backup og meta

Wanita Yang Mahu Hamil, Kena Tahu Kesan Sampingan Ambil Ubat Kesuburan!

Wanita Yang Mahu Hamil, Kena Tahu Kesan Sampingan Ambil Ubat Kesuburan!

Ubat-ubatan bagi merawat masalah kesuburan menjadi pilihan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat serta yang sedang mencari kaedah meningkatkan peluang kehamilan.

Mendapat cahaya mata adalah impian bagi setiap pasangan berkahwin, namun kemandulan boleh berlaku akibat masalah kesuburan pada lelaki mahupun wanita.

Sebilangan besar doktor mengesyorkan untuk mendapatkan rawatan sekiranya seseorang wanita tidak dapat hamil atau terus mengalami keguguran setelah cuba hamil selama 12 bulan atau lebih.

Pun begitu, adakah ubat-ubatan kesuburan ini mempunyai kesan jangka panjang? Ikuti artikel ini untuk memahami dengan lebih lanjut!

Jenis-jenis ubat kesuburan wanita

Beberapa jenis ubat kesuburan akan dapat menghasilkan proses ovulasi terhadap wanita yang tidak berovulasi secara berkala.

Ini kerana, sebilangan wanita menghadapi masalah ovulasi tidak teratur ataupun ovulasi tidak berlaku sama sekali.

Kira-kira 1 daripada 4 wanita yang mengalami masalah kesuburan mempunyai isu dengan proses ovulasi mereka.

Dapatkan pil yang sesuai bagi mengatasi masalah kesuburan di farmasi.
Dapatkan pil yang sesuai bagi mengatasi masalah kesuburan di farmasi.

Ubat-ubatan yang dapat mengatasi masalah kesuburan dan ovulasi termasuklah:

  • Metformin (Glucophage): Ubat ini dapat mengurangkan daya tahan insulin. Wanita dengan sindrom ovarium polikistik (PCOS), terutama yang mempunyai indeks jisim badan lebih daripada 35, mungkin ada insulin resistance, yang menyebabkan masalah ovulasi
  • Agonis dopamin: Ubat ini mengurangkan tahap hormon yang disebut sebagai prolaktin. Pada sesetengah wanita, terlalu banyak prolaktin mampu menyebabkan masalah ovulasi
  • Clomiphene (Clomid): Ubat ini boleh mencetuskan ovulasi. Ramai doktor mengesyorkannya sebagai pilihan rawatan pertama bagi wanita yang mengalami masalah ovulasi
  • Letrozole (Femara): Seperti clomiphene, letrozole dapat mencetuskan proses ovulasi. Dalam kalangan wanita dengan PCOS, terutama mereka yang mengalami isu kegemukan, letrozole mungkin berfungsi lebih baik
  • Gonadotropin: Kumpulan hormon ini merangsang aktiviti di ovari, termasuk ovulasi. Apabila rawatan lain tidak berfungsi, doktor mungkin mengesyorkan untuk menggunakan hormon perangsang folikel dan hormon luteinizing. Rawatan ini boleh dilakukan dalam bentuk suntikan atau semburan hidung

Antara risiko pengambilan ubat kesuburan dalam jangka masa panjang

Dalam kes yang jarang berlaku, ubat-ubatan kesuburan boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk dalam jangka masa yang panjang.

Sebelum melakukan apa-apa keputusan, bincang dahulu bersama doktor dan sentiasa memaklumkan mereka jika anda mengalami gejala yang membimbangkan.

Ini kerana, pengambilan ubat-ubatan bagi merawat masalah kesuburan mempunyai kesan-kesan sampingan seperti berikut:

  • Perubahan penglihatan

Sebilangan kecil wanita akan mengalami gangguan penglihatan semasa mengambil ubat Clomid atau Letrozole.

Sekiranya ia berlaku, anda mungkin akan melihat kilatan cahaya, peningkatan floaters mata secara tiba-tiba, atau mengalami penglihatan yang kabur.

Tambahan itu, penglihatan yang kabur mungkin disertai dengan sakit kepala yang teruk. Pastikan anda memaklumkan doktor sekiranya perkara ini berlaku.

Masalah penglihatan akan hilang sebaik sahaja anda berhenti mengambil ubat ini. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, kerosakan mata jangka panjang mungkin berlaku.

  • Kehamilan ektopik

Wanita yang mengambil ubat Gonadotropins mempunyai risiko kehamilan ektopik yang lebih tinggi.

Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa sekiranya diabaikan. Justeru, jika anda mengalami sakit pelvis yang teruk, segera hubungi doktor.

Segera berjumpa doktor sekiranya jika mempunyai sakit pelvik yang teruk.
Segera berjumpa doktor sekiranya jika mempunyai sakit pelvik yang teruk.
  • Sindrom Hiperstimulasi Ovari (OHSS)

Ubat kesuburan yang diambil ini akan sengaja merangsang ovari untuk menghasilkan lebih banyak telur daripada yang biasanya dikeluarkan.

Pun begitu, dengan OHSS, ovari boleh terangsang secara berlebihan, keadaan ini sering terjadi semasa dalam rawatan IVF, tetapi ia juga boleh berlaku dengan rawatan Clomid dan Gonadotropin.

Sebilangan besar kes OHSS adalah ringan, tetapi potensi OHSS yang teruk juga boleh berlaku.

Dalam kes yang jarang berlaku, OHSS mampu menyebabkan pembekuan darah dan kegagalan buah pinggang.

Di samping itu, OHSS yang kronik boleh mengancam masakah kesuburan dan juga nyawa anda. Menangani gejalanya dengan cepat dan mendapatkan rawatan awal adalah kunci untuk mencegahnya.

  • Ovarian torsion

Ini adalah keadaan yang berlaku apabila ovari berpusing di sekitar ligamen yang memegangnya. Pekara ini dapat menghentikan aliran darah ke ovari dan tiub fallopio.

Selain itu, ia boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan masalah-masalah lain kerana ovari tidak mendapat darah yang cukup.

Ovarian torsion adalah kemungkinan komplikasi akibat OHSS dan 2% wanita yang mengambil Gonadotropin akan mengalaminya, tetapi dengan langkah berjaga-jaga yang betul (termasuk sekatan aktiviti), komplikasi ini sangat jarang berlaku.

Apa yang perlu anda pertimbangkan?

Bagi kebanyakan wanita mahupun pasangan, kos adalah faktor yang amat penting. Memutuskan rawatan yang betul mungkin bermaksud anda perlu mempertimbangkan kos dan faedah yang berpotensi.

Beberapa soalan adalah bagus untuk anda tanyakan kepada doktor, termasuk:

  • Berapakah kadar kejayaan rawatan ini dalam kalangan individu yang mempunyai diagnosis yang sama?
  • Berapakah panjang purata rawatan sebelum kehamilan berjaya?
  • Berapakah kos rawatan ini?
  • Adakah rawatan lain yang lebih murah?
  • Apakah kemungkinan saya untuk hamil sekiranya tidak menggunakan ubat kesuburan?
  • Terdapatkah perkara lain yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan peluang kehamilan?
Cara mengenal pasti tanda subur untuk hamil.
Cara mengenal pasti tanda subur untuk hamil.

Selain itu, harus diingati sekiranya seseorang wanita berusaha untuk hamil dengan pasangan, lelaki tersebut juga harus menjalani ujian kesuburan.

Dalam beberapa situasi, kedua wanita dan lelaki mempunyai masalah kesuburan, dan dengan hanya merawat wanita itu mungkin tidak mencukupi.

Anda juga harus ingat bahawa ubat kesuburan tidak dapat merawat semua penyebab kemandulan.

Oleh itu, pastikan anda melakukan research yang mendalam dan dapatkan juga pandangan doktor sekiranya mahu mula menggunakan ubat-ubatan kesuburan okay!

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Do the Fertility Drugs Increase the Risk of Cancer? A Review Study, https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fendo.2019.00313/full, Accessed Sep 24 2020.
  2. Do the Fertility Drugs Increase the Risk of Cancer? A Review Study, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6546052/, Accessed Sep 24 2020.
  3. Fertility: Assessment and Treatment for People with Fertility Problems., https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK327775/, Accessed Sep 24 2020.
  4. Side Effects of Injectable Fertility Drugs (Gonadotropins), https://www.reproductivefacts.org/news-and-publications/patient-fact-sheets-and-booklets/documents/fact-sheets-and-info-booklets/side-effects-of-injectable-fertility-drugs-gonadotropins/, Accessed Sep 24 2020.
  5. Ovarian hyperstimulation syndrome, https://medlineplus.gov/ency/article/007294.htm, Accessed Sep 24 2020.

Versi Terbaru

29/10/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Kehamilan Luar Rahim, Apakah Punca Ia Boleh Terjadi & Risiko Yang Ditanggung Ibu

7 Fakta Penting Tentang Proses Ovulasi, Orang Perempuan Kena Faham & Ambil Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan