backup og meta

Risau Nak Mandikan Bayi Di Malam Hari? Ambil Tahu Kebaikan Ini Pada Si Kecil Anda

Risau Nak Mandikan Bayi Di Malam Hari? Ambil Tahu Kebaikan Ini Pada Si Kecil Anda

Mitos turun-temurun yang acapkali kita dengari ialah bahayanya bayi mandi malam. Pelbagai mitos yang dikaitkan dengan aktiviti ini, seperti tubuh bayi masuk angin, paru-paru berair dan sebagainya. Namun sejauh manakah kebenaran pesanan turun-temurun ini?

Artikel ini akan menjelaskan dengan lebih lanjut sama ada ia mitos atau tidak, dan juga menyenaraikan manfaat memandikan bayi anda. Jom baca!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Bolehkah bayi mandi malam?

bayi mandi malam

Para ibu bapa dan penjaga, jawapannya ya. Bahaya bayi mandi malam yang selalu diuar-uarkan adalah mitos sahaja.

Sebenarnya, tidak ada waktu yang tetap untuk anda memandikan bayi anda. Asalkan anda mempunyai masa yang terluang, tidak sibuk dan tidak terganggu, anda boleh luangkan masa memandikan si manja.

Namun begitu, cuba untuk elakkan daripada memberi mandi ketika bayi anda baru selesai menyusu atau ketika lapar.

Jika anda berniat untuk memandikan bayi pada waktu malam, mandikanlah dengan air suam dan janganlah berendam untuk jangka masa yang lama.

Ini kerana bayi mudah berasa sejuk jika dibandingkan dengan orang dewasa.

Ibu, berhati-hati untuk jangka masa ini!

Walaupun tiada pantang- larang untuk memandikan bayi pada bila-bila masa, namun seeloknya bagi bayi yang baru lahir sehingga 3 bulan, ia tidak digalakkan untuk mandi malam.

Hal ini kerana bayi yang baru lahir dalam lingkungan umur tersebut mudah sensitif kepada perubahan suhu.

Jikalau terpaksa untuk beri bayi mandi malam, maka gunalah air suam, jangan ambil masa yang lama dan keringkanlah bayi dengan cepat.

Berapa kerapkah bayi saya harus mandi?

Berbeza dengan budak-budak yang lebih dewasa, bayi tidak mudah terdedah kepada kotoran.

Anggota badan yang patut dibersihkan selalu ialah kawasan mulut, leher dan bahagian lampin sahaja.

Anda boleh membersihkan si manja dengan tisu basah khas untuk bayi ataupun tuala dibasahi dengan air suam dan sabun yang sesuai untuk kulit bayi.

Selain itu, bayi anda tidak perlu untuk mandi pada setiap hari!

Memandikan bayi anda sebanyak tiga kali seminggu pun sudah memadai. Mandian yang kerap mampu menyebabkan kulit bayi anda mudah kering.

Baca juga:

Manfaat bayi mandi malam anda harus tahu

Menenangkan bayi anda

Kebanyakan ibu bapa di negara Barat gemar untuk memandikan anak sebelum tidur.

Ia merupakan salah satu rutin harian kerana berendam dalam air suam mampu menenangkan bayi dan menyenangkan ibu bapa untuk menidurkan bayi mereka selepas mandi malam.

Di samping itu, bayi yang berendam dalam air suam sebelum tidur mampu tidur lebih nyenyak dan lebih panjang masanya kerana badan mereka berasa selesa.

Mencipta rutin harian bayibayi mandi malamJika anda sering memandikan bayi anda sebelum tidur, secara tidak langsung anda telah menciptakan satu rutin harian khas untuk si manja.

Ini bermaksud selepas beberapa kali mandian malam telah dijalankan, bayi anda akan mula faham bahawa ia adalah rutin di mana selepas mandian malam, dia akan langsung masuk tidur.

Rutin harian yang sama adalah penting untuk memastikan bayi anda berasa selesa.

Mewujudkan ikatan mesra bersama ibu bapa

Selain itu, memandikan bayi anda pada waktu malam juga mampu untuk mewujudkan ikatan mesra bersama anda.

Seandainya anda sibuk bekerja pada siang hari, usah risau jika anda tidak meluangkan banyak masa bersama si manja.

Selepas pulang dari kerja, anda juga boleh memandikan bayi anda selepas menyelesaikan segala urusan. Mandian boleh menjadi satu masa yang istimewa dan selesa antara anda dan bayi.

Memandikan bayi anda merupakan satu aktiviti di mana anda boleh mengajarnya kepentingan sentuhan dan keselesaan sentuhan kulit.

Ketika mandian, anda akan kerap bersemuka dan bertukar pandangan mata dengan bayi anda. Ini ialah satu interaksi yang positif yang mampu mengintimkan hubungan anda dan bayi.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Bayi mandi malam, boleh saja!

Secara konklusinya, ingatlah bahawa bayi mandi malam boleh memudaratkan itu hanyalah mitos sahaja.

Anda tidak perlu terburu-buru untuk mandikan bayi anda selepas pulang dari kerja. Ambillah masa untuk anda menyelesaikan diri anda sendiri dahulu sebelum meluangkan masa yang berkualiti dengan bayi anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Baby bath basics: A parent’s guide. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/healthy-baby/art-20044438, Accessed on Oct 26, 2021
  2. Bathing Your Baby. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/bathing-skin-care/Pages/Bathing-Your-Newborn.aspx, Accessed on Oct 26, 2021
  3. Bathing and Skin Care for the Newborn. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=bathing-and-skin-care-for-the-newborn-90-P02628, Accessed on Oct 26, 2021
  4. Bathing Your Baby. https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/health-wellness-and-safety-resources/helping-hands/bathing-your-baby, Accessed on Oct 26, 2021
  5. Washing your baby. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/washing-your-baby, Accessed on Oct 26, 2021

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Nana Muhammad

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

8 Cara Mudah Bagi Bayi Tidur Lena, Ibu Ayah Baru Kena 'Master' Trik WAJIB Ini!

Bagaimana Sendawakan Bayi Yang Selalu Tertidur Masa Menyusu? Ini Caranya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan