home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kecewa Masih Belum Hamil? Semak Balik, Mungkin Anda Ada Buat Kesilapan Ini Semasa SEKS

Kecewa Masih Belum Hamil? Semak Balik, Mungkin Anda Ada Buat Kesilapan Ini Semasa SEKS

Kebanyakan pasangan melakukan beberapa kesilapan semasa seks sepanjang usaha mereka untuk mendapatkan cahaya mata. Jangan biarkan kesilapan-kesilapan di bawah memberi kesan kepada usaha anda untuk segera hamil.

1. Tidak selalu ‘bersama’ dengan pasangan.

Anda mungkin menganggap bahawa dengan mengurangkan kekerapan melakukan hubungan seks boleh “menjimatkan” sperma suami anda. Atau, anda hanya menunggu sehingga waktu subur untuk melakukan hubungan intim bagi membantu memudahkan anda hamil. Namun, sebenarnya jika anda tidak bersama dengan suami banyak hari boleh membuatkan anda terlepas peluang untuk hamil pada bulan tersebut.

2. Terlalu kerap melakukan hubungan seks.

Jarang melakukan hubungan seks adalah tidak baik, begitu juga jika sesebuah pasangan terlalu kerap ‘bersama’. Ramai pasangan yang percaya bahawa semakin banyak mereka melakukan hubungan seks, semakin mudah dan cepat mereka akan mendapat bayi. Walaupun kerap melakukan hubungan intim tidak akan mengurangkan kekuatan sperma seseorang lelaki, namun terlalu kerap ‘bersama’ juga berpotensi menyebabkan masalah lain.

3. Kesilapan semasa seks – sentiasa melakukan posisi yang sama

urutan seksi

Ada mitos yang mengatakan terdapat posisi terbaik untuk memudahkan seseorang wanita itu hamil. Mitos lain pula mendakwa anda perlu mengangkat sedikit punggung anda selepas berhubungan seks. Walhal, sebenarnya tidak kiralah jika anda ataupun pasangan yang berada di atas, hasilnya adalah sama.

4. Menyalahkan wanita.

Apabila sesebuah pasangan melalui masa yang sukar untuk hamil, ramai orang (termasuk juga pasangan itu sendiri) secara automatiknya akan menuding jari kepada wanita dengan mengatakan ada masalah pada si isteri. Selalunya, lelaki tidak mahu mengakui masalah adakalanya berpunca daripada mereka.

5. Terlepas masa ovulasi.

Mengenal pasti masa sebenar ovulasi adalah rumit. Kebanyakan wanita hanya mengetahui dan percaya bahawa mereka akan mengalami ovulasi pada hari ke-14 selepas hari pertama haid mereka pada tempoh kitaran tersebut. Walau bagaimanapun, panjang kitaran haid anda mungkin berubah, dan ovulasi tidak selalunya berlaku pada masa yang sama setiap bulan.

6. Melakukan hubungan intim pada hari ovulasi.

Hubungan seks yang dilakukan pada hari ovulasi mungkin sudah terlambat. Selepas ovulasi, terdapat hanya 24 jam untuk telur bersenyawa. Jika anda tersalah masa tentang hari ovulasi anda, maka anda akan terlepas peluang dan perlu menunggu sehingga bulan depan untuk mencuba untuk hamil. Memandangkan sperma boleh bertahan antara tiga hingga lima hari, maka hubungan seks yang dilakukan beberapa hari sebelum ovulasi boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil.

7. Menggunakan pelincir.

Berhati-hati sebelum memilih pelincir untuk hubungan intim anda. Pelincir komersial mempunyai impak negatif pada motiliti (pergerakan) sperma, menjadikan sukar untuk sperma sampai kepada telur. Jika ingin menggunakan pelincir, anda boleh mencari pelincir yang mesra-sperma atau pelincir semula jadi seperti minyak zaitun, minyak sayuran, minyak bayi, dan juga putih telur, sebagai langkah selamat.

8. Tergesa-gesa berjumpa pakar.

Jika anda baru dua atau tiga bulan mencuba untuk hamil, tetapi masih belum berjaya, jangan terus pergi berjumpa dengan pakar kesuburan. Bahkan, pasangan yang sihat juga memerlukan beberapa bulan untuk mereka berjaya hamil.

9. Tidak atau terlambat mendapatkan bantuan pakar

Berbeza situasi jika usia anda 35 tahun ke atas, anda perlu berjumpa dengan pakar fertiliti selepas enam bulan anda mencuba untuk hamil, tetapi masih belum berjaya.

10. Mengabaikan kesihatan diri.

Kebanyakan pasangan yang mencuba untuk hamil akan hanya tertumpu kepada kesihatan reproduktif mereka, dan mengabaikan keseluruhan kesihatan tubuh mereka. Ini adalah mengenai mukus serviks dan kiraan sperma. Namun, anda harus memberi perhatian kepada keseluruhan kesihatan anda begitu juga dengan berat badan, tabiat merokok, stres, dan perubatan yang boleh mempengaruhi kesuburan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

10 common baby making mistakes. http://www.parents.com/getting-pregnant/trying-to-conceive/tips/best-sex-for-getting-pregnant/?slideId=37298. Accessed November 29, 2016.

Are you making these common mistakes while trying to conceive? http://www.pregnancy.org/content/are-you-making-these-common-mistakes-while-trying-to-conceive. Accessed November 29, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 22/12/2020
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x