home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Bolehkah Anda Mempercepatkan Bersalin?

Bolehkah Anda Mempercepatkan Bersalin?

Jika anda dan bayi anda dalam keadaan yang sihat dan anda mungkin sudah bosan menunggu, terdapat beberapa cara untuk anda ke bilik bersalin. Walau bagaimanapun, hanya sedikit atau tiada bukti langsung bahawa kaedah-kaedah mempercepatkan bersalin di bawah boleh membantu, melainkan jika anda bertanyakan nasihat doktor.

Kaedah orang dulu-dulu yang berbahaya untuk mempercepatkan bersalin

Mungkin anda pernah mendengar sekurang-kurangnya sekali satu kaedah orang dulu-dulu tentang mempercepatkan bersalin. Anda mungkin akan menerima beberapa nasihat tentang perkara bagaimana yang perlu anda lakukan untuk memujuk bayi keluar tepat pada masa, atau lebih awal beberapa hari, contohnya:

  • Bawa kereta pada jalan berlekak-lekuk;
  • Mogok lapar;
  • Lakukan senaman;
  • Jadi takut;
  • Gunakan julap;
  • Minum teh herba;
  • Makan makanan pedas;
  • Minum minyak jarak/ kastor.

Wanita dalam pelbagai generasi selalunya menyebarkan mulut-ke-mulut tentang kaedah penggunaan minyak jarak, kerana ia akan menimbulkan masalah dalam usus anda, yang merangsang bahagian bawah tubuh anda dan mula untuk mengejang bagi melahirkan bayi. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan kaedah ini apabila masa bersalin anda masih belum tiba, anda akan mengalami cirit-birit.

Anda perlu ingat kebanyakan cara orang lama bukanlah berdasarkan sains dan ia tidak semestinya berhasil. Sesetengah cara juga malahan bukanlah sesuatu yang bijak. Lebih-lebih lagi cara mogok lapar, ia tidak bagus untuk anda dan bayi.

Secara saintifik berasaskan cara orang lama dalam mempercepatkan bersalin

Kerap berjalan:

Aktiviti mudah ini boleh menolak bayi anda ke kawasan pelvik disebabkan oleh graviti dan operasi di pinggul anda. Tekanan bayi yang memberi kesan pada pelvik boleh merangsang servikal anda atau membantu anda terasa lebih kekejangan.

Melakukan hubungan seks:

Melakukan hubungan seks pada tempoh yang sepatutnya anda hampir bersalin mungkin adalah perkara terakhir yang anda fikirkan, tetapi cubalah kerana orgasma boleh menghasilkan hormon oksitosin dan hormon ini akan mengaktifkan kontraksi untuk kelahiran.

Rangsangan puting:

Rangsangan puting boleh membantu tubuh anda menghasilkan hormon oksitosin untuk mengaktifkan kontraksi anda.

Urutan:

Beberapa kajian menunjukkan bahawa urutan boleh meningkatkan tahap hormon oksitosin dalam tubuh anda dan merangsang kontraksi untuk kelahiran. Jika anda tidak biasa dengan urutan, mediatasi atau juga pelukan dengan pasangan anda boleh membantu anda melepaskan tekanan dan meningkatkan tahap hormon oksitosin dalam tubuh anda.

Meskipun kaedah di atas adalah berasaskan saintifik; ia tidak bermakna bahawa doktor akan menasihatkan anda untuk mencuba salah satu daripadanya. Secara amnya, nasihat terbaik adalah untuk bersabar dan biarkan anda bersalin semula jadi, tanpa perlu dipaksa.

Jika anda masih mempunyai sebarang soalan atau kekeliruan mengenai perkara ini, bertanyakan kepada doktor atau pakar fertiliti untuk mendapatkan pandangan dan solusi.

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

The pregnancy expert at Mayo Clinic. Mayo Clinic, Guide to a Healthy Pregnancy. Boston: Da Capo Lifelong Books, 2011. Printed, Page 202. 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 14/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor