Nak Selesa Semasa Hamil, Pilih Bra Penyusuan Yang Betul, Ikut Tip Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/02/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Semasa hamil, bukan hanya perut ibu sahaja yang membesar, malahan payudara juga turut berubah saiz. Perubahan saiz pada payudara akan berterusan sehinggalah selepas ibu bersalin kerana ketika dalam tempoh tersebut susu badan anda sedang banyak. Lantaran itu, ibu memerlukan bra ataupun coli penyusuan.

Pemilihan bra penyusuan yang betul adalah penting untuk menampung payudara yang penuh dengan susu badan, sekali gus membantu memelihara payudara bagi melancarkan proses penyusuan. Berikut merupakan tips-tips untuk membantu para ibu baru mencari coli penyusuan yang betul untuk keselesaan tubuh ibu dan juga bayi.

Apa yang perlu saya lihat pada bra penyusuan?

Coli penyusuan yang baik perlulah fleksibel dan mempunyai ruang tambahan untuk menampung payudara anda yang padat dengan susu badan. Coli ini tidak sepatutnya menjerut atau menekan buah dada semasa anda mengancingnya.

Coli penyusuan atau nursing bra yang baik perlu mengandungi:

  • Empat mata cangkuk untuk mengancing, bagi menambahkan keselesaan.
  • Tali bahu yang luas dan tidak licin untuk menyokong bahu dan menaikkan payudara.
  • Tali belakang dan tali sisi bra luas.
  • Bra tidak sendat di bahagian lingkaran dada.
  • Bahagian cup bra boleh dibuka atau ditutup dengan menggunakan sebelah tangan sahaja, bagi memudahkan anda menyusukan bayi.
  • Bukaan depan bra yang menyediakan banyak ruang untuk bayi anda menyusu dengan selesa.

Tips semasa membeli nursing bra

1. Bra tidak berdawai

Kebanyakan pakar penjagaan kesihatan menyarankan anda untuk mengelakkan memakai bra berdawai semasa kehamilan atau semasa tempoh penyusuan. Hal ini kerana bra berdawai akan menyebabkan tisu payudara anda menjadi sensitif. Bra tidak berdawai pula dapat menyokong payudara anda sepenuhnya dan dapat membantu mengekalkan bentuk payudara selepas bersalin.

2. Pilih saiz yang betul

Dapatkan nasihat daripada jurujual bra penyusuan yang berpengalaman untuk memilih bra yang sesuai mengikut saiz payudara anda.

3. Jangan beli terlalu awal

Jangan beli coli penyusuan semasa awal-awal kehamilan kerana semakin anda mendekati hari bersalin, payudara anda akan semakin membesar. Sebaik-baiknya belilah pada penghujung trimester ketiga sebelum anda bersalin.

4. Tampung kesemua payudara

Apabila mencuba bra, pastikan pelapik bra dapat menampung keseluruhan payudara anda. Selain itu, bra juga boleh memegang pad penyusuan dengan baik.

5. Cuba dahulu

Semasa membeli bra, pastikan anda mencuba untuk menanggalkan bra tersebut dan memasangnya dengan menggunakan sebelah tangan kerana sewaktu menyusu anda akan hanya gunakan sebelah tangan sahaja.

6. Material kain kapas

Pilih material yang selesa untuk payudara anda. Sebaik-baiknya pilihlah yang diperbuat daripada kain kapas.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

    Bukan hanya konjunktivitis, terdapat beberapa lagi jenis sakit mata yang boleh berlaku pada kita semua. Jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Mata 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Wanita, Jangan Stres Stres! Ada Cara Untuk Kekal Sihat & Bebas Tekanan, Jom Cuba!

    Kaum Hawa, adakah anda tertanya-tanya tencang cara mengatasi stres yang terbaik? Jangan runsing lagi, kami jawab semuanya sempena Hari Wanita Sedunia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Usia Sudah Mencecah 40, 50 Tahun? 5 Makanan Ini Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit, Sila Elak!

    Makanan tidak berkhasiat sememangnya boleh menyebabkan tahap kesihatan seseorang menjadi teruk. Oleh sebab itu kita perlu peka terhadap khasiat makanan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Pemakanan Sihat Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Adakah Penggunaan Ginseng Boleh Bantu Pesakit Diabetes Kawal Paras Gula Dalam Darah?

    Ramai yang sedar akan khasiat ginseng. Ia adalah salah satu tumbuhan herba yang popular di seluruh dunia. Namun, adakah ia baik untuk diabetes?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diabetes Jenis 2 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kebersihan telinga

    Ku Sangkakan Pekak, Rupanya Telinga Tersumbat! Apa Perlu Buat Jika Alaminya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    kaki panjang sebelah

    Kaki Pendek Sebelah Punca Anda Tempang? Ada Juga Gejala Lain Yang Boleh Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    kes bunuh

    Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    hari wanita sedunia

    4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan