Jika semasa kehamilan saya mempunyai rhesus negatif?
Ia akan menjadi sesuatu masalah besar jika ibu hamil adalah rhesus negatif manakala bayi pula mempunyai rhesus positif. Bayi anda mewarisi keadaan rhesus tersebut daripada bapanya.
Ketika kelahiran, jika darah bayi memasuki saluran darah anda, antigen D dalam darahnya akan memulakan tindak balas. Sistem immunisasi badan melihat antigen D sebagai bendasing dalam darah. Maka, ia akan menghasilkan antibodi untuk berhadapan dengan bendasing tersebut. Aktiviti ini dikenali sebagai sensitizasi.
Selalunya, aktiviti sensitizasi tidak berbahaya pada kelahiran kali pertama. Walau bagaimanapun, untuk kehamilan berikutnya, ia akan merumitkan lagi keadaan jika bayi berikutnya adalah juga rhesus positif. ‘Sel-sel memori’ yang dihasilkan ketika kehamilan kali pertama, apabila sistem anda mengenal pasti antigen D sebagai bendasing, ia akan menghasilkan antibodi secara agresif dan menerusi plasenta menyerang sel darah bayi anda. Namun begitu, terdapat juga penyelesaian untuk masalah ini. Doktor boleh memberi suntikan anti-D immunoglobulin secara rutin bagi membendung sensitizasi dan sekaligus menyelamatkan bayi anda daripada sebarang kemungkinan yang merbahaya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen