backup og meta

Ramai Wanita Mahu Hamil Di Usia 30 Tahun, Nanti Dulu Ketahui Kekurangan Dan Kelebihan Ini

Ramai Wanita Mahu Hamil Di Usia 30 Tahun, Nanti Dulu Ketahui Kekurangan Dan Kelebihan Ini

Kebanyakan individu wanita telah menetapkan bahawa usia 30-an merupakan lingkungan umur yang sesuai untuk mereka menjadi seorang ibu. Ketika usia ini, anda mungkin telah stabil dari segi kewangan, kareer serta hubungan bersama pasangan. Namun, bagaimana jika anda baru mengandung usia 40an atau lewat 30an? Adakah lambat hamil akan membawa sebarang mudarat pada ibu dan bayi?

Jom sama-sama ikuti penjelasan dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Kelebihan mengandung usia 40an atau 30an

Wanita yang berusia linkungan umur 30-an mempunyai tahap stamina dan ketahanan tinggi yang sangat diperlukan dalam proses membesarkan anak.

Mereka juga mempunyai asas kewangan yang agak kukuh hasil titik peluh mereka berkerja sebelum itu demi menjamin kehidupan berkeluarga yang lebih terjamin. Ini sangat penting bagi memastikan pasangan anda tidak terlalu terbeban untuk bersama-sama membesarkan anak.

Dalam masa yang sama, anda perlu memastikan kekal berhubung dengan kenalan tempat kerja bagi memastikan anda tidak kekok untuk meneruskan kareer sekembalinya anda ke alam pekerjaan kelak.

Kekurangan mengandung usia 40an atau 30an

lambat hamil

Sejurus melewati usia 35 tahun atau mengandung usia 40an, potensi dan peluang anda untuk hamil sebenarnya akan menurun dan masalah genetik yang lain pula akan timbul.

Disebabkan itu, wanita yang berumur lingkungan 30-an ini disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum memutuskan untuk hamil. Wanita yang berusia mempunyai risiko untuk mengalami keguguran dan komplikasi ketika hamil yang lain.

Jika anda sudah mencecah usia 35 tahun dan mahu mempunyai anak, pastikan anda melakukannya secepat mungkin selepas mendapat nasihat pakar kerana potensi dan peluang anda untuk hamil kian menipis seiring dengan perjalanan usia.

Baca juga:

Sejauh manakah peluang untuk anda berjaya mengandung?

mengandung usia 40an

Dalam usia 30-an, wanita mempunyai 15 peratus peluang untuk hamil setiap kali proses ovulasi berlaku. Dalam setahun, anda mempunyai sekurang-kurangnya 75 peratus peluang untuk hamil.

Namun peratusan ini akan menurun kepada 65 peratus ketika anda sedang berada pada usia lewat 30-an. Selain itu, risiko keguguran berlaku akan meningkat seiring dengan perjalanan usia anda.

Peratusan risiko ini terjadi kepada ibu yang hamil pada usia awal 30-an adalah sebanyak 18 peratus dan akan mencecah 34 peratus sekiranya wanita itu hamil pada usia awal 40-an. Jadi, peluang anda untuk mengandung usia 40an adalah lebih tipis jika dibandingkan ketika anda berumur 30 atau 20 tahun.

Mempunyai sebarang persoalan tentang kehamilan? Jom, ikuti Komuniti Kehamilan Hello Doktor untuk dapatkan pendapat mengenai masalah anda daripada pakar.

Apakah yang perlu anda lakukan jika lambat hamil?

mengandung usia 40an

Sekiranya anda telah mencecah usia 30-an dan kerap melakukan hubungan seks tanpa perlindungan dalam tempoh setahun namun masih tidak berjaya untuk hamil, anda perlu berhubung dengan pakar.

Jika anda berumur lebih 35 tahun dan telah mencuba selama 6 bulan namun masih tidak membuahkan hasil, berhubung dengan pakar dalam kadar segera.

Demi memastikan proses kehamilan yang sihat dan semulajadi, anda perlu kekal tenang namun dalam masa yang sama, kekal bersedia.

Anda mungkin sukar untuk hamil sekiranya anda mempunyai sejarah dijangkiti penyakit yang sexually transmitted diseases (STD) atau haid yang tidak tentu.

Jika begitu, pastikan anda segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat, khidmat dan rawatan yang terbaik.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Why Can’t I Get Pregnant? https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/why-cant-i-get-pregnant. Accessed on May 30, 2022.
  2. Risks of Pregnancy Over Age 30. https://www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?contenttypeid=90&contentid=P02481. Accessed on May 30, 2022.
  3. Thinking About Pregnancy After Age 30? 3 Issues to Consider. https://www.uhhospitals.org/Healthy-at-UH/articles/2021/07/thinking-about-pregnancy-after-age-30-3-issues-to-consider. Accessed on May 30, 2022.
  4. Getting pregnant in your 30s. https://www.babycentre.co.uk/a1013994/getting-pregnant-in-your-30s. Accessed on May 30, 2022.
  5. Getting pregnant. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/pregnancy/art-20045756. Accessed on May 30, 2022.

Versi Terbaru

30/05/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Bahaya Jika Ibu Mengandung Alami Buasir, Salah Satunya Tak Boleh Bersalin Normal?

Setitis Air Mani Ada Berjuta Sperma! Suami Terpancut Sedikit, Isteri Boleh Hamil?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan