Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Parut Czer Rasa Pedih & Bengkak? Awas, Mungkin Tanda Jangkitan!
Parut czer atau parut akibat pembedahan caesarean boleh mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. Penjagaan yang betul bukan sahaja membantu mempercepatkan proses penyembuhan, tetapi juga mengurangkan risiko jangkitan dan menjadikan parut lebih cepat pudar serta kurang ketara.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Tempoh luka czer sembuh
Tempoh luka czer sembuh biasanya sekitar 4 hingga 6 minggu untuk sembuh secara luaran. Manakala, pemulihan penuh mungkin mengambil masa lebih lama, sehingga 6 bulan atau lebih.
Namun wujud risiko untuk berlaku jangkitan luka selepas pembedahan caesarean atau C-Sec. Ia lazimnya disebabkan jangkitan bakteria pada kawasan pembedahan.
Mikrob berbahaya yang bersentuhan dengan luka atau memasuki pembedahan C-Sec boleh menyebabkan jangkitan.
Umumnya, Staphylococcus aureus atau bakteria Staph adalah jangkitan pada parut czer yang paling biasa dialami.
Bakteria Staph secara semula jadi hidup pada rambut dan kulit manusia.
Nak tahu lebih banyak informasi dan berbincang hal-hal kelahiran czer bersama ibu C-Section yang lain? Jom sertai grup – C-Section Mums Malaysia!
Jangkitan pada parut czer
Apabila bakteria membiak dan memasuki luka, ia boleh menyebabkan beberapa jenis jangkitan pada luka pembedahan caesarean seperti:
Impetigo
Ia boleh menyebabkan lepuh cecair yang akan pecah dan meninggalkan kerak berwarna seperti coklat kekuningan. Ia boleh menjadi sangat menyakitkan dan gatal.
Benjolan nanah
Merupakan luka yang dipenuhi dengan kulit mati dan nanah berkembang di bawah kulit. Ia mungkin menyebabkan sensasi hangat dan menyakitkan.
Selulitis
Adalah jangkitan pada kulit dan tisu di bawahnya. Jangkitan boleh merebak dengan cepat daripada luka pembedahan caesarean ke bahagian luar.
Ia mengakibatkan timbulnya rasa sakit, kemerahan dan sensasi hangat apabila disentuh.
Jenis bakteria lain yang boleh menyebabkan jangkitan pada luka jahitan C-Sec termasuklah Enterococcus dan Escherichia coli.
Jangkitan tersebut boleh merebak sama ada menjadi jangkitan sementara (incisional), atau jangkitan organ.
Parut pembedahan czer.
Incisional yang berlaku boleh menjejaskan kawasan luka parut czer atau bahagian kulit mahupun tisu yang lebih dalam sekitar luka.
Manakala bagi jangkitan melibatkan organ pula boleh terjadi apabila mikroba mencapai bahagian dan organ sekitarnya, seperti pundi kencing atau saluran kencing.
Jika wujud simptom dalam tempoh 28 jam selepas pembedahan caesarean, puncanya mungkin disebabkan Streptococcus, ataubakteria Strep.
Jangkitan bakteria Strep pada luka czer boleh menyebabkan erysipelas. Ia adalah sejenis selulitis yang melibatkan sistem limfa.
Individu wanita yang mengalami erysipelas akan mempunyai luka berwarna merah, berkilat dan timbul di permukaan kulit.
Risiko jangkitan pembedahan caesarean
Membaca risiko jangkitan pada luka C-Sec yang mungkin dialami pastinya merisaukan para ibu yang sedang hamil, kan?
Pun begitu, bukan semua individu yang menjalani prosedur kelahiran ini akan mengalami jangkitan.
Cuma terdapat beberapa faktor yang akan meningkatkan risiko berlakunya jangkitan seperti:
Kegemukan
Usia
Kawasan persekitaran
Diabetes
Gangguan hipertensi
Kehamilan kembar
Menjalani banyak pemeriksaan faraj
Penggunaan epidural
Keguguran yang berulang
Terdapat juga faktor melibatkan prosedur pembedahan C-Sec itu sendiri yang meningkatkan risiko berlakunya jangkitan seperti tempoh pembedahan yang lama.
Tanda & simptom jangkitan pada pembedahan caesarean
Wanita yang menjalani prosedur pembedahan C-Sec perlu memeriksa luka setiap hari untuk mengetahui jika muncul tanda-tanda jangkitan.
Kebanyakan jenis jangkitan tidak menyebabkan simptom sehinggalah selepas 4 hingga 7 hari pembedahan berlangsung. Pada waktu itu, kebanyakan wanita sudah berada di rumah.
Kebiasaannya selepas pembedahan, ia sesuatu yang normal untuk mengalami bengkak, kemerahan dan sakit serta luka czer rasa berdenyut.
Dalam sesetengah kes, terdapat cecair yang dirembes keluar daripada luka. Tetapi jika berlaku jangkitan, intensiti cecair yang keluar akan meningkat.
Panduan memastikan luka caesar cepat sembuh.
Beberapa tanda dan simptom yang perlu dikenal pasti adalah:
Bengkak, kemerahan dan kesakitan luar biasa pada sekitar luka pembedahan caesarean
Cecair jernih atau berubah warna daripada kawasan luka
Ibu perlu pastikan berat badan mengikut BMI semasa hamil.
Selepas pembedahan, lakukan:
Menjaga tahap kebersihan luka dengan cara mencuci menggunakan sabun dan air suam
Menutup atau membalut luka selama yang dinasihatkan doktor
Mengelakkan mandian air panas, berendam dalam tab mandi atau kolam renang
Mematuhi jadual ubat yang diberikan
Menghindari pakaian yang ketat
Pemeriksaan segera
Jangkitan melambatkan masa pemulihan luka parut czer.
Namun keadaan tersebut dapat dipulihkan dengan kombinasi penggunaan antibiotik, pembedahan kecil (jika perlu) dan penjagaan parut C-Sec serta kebersihan luka yang betul.
Jangkitan boleh menyebabkan komplikasi serius, jadi seseorang harus mempertimbangkan untuk bercakap dengan doktor jika mereka melihat tanda-tanda jangkitan parut czer selepas pembedahan caesarean.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
C-section. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/c-section/about/pac-20393655 / Accessed on July 14, 2020
C-section recovery. https://health.clevelandclinic.org/c-section-recovery/ Accessed on July 14, 2020
Cesarean birth. https://www.acog.org/patient-resources/faqs/labor-delivery-and-postpartum-care/cesarean-birth / Accessed on July 14, 2020
Cesarean section. https://medlineplus.gov/cesareansection.html / Accessed on July 14, 2020
Cesarean. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5497372/Accessed on July 14, 2020