backup og meta

Bolehkah Ibu Hamil Mengambil Probiotik?

Bolehkah Ibu Hamil Mengambil Probiotik?
Bolehkah Ibu Hamil Mengambil Probiotik?

Probiotik diketahui amat baik dalam membantu fungsi sistem penghadaman dalam tubuh manusia. Malahan, setiap individu termasuk juga kanak-kanak disarankan untuk mengambil probiotik. Namun, adakah boleh ibu hamil mengambil probiotik?

Apakah itu probiotik?

Probiotik adalah sejenis mikroorganisma hidup, pada umumnya merupakan bakteria baik yang terdapat pada dinding usus setiap orang.

Tiga bakteria yang sering digunakan sebagai probiotik dalam produk termasuklah Lactobacillus, Bifidobacterium, dan Saccharomyces.

Probiotik penting dalam membantu menyokong kesihatan penghadaman anda.

Sesetengah makanan secara semula jadinya mengandungi probiotik, sementara sesetengah yang lain ditambah probiotik semasa proses penyediaan.

Antara makanan yang mengandungi probiotik termasuklah:

Selain itu, probiotik juga terdapat dalam suplemen.

Boleh ke ibu hamil mengambil probiotik?

ibu hamil mengambil probiotik
Probiotik sememangnya bagus untuk perut.

Ibu hamil lazimnya mengalami masalah-masalah kesihatan seperti sembelit, pedih hulu hati dan sebagainya.

Probiotik sesusai untuk ibu mengandung. Probiotik bukan sahaja boleh membantu bakal ibu mengurangkan masalah kesihatan ini, bahkan juga dapat membantu menambah bilangan bakteria baik dalam usus ibu.

Ia juga dapat membantu memperkuatkan lagi sistem imun badan ibu, yang diketahui mempunyai daya tahan yang lemah semasa mengandung.

Probiotik daripada kedua-dua sumber makanan dan suplemen biasanya dianggap selamat diambil semasa hamil.

Tak semua probiotik sesuai untuk ibu mengandung ?

Akan tetapi, terdapat pelbagai probiotik dan kajian terhad yang menunjukkan probiotik tidak boleh sepenuhnya diisytiharkan sebagai selamat untuk ibu hamil.

Jika anda mengalami sebarang keadaan atau penyakit yang menjejaskan sistem imun anda, berjumpa dahulu dengan doktor anda sebelum anda menukar tabiat pemakanan khususnya yang mengandungi probiotik.

Menurut National Library of Medicine (NLM) dan National Institute of Health (NIH), probiotik adalah dianggap selamat kerana data terkini menunjukkan suplemen probiotik adalah jarang sekali menyerap.

Kebarangkalian untuk mendapat bacteremia daripada pengambilan probiotik Lactobacillus adalah kurang daripada 1 per 1 juta, dan kemungkinan untuk mendapat fungemia daripada Saccharomyces adalah kira-kira 1 per 5.6 juta individu yang mengambil probiotik tersebut.

Malahan, dalam kajian terhad tentang penggunaan probiotik semasa hamil, tiada terdapat hubungan antara penggunaan probiotik dan keguguran atau sebarang jenis bentuk kecacatan.

Kajian analisis-meta yang dilakukan oleh penyelidik Kanada menemukan bahawa tiada kaitan dengan penggunaan probiotik dan kejadian seperti pembedahan Caesarean, berat badan ketika lahir atau usia gestasi.

Jadi, NLM dan NIH menyimpulkan bahawa tiada sebarang risiko pengambilan probiotik untuk ibu hamil dan menyusukan bayi.

Berapa dos yang disarankan untuk ibu hamil mengambil probiotik ? 

Tiada sebarang dos harian yang disarankan untuk probiotik. Sebaik-baiknya ibu hamil dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang suplemen.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda mengenai pengambilan probiotik kepada ibu hamil. Apa-apa pun, dapatkan pandangan doktor atau pakar sebelum anda mengambil sesuatu.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/probiotics-during-pregnancy/
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3056676/

 

Versi Terbaru

21/03/2025

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Bukan Semua Vitamin Ibu Hamil Boleh Ambil, Ini 2 Jenis Yang Perlu DIELAKKAN!

Betul Ke Pengambilan Probiotik Dapat Atasi Perut Buncit? Ini Penjelasan Saintis...


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nurul Iftida Basri

Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan