Disebabkan itu, wanita yang berumur lingkungan 30-an ini disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum memutuskan untuk hamil. Wanita yang berusia mempunyai risiko untuk mengalami keguguran dan komplikasi ketika hamil yang lain.
Jika anda sudah mencecah usia 35 tahun dan mahu mempunyai anak, pastikan anda melakukannya secepat mungkin selepas mendapat nasihat pakar kerana potensi dan peluang anda untuk hamil kian menipis seiring dengan perjalanan usia.
Baca juga:
Sejauh manakah peluang untuk anda berjaya mengandung?

Dalam usia 30-an, wanita mempunyai 15 peratus peluang untuk hamil setiap kali proses ovulasi berlaku. Dalam setahun, anda mempunyai sekurang-kurangnya 75 peratus peluang untuk hamil.
Namun peratusan ini akan menurun kepada 65 peratus ketika anda sedang berada pada usia lewat 30-an. Selain itu, risiko keguguran berlaku akan meningkat seiring dengan perjalanan usia anda.
Peratusan risiko ini terjadi kepada ibu yang hamil pada usia awal 30-an adalah sebanyak 18 peratus dan akan mencecah 34 peratus sekiranya wanita itu hamil pada usia awal 40-an. Jadi, peluang anda untuk mengandung usia 40an adalah lebih tipis jika dibandingkan ketika anda berumur 30 atau 20 tahun.
Mempunyai sebarang persoalan tentang kehamilan? Jom, ikuti Komuniti Kehamilan Hello Doktor untuk dapatkan pendapat mengenai masalah anda daripada pakar.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen