backup og meta

Awas Ibu, Ini 4 TANDA Anda Alami Keguguran Lewat Kehamilan!

Awas Ibu, Ini 4 TANDA Anda Alami Keguguran Lewat Kehamilan!

Keguguran kandungan saat tempoh kehamilan memasuki trimester kedua dan ketiga tentu memberikan kesan yang lebih dahsyat dari aspek emosi dan fizikal. Tetapi apakah tanda tanda keguguran di hujung atau lewat kehamilan?

Dalam perkongsian artikel ini ada penjelasan lanjut mengenainya. Ayuh teruskan pembacaan anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini. 

Keguguran lewat kehamilan

Keguguran adalah istilah yang digunakan untuk kehilangan kandungan, biasanya sebelum minggu ke-20 kehamilan. 

Dalam kebanyakan kes, ia melibatkan keguguran awal yang berlaku dalam trimester pertama  atau sebelum minggu ke-13 kehamilan, disebabkan oleh janin tidak berkembang dengan baik.

Keguguran lewat pula adalah apabila ia berlaku selepas minggu ke-13 kehamilan atau semasa trimester kedua dan ketiga.

Tanda tanda keguguran lewat kehamilan: Fahami puncanya

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan keguguran lewat kehamilan ini berlaku. 

Kebanyakannya berkaitan dengan beberapa kelainan perkembangan janin seperti masalah genetik atau struktur – contohnya kelainan kromosom atau kecacatan jantung. Trauma juga boleh menyebabkan keguguran.

Punca fizikal juga boleh menjadi punca, contohnya serviks lemah yang tidak boleh menampung bayi dalam kandungan apabila semakin membesar.

Sesetengah keadaan perubatan ibu juga boleh menjadi punca keguguran, termasuk keadaan kesihatan kronik yang tidak diuruskan dengan baik.

Beberapa punca fizikal mengakibatkan keguguran seperti:

  • Hipertensi 
  • Keadaan tiroid
  • Lupus atau gangguan imun yang lain
  • Diabetes 
  • Preeklampsia 
  • Keadaan genetik yang lain
  • Beberapa jangkitan

Tanda tanda keguguran lewat kahamilan

Sesetengah wanita mungkin tidak merasakan sebarang gejala keguguran, pun begitu, terdapat beberapa petanda biasa yang perlu diperhatikan.

Antara tanda-tanda gugur ketika hamil.
Antara tanda-tanda gugur ketika hamil.

Antaranya seperti:

  • Tidak merasakan pergerakan janin
  • Pendarahan faraj atau tompokan darah keguguran
  • Kekejangan atau sakit belakang dan/atau perut
  • Keluar cecair atau tisu daripada faraj yang tidak diketahui puncanya

Perlu diingatkan, bukan semua tompokan darah keguguran dan lendir tanda keguguran. Kadangkala, kehamilan yang sihat pada trimester pertama juga boleh mengalami tompokan darah keguguran. Sekiranya terdapat kebimbangan, berundinglah dengan doktor.

Faktor risiko keguguran lewat kehamilan

Ada kalanya keguguran berlaku tanpa sebarang punca, tetapi ada sesetengah wanita mempunyai risiko keguguran lebih tinggi.

Berikut adalah faktor risiko keguguran:

  • Pernah mengalami 2x keguguran berturut-turut
  • Keadaan perubatan kronik
  • Usia melebihi 35 tahun
  • Berat badan berlebihan atau kurang berat badan
  • Bentuk rahim tidak normal
  • Serviks lemah
  • Ujian pranatal invasif
  • Pendedahan kepada bahan tertentu seperti alkohol, tembakau, kokain, NSAID dan tahap kafein tinggi
  • Tahap folat rendah
  • Penyakit seliak yang tidak dirawat
Stres juga boleh menyebabkan keguguran.
Stres juga boleh menyebabkan keguguran.

Walaupun keadaan di atas boleh meningkatkan risiko keguguran, namun ia tidak bermakna anda tidak boleh mendapat kehamilan yang sihat.

Menghindari bahan berbahaya dan menguruskan keadaan lain dengan betul boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat.

Tanda tanda keguguran: Aspek pemulihan diri

Penjagaan fizikal selepas keguguran

Secara fizikal, badan mungkin pulih dengan cepat selepas keguguran. Tetapi ia bergantung pada sejauh mana tempoh kehamilan dan jenis keguguran yang dialami.

Bagi mereka yang keguguran dan melalui proses bersalin, ia boleh mengambil masa beberapa minggu untuk pulih.

Anda akan mengalami sedikit pendarahan darah keguguran dan kekejangan yang sama seperti haid. Badan juga akan keletihan. 

Hubungi doktor jika kesakitan, darah keguguran atau keletihan bertambah teruk atau berterusan lebih lama.

Bahagian lain yang berpotensi melambatkan proses pemulihan adalah apabila badan mungkin mula mengeluarkan susu. Ia boleh menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan. Berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.

Anda juga perlu berbincang dengan doktor bagi mengetahui waktu secara fizikal anda bersedia untuk kembali bekerja.

Penjagaan emosi selepas alami tanda tanda keguguran lewat kehamilan

Keperluan emosi selepas keguguran tidak boleh diabaikan, lebih-lebih lagi apabila berada dalam trimester kedua.

Amnya setiap wanita akan bertindak balas secara berbeza dan mempunyai emosi berlainan. Ada yang perlu meluahkannya dan terdapat juga yang lebih memilih untuk tidak bercakap mengenainya.

Dapatkanlah sokongan yang diperlukan. 

Doktor biasanya akan meminta anda untuk menyertai kumpulan sokongan atau berjumpa kaunselor bagi membantu mengatasi emosi yang dialami.

Anda mungkin merasakan pelbagai emosi selepas keguguran seperti:

  • Marah
  • Rasa bersalah
  • Cemburu terhadap wanita hamil lain atau yang mempunyai bayi
  • Sedih 

Anda juga perlu bersedia untuk berdepan dengan kata-kata individu sekeliling.

Pertimbangkan untuk mencari mereka yang turut pernah mengalami situasi sama seperti anda bagi berkongsi pengalaman dan membantu emosi untuk pulih.

Hamil semula selepas alami tanda tanda keguguran lewat kehamilan

Berfikir untuk kembali hamil boleh menimbulkan tekanan.

Langkah pertama adalah untuk memastikan diri bersedia secara emosi untuk kehamilan, begitu juga dengan pasangan anda. 

Secara fizikal, anda biasanya sudah boleh kembali melakukan seks, selepas tempoh dua hingga enam minggu anda alami keguguran. Namun, dapatkan lebih kepastian dengan berbincang bersama doktor.

Kesimpulan 

Jika anda mengalami tanda tanda keguguran lewat kehamilan, adalah penting untuk mendapatkan sokongan bagi melalui proses penyembuhan secara fizikal dan emosi.

Doktor boleh menjadi sumber terbaik untuk menolong anda mencari sokongan yang diperlukan dan membantu diri bersedia untuk kehamilan seterusnya.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Late Miscarriage. https://www.sayinggoodbye.org/information/baby-loss/late-miscarriage/. Accessed on June 22, 2023
  2. Late miscarriage. https://www.tommys.org/baby-loss-support/miscarriage-information-and-support/types-of-miscarriage/late-miscarriage. Accessed on June 22, 2023
  3. Miscarriage. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/miscarriage. Accessed on June 22, 2023
  4. Miscarriage. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pregnancy-loss-miscarriage/symptoms-causes/syc-20354298. Accessed on June 22, 2023
  5. If you have a late miscarriage. https://www.moneyhelper.org.uk/en/family-and-care/death-and-bereavement/if-you-have-had-a-late-miscarriage. Accessed on June 22, 2023
  6. Late Miscarriage. https://www.wihb.scot.nhs.uk/wp-content/uploads/2020/03/Late-Miscarriage-1.pdf.  Accessed on June 22, 2023

Versi Terbaru

18/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ada Pendarahan Di Awal Kehamilan? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi

Ikut Cara Berpantang Selepas Keguguran Ini Jika Ibu Nak Cepat Hamil Kembali!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan