home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Persiapkan Diri Hadapi Kemuraman Selepas Bersalin

Persiapkan Diri Hadapi Kemuraman Selepas Bersalin

Hampir setiap ibu baru akan melalui perasaan letih dan kebimbangan selepas bersalin. Memikirkan tanggung jawab baru yang perlu digalas, kurang tidur, dan kurang masa untuk diri sendiri, jadi adalah dapat difahami mengapa kebanyakan ibu akan melalui kemuraman selepas bersalin. Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan kepada anda kebarangkalian untuk anda menghalang kemuraman selepas bersalin.

Jika mengikut saintifik, sebenarnya tiada cara tertentu untuk menghalang kemuraman selepas bersalin, tetapi anda boleh bersedia untuk melaluinya.

Tidur selepas bayi anda tidur

Aduan paling banyak yang diterima daripada para ibu baharu (dan juga bapa) adalah tidak mendapat tidur yang cukup. Penyelesaian bagi masalah ini adalah anda tidur selepas bayi anda tidur. Ia mungkin kedengaran mudah, tetapi kebanyakan ibu bapa menggunakan masa tidur bayi untuk mengemas rumah atau melakukan perkara lain. Minta bantuan pasangan anda atau ahli keluarga untuk melakukan kerja-kerja tersebut supaya anda boleh ‘mengganti’ semula masa tidur anda. Ibu yang boleh ‘mengganti’ tidur mereka adalah kurang cenderung untuk mengalami kemurungan. Jadi, lain kali apabila anda lihat bayi anda tidur, anda boleh mengikutnya tidur juga.

Makan banyak ikan

Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa lemak omega-3, EPA (asid ekosapentaenoik) dan DHA (asid dokoheksanoik), boleh merendahkan risiko kemurungan selepas bersalin dalam kalangan ibu baharu. Omega-3 biasanya ditemui dalam ikan seperti salmon, kod, tuna, dan sardin. Ia juga terdapat dalam suplemen. EPA dan DHA tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, tetapi ia memainkan peranan penting dalam perkembangan fetus. Wanita yang mendapat cukup asid lemak ini akan kurang cenderung untuk mengalami kemurungan selepas bersalin. Jumlah pengambilan EPA dan DHA yang sihat adalah kira-kira 625mg DHA dan 410 mg EPA setiap hari. Ini bermakna, wanita hamil boleh mengambil sehingga 12 auns ikan setiap minggu untuk membekalkan tubuh dengan asid penting ini.

Jika boleh, bersenamlah

Ya, makan makanan sihat dan bersenam adalah asas kehidupan yang sihat. Jika tubuh anda sudah kuat, anda cenderung untuk kurang mendapat kemuraman selepas bersalin. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang tidak bersenam semasa dan selepas kehamilan adalah lebih cenderung untuk mengalami simprom kemurungan. Sudah tentu, anda tidak perlu mengangkat barang berat ataupun berlari marathon. Kekalkan kesihatan tubuh anda dengan melakukan senaman ringkas seperti yoga, pilates, berjalan, atau berenang. Senaman akan meningkatkan mood anda dan membuatkan anda rasa lebih baik melalui alam keibuan yang baru anda tempuhi. Tubuh yang sihat adalah minda yang sihat.

Luangkan masa untuk diri sendiri

Kebanyakan ibu berasa bersalah kerana tidak meluangkan setiap waktu untuk bayi baru lahirnya. Apabila ibu meluangkan masa 15 minit untuk diri sendiri, mereka merasakan itu adalah tugasan, bukannya kepuasan. Bagaimana jika kami katakan bahawa ikatan bayi baru lahir adalah lebih baik jika dilakukan dengan ibu yang gembira dan tenang? Jika anda meluangkan setiap waktu anda bersama dengan anak, ini bukan hanya akan memberi tekanan pada anda, tetapi juga ia tidak membantu anak anda! Anda perlu mengambil sedikit masa untuk diri sendiri, seperti dengan merendam badan dalam tab mandian ataupun bermeditasi, untuk menenangkan fikiran anda.

Minta bantuan orang lain melakukan tugasan

Dengan kelahiran bayi baru lahir, anda perlu duduk di rumah untuk menjaga si manja. Bagi sesetengah wanita, berada di rumah bermakna mereka perlu menyelesaikan semua kerja-kerja di rumah. Ini adalah idea yang baik untuk anda menyumbang kepada keluarga, anda boleh membahagikan beberapa tugasan kepada ahli keluarga atau teman rapat anda. Jangan malu untuk meminta pasangan atau kakak anda memegang bayi atau meminta tolong ibu anda melakukan laundri. Mereka pasti akan rasa dihargai jika anda meminta bantuan mereka kerana mereka akan rasa lebih dekat dengan bayi anda.

Berjumpa dengan pakar profesional sebelum melahirkan anak

Jika anda mengalami kemurungan semasa hamil, anda berada pada risiko yang tinggi untuk mengalami kemuraman selepas kelahiran bayi. Jika anda rasa murung, anda perlu segera berjumpa pakar untuk mendapatkan bantuan sebelum kelahiran bayi anda. Doktor akan memberikan anda ubat anti-tekanan dan mengajar anda cara untuk mengelakkan kemuraman selepas bersalin.

Sebanyak 80 peratus ibu baharu mengalami kemuraman selepas bersalin. Ingatlah bahawa alam keibuan bukan semuanya sempurna. Anda akan melalui suka dan duka bergelar ibu, namun jika anda tahu bagaimana untuk mengelakkan perubahan angin anda, anda boleh lulus dengan mudah apabila melalui masa yang sukar.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Preventing The Baby Blues. http://americanpregnancy.org/first-year-of-life/preventing-the-baby-blues/. Accessed August 22, 2016.

Recognizing & Treating Postpartum Depression (PPD). http://www.whattoexpect.com/first-year/postpartum-depression#baby-blues-ppd. Accessed August 22, 2016.

Six ways to prevent the baby blues. http://www.pregnancyandbaby.com/moms/articles/932045/six-ways-to-prevent-the-baby-blues. Accessed August 22, 2016.

Ways to Prevent Postpartum Depression. http://www.parents.com/baby/health/postpartum-depression/ways-to-prevent-postpartum-depression/?slideId=50320. Accessed August 22, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Dian Sonnerstedt Disemak pada 13/09/2019
x