backup og meta

5 SEBAB Mengapa Wanita Suka Tidur Tanpa Bra, Payudara Bebas Berehat Di Waktu Malam

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 03/01/2023

    5 SEBAB Mengapa Wanita Suka Tidur Tanpa Bra, Payudara Bebas Berehat Di Waktu Malam

    Hampir semua wanita memakai bra atau baju dalam sepanjang hari. Di samping membantu memberi sokongan kepada payudara, tidur tanpa bra dapat memberikan keselesaan, dan mencantikkan bentuk tubuh serta membuatkan mereka lebih yakin dan seksi.

    Bra yang sesuai juga boleh meredakan sakit belakang. Walau bagaimanapun, adakah anda pernah tertanya-tanya sama ada anda perlu tidur tanpa bra atau memakainya di waktu malam?

    Ia mungkin kedengaran seperti soalan yang tidak munasabah. Lagipun, jika memakai bra sepanjang hari tidak menyebabkan sebarang kemudaratan, mengapa anda mahu tidur tanpa bra? Terdapat banyak sebab sebenarnya mengapa lebih baik menanggalkan bra sebelum anda tidur.

    5 Sebab tidur tanpa bra

    1. Menggalakkan peredaran darah

    Semua bra direka supaya dapat menyokong payudara anda dengan baik. Sekiranya longgar, ia tidak akan memberikan apa-apa sokongan untuk payudara.

    Bra sukan dan bra berwayar kebiasaannya memang lebih ketat. Pakaian ketat sebegini sebenarnya boleh menyekat dan menyempitkan saluran darah di sekitar dada, bahu, dan tulang rusuk. Jadi jika anda memakai bra ke tempat tidur, anda mungkin menghalang peredaran darah di sekeliling kulit anda.

    Ini tidak akan menyebabkan sebarang masalah jika anda hanya memakai bra sepanjang hari. Sistem peredaran darah anda boleh menahan pakaian ketat untuk masa yang agak lama.

    Walau bagaimanapun, jika anda memakai bra anda semalaman, anda tidak akan memberikan rehat yang badan anda perlukan. Lama-kelamaan ini boleh membuatkan tubuh anda mengalami kemudaratan.

    Peredaran darah yang lemah boleh menyebabkan pening kepala, kekejangan, varikos dan masalah kesihatan lain. Hanya dengan menanggalkan bra anda semasa tidur, anda akan memberikan badan anda rehat lapan jam yang diperlukan.

    2. Membantu sistem limfatik anda

    pakai-bra-coli-punca-kanser

    Sistem limfatik adalah bahagian penting dalam sistem imun badan. Ia adalah rangkaian kelenjar, saluran dan organ limfatik yang menyingkirkan bahan buangan badan, yang boleh membahayakan badan jika terkumpul.

    Saluran limfatik membawa cecair yang dikenali sebagai limfa melalui badan. Manakala limpa (spleen) merupakan salah satu organ yang terlibat dalam sistem limfatik ini.

    Limfa mengalir daripada tisu badan dan mengandungi bakteria dan sel berbahaya yang lain, yang tidak diperlukan oleh badan. Kelenjar-kelenjar, yang disebut sebagai nodus limfa, menyaring dan memecahkan sel-sel ini.

    Sel-sel yang mati kemudiannya disimpan ke dalam darah dan akhirnya dikeluarkan daripada badan melalui proses perkumuhan.

    Nodus limfa terdapat pada pelbagai bahagian badan, tetapi kumpulan utama terdapat di leher, perut, lipatan paha dan ketiak.

    Setiap ketiak mengandungi antara lima belas hingga tiga puluh nodus limfa kecil, walaupun bilangan tepatnya berbeza mengikut orang. Kelenjar dan saluran limfa terletak betul-betul di bawah kulit.

    Kebanyakan bra, apabila dipakai dengan betul, terletak tepat di atas kelenjar limfa pada ketiak. Jika ketat dan menekan kulit, ini boleh mengganggu aliran limfa daripada nodus limfa.

    Adalah penting untuk memberikan nodus limfa anda rehat dengan menanggalkan bra pada waktu malam.

    3. Tidur tanpa bra membantu pernafasan

    Sewaktu berbaring sahaja sudah membuatkan anda kurang mendapatkan oksigen berbanding ketika duduk tegak.  Memakai pakaian yang ketat, yang menyekat pergerakan dada, menjadikannya lebih sukar untuk mendapatkan bekalan udara yang baik.

    Pemakaian bra memegang erat di sekitar tulang rusuk, menghalang dada anda daripada berkembang sepenuhnya, menyebabkan pernafasan anda tidak begitu mendalam sewaktu tidur. Ini boleh mengurangkan pengambilan oksigen.

    4. Membantu kulit bernafas

    payudara besar sebelah

    Percaya atau tidak, bukan sekadar paru-paru anda yang perlu bernafas, kulit anda juga perlu bernafas!

    Keadaan tertentu boleh merangsang kulat iaitu kulit yang hangat dan lembap, seperti di pangkal paha dan kaki. Payudara juga banyak berpeluh, terutamanya pada waktu malam ketika anda berada di bawah selimut.

    Jika jangkitan kulat mula tumbuh pada payudara anda, anda akan melihat keruping merah, bersisik dan meradang dibangkitkan. Tak pakai bra ketika tidur membolehkan kulit dianginkan menjadi sejuk dan kering.

    5. Tak pakai bra lebih seksi!

    tak pakai bra

    Sentuhan kulit ke kulit adalah cara yang mudah dan berkesan untuk membantu mengembalikan keintiman antara anda dan pasangan. Sentuhan kulit ke kulit juga dipercayai mengeluarkan hormon yang dipanggil oxytocin, atau ‘hormon cinta’.

    Oxytocin membuatkan anda berasa dekat dengan pasangan anda, dan lebih menyukai mereka. Bukan itu sahaja, ia juga membuatkan anda berasa lebih bahagia secara umum, dan lebih berkemampuan mengatasi situasi yang tertekan.

    Jadi, tak pakai bra sewaktu tidur bukan sahaja meningkatkan kesihatan fizikal anda tetapi juga kehidupan peribadi anda.

    Mungkin inilah masanya untuk anda memberikan payudara anda kebebasan dan rehat yang mencukupi di waktu malam!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 03/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan