backup og meta

Ingin Tip Cegah Hamil Cara Tradisional? Boleh Cuba Ambil 10 Makanan & Minuman Ini

Ingin Tip Cegah Hamil Cara Tradisional? Boleh Cuba Ambil 10 Makanan & Minuman Ini

Ramai individu masih berjuang untuk hamil tetapi ada juga yang berusaha untuk elak kehamilan disebabkan alasan-alasan tertentu. Jadi, benarkah jika ada beberapa jenis makanan elak mengandung selepas bersama sebagai petua tradisional elak mengandung?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Bagaimana untuk kawal kehamilan?

Seperti mana ramai sedia maklum, kehamilan itu memang boleh dikawal dan dicegah melalui kaedah kontraseptif!

Antara cara yang paling mudah dan popular tentu sahaja dengan penggunaan kondom, pengambilan pil atau lain-lain dengan tahap keberkesanan tinggi dengan angka mencecah 80% ke 90%.

Namun, cara-cara ini sudah tentu memerlukan sedikit kos, masa dan usaha yang lebih bukan? Ia juga mungkin kurang sesuai buat suami isteri yang masih mempertahankan budaya konservatif.

Maka, kalian mungkin perlu tahu beberapa jenis makanan elak mengandung selepas bersama. Namun, adakah petua tradisional elak mengandung ini akan berkesan?

Jenis makanan yang elak mengandung

Sebenarnya, mungkin tidak wujud sebarang jenis makanan yang secara semula jadi akan menutup peluang wanita daripada mengandung. Pun begitu, ada beberapa jenis makanan dan minuman mungkin dapat membantu mencegah kehamilan!

makanan elak mengandung selepas bersama
Kulit kayu manis membantu kehamilan.

Jangan terkejut jika kami katakan, terdapat makanan elak mengandung selepas bersama anda boleh cuba termasuk:

  • Nanas – Popular sebagai buah yang boleh menyebabkan keguguran, ia juga dikatakan mampu membantu menghalang implantasi janin sekali gus mencegah kehamilan luar jangkaan
  • Betik – Pengambilan buah yang sarat kandungan papain ini sebanyak 4 ke 5 kali dalam seminggu dipercayai boleh membantu mencegah anda daripada mengandung jika tidak bersedia
  • Mi Soba – Diperbuat daripada gandum kuda @ hitam, jenis mi dari Jepun ini mengandungi komponen bernama Rutin yang mungkin boleh mengelakkan persenyawaan daripada berlaku
  • Kulit kayu manis – Rempah yang satu ini dikatakan boleh merangsang kontraksi pada rahim lantas membantu anda untuk mencegah kehamilan
  • Ubi hutan – Kandungan progesteron yang tinggi di dalam ubi ini dipercayai dapat membantu mencegah ovulasi sekali gus menghalang wanita daripada mengandung

Minuman elak mengandung

Selain daripada makanan elak mengandung selepas bersama, turut wujud beberapa jenis minuman yang bagus dalam usaha untuk memberi anda ruang dan peluang bersenggama tanpa risiko hamil!

makanan elak mengandung selepas bersama
Air gas tidak bagus diambil untuk mereka yang merancang menimang cahaya mata.

Berbeza dengan suplemen asid folik yang meningkatkan peluang hamil, minuman di bawah ini pula bertindak sebaliknya:

  • Alkohol – Sudah terang lagi bersuluh, minuman ini memang tidak bagus untuk individu lebih-lebih lagi wanita kerana ia berisiko mempengaruhi kemampuan mereka untuk hamil
  • Kafein – Walaupun belum dapat dipastikan, pengambilan kafein berlebihan dipercayai mempunyai kaitan dengan risiko keguguran sekali gus adalah antara musuh utama bagi golongan yang merancang untuk mengandung
  • Soda – Menurut kajian Boston University School of Public Health, soda akan mengurangkan sekitar 20% – 30% kemungkinan kehamilan jika diambil pada kuantiti yang banyak dan kerap
  • Halia – Mengandungi sejenis sebatian bernama emmenagogue, ia diyakini akan merangsang aliran darah saat wanita haid sekali gus memberi kesan kepada kitaran haid dan potensi mengandung
  • Vitamin C – Minuman yang tinggi vitamin C seperti jus buah, sayur atau suplemen tambahan memang bagus. Cuma, ia akan mempengaruhi hormon progesteron dan kemungkinan kehamilan

Minum coke elak hamil itu benar?

Terbaharu, muncul satu lagi mitos tentang minuman atau makanan elak mengandung selepas bersama iaitu air gas berjenama popular ini. Persoalannya, adakah khabar angin ini benar satu mitos atau fakta?

tips cepat hamil
Tips cepat hamil yang berkesan.

Untuk pengetahuan anda semua, kebanyakan jenama minuman berkarbonat seperti ini mungkin mengandungi:

  • Gula (dilabelkan glukosa, sukrosa, fruktosa dan lain-lain)
  • Kafein
  • Pewarna
  • Pengawet
  • Pemanis buatan
  • Perisa tambahan

Menurut mitos yang popular ini, tabiat minum air gas selepas beraksi dikatakan dapat membunuh sperma sekali gus mencegah kehamilan. Sesungguhnya, ia hanya satu mitos yang sangat tidak tepat.

Ini kerana, tidak wujud alasan dan kajian yang mengatakan bahawa minuman sebegini memiliki ‘kuasa’ seperti itu dan masyarakat dinasihatkan agar tidak sesekali mempercayai dan meyakini mitos ini.

Cuma, kandungan kafein yang tinggi di dalam minuman ini mungkin boleh merendahkan kemungkinan kehamilan!

Amalkan kaedah kontraseptif yang terbaik!

Konklusinya, setiap senarai minuman dan makanan elak mengandung selepas bersama di atas mungkin hanya satu petua tradisional elak mengandung tetapi bukan kepercayaan perubatan.

Adalah jauh lebih baik untuk anda membincangkan perkara ini dengan doktor untuk mengetahui jenis-jenis kaedah kontraseptif terbaik buat kalian. Jadi, jangan cepat percaya mitos di internet ya?

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Foods That Can Affect Fertility, https://www.eatright.org/health/pregnancy/fertility-and-reproduction/fertility-foods, Accessed Oct 11 2023.
  2. Foods for Fertility: Fact or Fiction?, https://health.clevelandclinic.org/foods-for-fertility/, Accessed Oct 11 2023.
  3. What Is the Optimal Fertility Diet?, https://fertility.womenandinfants.org/blog/fertility-diet, Accessed Oct 11 2023.
  4. Tips for a healthy pre-pregnancy diet, https://www.tommys.org/pregnancy-information/planning-a-pregnancy/are-you-ready-to-conceive/tips-healthy-pre-pregnancy-diet, Accessed Oct 11 2023.
  5. Nutrition Before Pregnancy, https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=nutrition-before-pregnancy-90-P02479, Accessed Oct 11 2023.

Versi Terbaru

05/08/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

'Timing' Penting Jika Ingin Hamil Cepat! Ini Cara Kesan Waktu Subur

Nak Rancang Keluarga? Ketahui Tanda Ovulasi Sedang Terjadi


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan