Ramai Wanita Mahu Hamil Di Usia 30 Tahun, Nanti Dulu Ketahui Kekurangan Dan Kelebihan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/12/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kebanyakan individu wanita telah menetapkan bahawa usia 30-an merupakan lingkungan umur yang sesuai untuk mereka menjadi seorang ibu. Ketika usia ini, anda mungkin telah stabil dari segi kewangan, kareer serta hubungan bersama pasangan.

Ini akan menyediakan asas yang kukuh buat anda untuk masuk ke alam kekeluargaan. Malahan itu, anda dan pasangan juga telah mengenali sesama anda dengan baik serta telah bersedia untuk bergelar ibu dan bapa.

Kehamilan lewat – Kelebihan

Wanita yang berusia linkungan umur 30-an mempunyai tahap stamina dan ketahanan tinggi yang sangat diperlukan dalam proses membesarkan anak.

Mereka juga mempunyai asas kewangan yang agak kukuh hasil titik peluh mereka berkerja sebelum itu demi menjamin kehidupan berkeluarga yang lebih terjamin. Ini sangat penting bagi memastikan pasangan anda tidak terlalu terbeban untuk bersama-sama membesarkan anak.

Dalam masa yang sama, anda perlu memastikan kekal berhubung dengan kenalan tempat kerja bagi memastikan anda tidak kekok untuk meneruskan kareer sekembalinya anda ke alam pekerjaan kelak.

Kehamilan lewat – Kekurangan

ibu mengandung diabetes

Sejurus melewati usia 35 tahun, potensi dan peluang anda untuk hamil sebenarnya akan menurun dan masalah genetik yang lain pula akan timbul.

Disebabkan itu, wanita yang berumur lingkungan 30-an ini disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum memutuskan untuk hamil. Wanita yang berusia mempunyai risiko untuk mengalami keguguran dan komplikasi ketika hamil yang lain.

Jika anda sudah mencecah usia 35 tahun dan mahu mempunyai anak, pastikan anda melakukannya secepat mungkin selepas mendapat nasihat pakar kerana potensi dan peluang anda untuk hamil kian menipis seiring dengan perjalanan usia.

Sejauh manakah peluang untuk anda berjaya hamil?

Dalam usia 30-an, wanita mempunyai 15 peratus peluang untuk hamil setiap kali proses ovulasi berlaku. Dalam setahun, anda mempunyai sekurang-kurangnya 75 peratus peluang untuk hamil.

Namun peratusan ini akan menurun kepada 65 peratus ketika anda sedang berada pada usia lewat 30-an. Selain itu, risiko keguguran berlaku akan meningkat seiring dengan perjalanan usia anda.

Peratusan risiko ini terjadi kepada ibu yang hamil pada usia awal 30-an adalah sebanyak 18 peratus dan akan mencecah 34 peratus sekiranya wanita itu hamil pada usia awal 40-an.

Apakah yang perlu anda lakukan?

bacaan-gula-normal-untuk-ibu-mengandung

Sekiranya anda telah mencecah usia 30-an dan kerap melakukan hubungan seks tanpa perlindungan dalam tempoh setahun namun masih tidak berjaya untuk hamil, anda perlu berhubung dengan pakar.

Jika anda berumur lebih 35 tahun dan telah mencuba selama 6 bulan namun masih tidak membuahkan hasil, berhubung dengan pakar dalam kadar segera.

Demi memastikan proses kehamilan yang sihat dan semulajadi, anda perlu kekal tenang namun dalam masa yang sama, kekal bersedia.

Anda mungkin sukar untuk hamil sekiranya anda mempunyai sejarah dijangkiti penyakit yang sexually transmitted diseases (STD) atau haid yang tidak tentu.

Jika begitu, pastikan anda segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat, khidmat dan rawatan yang terbaik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Artikel lain untuk anda

hamil lebih dari 40 minggu

AWAS, Kandungan Overdue Ada Bahaya, Ibu Kena Lebih Alert Dengan Risiko Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan
ibu mengandung

Umur Dah 35 Baru Rancang Nak Mengandung? Ini 7 Risiko Jika Hamil Lewat

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 12/03/2020 . 4 minit bacaan