahui apakah cara hilangkan hidung tersumbat bayi, ayuh kita fahami secara ringkas punca keadaan ini terjadi.

Masalah tersumbat hidung ini boleh terjadi apabila lapisan saluran hidung meradang. Perkara yang paling tidak menyeronokkan jika keadaan ini terjadi adalah sering mengakibatkan sakit kepala dan kesukaran bernafas melalui hidung.

Masalah tersumbat juga boleh mencetuskan bersin atau batuk yang pastinya akan menambahkan lagi kebimbangan terutamanya kepada bayi baru lahir.

Biasanya hidung tersumbat boleh disebabkan oleh alahan, selesema dan penyakit lain, jadi parents harus mengetahui fakta ini dan bersedia untuk mendapatkan bantuan pakar pediatrik jika memerlukannya.

Ini kerana jika masalah ini dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengembangkan kesan serius berkaitan kesihatan bayi seperti kesukaran untuk bernafas dan tidur.

Segera berjumpa doktor sekiranya masalah hidung tersumbat anak anda berlarutan.
Segera berjumpa doktor sekiranya masalah hidung tersumbat anak anda berlarutan.

Cara hilangkan hidung tersumbat bayi secara semula jadi

Berikut beberapa cara semula jadi yang boleh anda cuba bagi membantu mengatasi ketidakselesaan hidung yang dialami si kecil:

1. Penyusuan badan 

Dianggap sebagai ubat paling ajaib dalam mengubati sebarang masalah pada bayi. Ia agak menakjubkan bagaimana susu badan boleh menjadi terapi semula jadi yang berfungsi untuk merawat masalah hidung bayi yang tersumbat.

Untuk membantu bayi mengekalkan saluran pernafasan yang sihat, ibu-ibu hanya perlu menyusukan si kecil dengan cara semula jadi.

Apabila bayi menghisap payudara, mereka akan menyebarkan jangkitan kepada ibu. Kemudian badan ibu pula akan menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan. Menariknya antibodi ini juga akan diterima bayi melalui susu ibu.

Selain daripada penyusuan eksklusif, cara hilangkan hidung tersumbat bayi juga boleh dilakukan dengan memancutkan (squirting) sedikit susu ke dalam lubang hidung bayi. Tindakan ini dapat membantu memberikan kelegaan hidung dan menyingkirkan jangkitan.

Baca juga:

2. Air garam

Seperti susu ibu, anda boleh menitiskan satu atau dua titik air garam (saline) ke dalam setiap lubang hidung bayi. 

Air garam ini boleh dibeli secara OTC (over-the-counter) di farmasi atau membuatnya di rumah – campurkan ¼ sudu teh garam dengan 8 auns air botol.

Mesti ada yang bertanya kenapa mesti air botol dan bukannya air paip biasa? Ini kerana air paip boleh menyebabkan jangkitan khususnya kepada bayi yang masih kecil.

3. Bernafas dalam wap, antara cara hilangkan hidung tersumbat bayi

Ini juga merupakan satu lagi cara menarik untuk menangani masalah hidung tersumbat yang dialami si kecil – wap bilik mandi, bukannya bilik tidur.

Untuk mencuba kaedah ini dengan berkesan, wapkan bilik mandi dengan air panas. Boleh juga menggunakan pancuran air panas. Dukung bayi dengan berhati-hati dan masuk ke dalam bilik selama beberapa minit untuk membolehkan bayi bernafas dalam udara lembap.

Ada mengatakan kaedah ini adalah lebih baik daripada menggunakan pelembap (humidifier) yang cenderung menjadikan bilik basah (lembap).

4. Penggunaan bawang

Tidak dinafikan bau bawang mentah yang baru dihiris boleh mengganggu kebanyakan daripada kita. Tetapi ia terbukti membantu menyelesaikan masalah hidung tersumbat ringan akibat selesema.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menghiris bawang dan meletakkan ia di atas pinggan berdekatan tempat tidur bayi. Kandungan sulfur dalam bawang dapat mengeluarkan lendir dan cecair daripada badan.

Penggunaan petua ini dapat menghilangkan masalah hidung tersumbat si kecil tanpa kesan sampingan kecuali bau yang kurang enak di dalam bilik!

5. Cara hilangkan hidung tersumbat bayi #Biarkan bayi menangis 

Kedengaran pelik, tetapi sebenarnya air mata mungkin melalui saluran hidung dan membantu melarutkan lendir.

Air mata boleh melembutkan dan membantu menghilangkan lendir tersumbat pada laluan hidung.

Pastikan anda menggunakan kain lembut dan bersih untuk menyapu hidung bayi dengan kerap apabila mereka menangis supaya saluran hidung dapat dibersihkan secara semula jadi.

cara hilangkan hidung tersumbat bayi
Ketahui antara sebab bayi menangis.

6. Bersihkan kawasan tidur dan permainan si kecil

Kebersihan bukan sekadar bertujuan meningkatkan tahap kesihatan yang baik, tetapi ia juga dapat memastikan saluran hidung bayi bersih tanpa gangguan supaya mereka dapat menyedut udara segar.

Apabila disedut dengan kerap, habuk boleh mengembangkan jumlah lendir kering dalam hidung. Debu juga boleh dikatakan merangsang tindak balas alahan yang menjadi punca hidung tersumbat.

Pemeriksaan doktor

Semoga petua dan cara hilangkan hidung tersumbat bayi dapat membantu anda mengatasi gejala yang dialami si manja.

Namun sekiranya anda masih bimbang dengan keadaan si kecil, usah berlengah, bawalah mereka untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What to Do For Your Baby’s Stuffy Nose. https://www.uhhospitals.org/Healthy-at-UH/articles/2019/01/what-to-do-for-a-babys-stuffy-nose, Accessed on Sept 23, 2022
  2. How To Help Your Baby or Toddler Clear Their Stuffy Nose. https://health.clevelandclinic.org/how-to-help-your-baby-or-toddler-clear-a-stuffy-nose/, Accessed on Sept 23, 2022 
  3. Coughs and Colds: Medicines or Home Remedies? https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/chest-lungs/Pages/Coughs-and-Colds-Medicines-or-Home-Remedies.aspx, Accessed on Sept 23, 2022
  4. Stuffy or runny nose – children. https://www.mountsinai.org/health-library/symptoms/stuffy-or-runny-nose-children, Accessed on Sept 23, 2022 
  5. What Kind of Stuff Clears Up a Stuffy Nose? https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/700childrens/2015/12/what-kind-of-stuff-clears-up-a-stuffy-nose, Accessed on Sept 23, 2022 

 

Versi Terbaru

04/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Tisu Basah Di Pasaran Punca Ruam Pada Si Manja? Mama, Jom Buat Tisu DIY!

Pemakaian Barut Baby PENTING! Ketahui Cara Serta Manfaatnya Buat Si Manja


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan