backup og meta

Garis Hitam Di Perut Ketika Hamil Penentu Jantina Bayi, Benarkah?

Garis Hitam Di Perut Ketika Hamil Penentu Jantina Bayi, Benarkah?

Fasa mengandung membawa kepada pelbagai perubahan pada tubuh seseorang wanita hamil. Sudah pasti yang paling diharapkan adalah perkembangan perut atau ‘baby bump‘ dan selain selulit, perubahan lain yang tidak diharapkan adalah kemunculan garis hitam di perut.

Garis gelap di tengah perut. ibu hamil atau linea niagra, kadang-kadang dipanggil sebagai garisan kehamilan.

Kira-kira 75% wanita hamil akan mengalami garis gelap, biasanya selepas trimester pertama.

Malah, fenomena kehamilan semula jadi ini tidak perlu dibimbangkan kerana ia berlaku akibat perubahan hormon kehamilan.

Ciri-ciri garis hitam di perut

garis hitam di perut

Anda sebenarnya sudah mempunyai garis gelap tetapi mungkin tidak sedar dengan kewujudannya.

Ini kerana, sebelum kehamilan garis ini dikenali sebagai linea alba iaitu garis putih.

Dan, semasa kehamilan, garis ini menjadi gelap dan dipanggil sebagai linea nigra.

Garis hitam ini biasanya memanjang dari kemaluan hingga ke bahagian atas pusat dan boleh juga mencapai hingga ke tulang dada anda. Saiz lebarnya biasanya kira-kira 1/4 inci hingga 1/2 inci.

Manakala kadar kegelapan garis ini berbeza-beza pada setiap ibu hamil, tetapi ia satu keadaan yang normal.

[embed-health-tool-due-date]

Punca kewujudan garis ini semasa kehamilan

Kehadiran garis gelap semasa kehamilan adalah sesuatu yang normal dan tidak menyebabkan sebarang bahaya kepada anda dan bayi.

Garis ini mungkin disebabkan oleh hormon dalam tubuh anda yang berubah semasa kehamilan, walau bagaimanapun punca sebenar tidak diketahui.

Plasenta boleh melepaskan hormon yang merangsang melanosit, sel-sel yang menghasilkan melanin untuk pigmen kulit anda dan menyebabkan kewujudan garis gelap.

Bagaimanapun, mempunyai garis gelap ini bukan cara untuk menentukan sama ada seseorang sedang hamil. Walaupun lebih biasa pada wanita hamil, ia juga dilihat dalam peratusan yang signifikan dari perempuan, lelaki, dan wanita yang tidak hamil.

Adakah garis hitam di perut menjadi penentu jantina bayi?

garis hitam di perut

Orang lama sering mengaitkan fenomena garis hitam di perut ibu hamil untuk menentukan jantina bayi dalam kandungan.

Mengikut mitos atau ramalan mereka, jika garis gelap itu memanjang hingga ke atas abdomen, itu bererti anda mempunyai bayi lelaki.

Manakala sekiranya garis gelap ini memanjang hingga ke pusat sahaja itu bermakna anda hamil anak perempuan.

Bagaimanapun, terdapat juga mitos mengatakan bahawa wanita yang hamil anak lelaki sahaja mempunyai garis gelap.

Setiap wanita perlu mengetahui bahawa dalam setiap kehamilan, mereka mempunyai peluang 50% untuk hamil bayi lelaki atau perempuan.

Malah dalam kalangan keluarga yang kecenderungan lebih kuat untuk mempunyai satu jantina, peluang untuk mempunyai lelaki atau perempuan adalah sama.

Oleh itu, garis gelap ini bukan penentu jantina bayi dalam kandungan. Sebaiknya anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian mengenai jantina bayi anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Linea Nigra: Pregnancy Line. http://americanpregnancy.org/pregnancy-concerns/pregnancy-line-linea-nigra/. Accessed Feb 15, 2022.
  2. 2nd trimester pregnancy: What to expect. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy/art-20047732. Accessed Feb 15, 2022.
  3. Linea Nigra. https://dermnetnz.org/topics/linea-nigra/. Accessed Feb 15, 2022.
  4. Remedies to Get Rid of Linea Nigra If You’re Not Pregnant. https://www.newhealthadvisor.org/Linea-Nigra-Not-Pregnant.html. Accessed Feb 15, 2022.
  5. Skin Changes During Pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/skin-changes/. Accessed Feb 15, 2022.
  6. The incidence of lower mid-trunk hyperpigmentation (linea nigra) is affected by sex hormone levels. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15926645/. Accessed Feb 15, 2022.

Versi Terbaru

22/05/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Anda Hamil & Ada Diabetes? AWAS! Berikut Makanan Yang Patut Kena Elak!

Teruja Nak Scan Bayi, Tapi Tak Nampak Apa-apa? Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nurul Iftida Basri

Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 22/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan