Haid Datang Lewat, Tapi Ada Sedikit Darah Yang Keluar? Sabar, Ia Mungkin Pendarahan Implantasi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/01/2021 . 2 minit bacaan
Share now

Menunggu sehingga anda rasmi “datang haid lewat” bagi membolehkan anda melakukan ujian kehamilan umpama suatu penderitaan. Apatah lagi jika anda memang benar-benar berharap untuk segera hamil. Bahagian yang paling mengecewakan adalah apabila anda lewat didatangi haid, dan kemudian mendapati ada sedikit darah pada seluar dalam anda. Sabar dahulu! Anda mungkin boleh menjimatkan wang untuk membeli tuala wanita pada bulan ini kerana berkemungkinan pendarahan yang anda alami adalah pendarahan implantasi.

Apa itu pendarahan implantasi?

pendarahan implantasi

Jika anda lihat pendarahan ringan, tompok kecil berwarna merah jambu ataupun coklat pada seluar dalam anda, ia mungkin merupakan pendarahan implantasi.

Pendarahan ini selalu terjadi pada 6 hingga 12 hari selepas konsepsi, dan anda mungkin tersilap menganggapnya sebagai haid biasa anda. Ini juga sebenarnya adalah petanda awal kehamilan.

Anda tidak perlu risau kerana ia tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan.

Pendarahan banyak (lebih daripada pendarahan normal) adalah yang perlu dibimbangkan.

Hubungi doktor anda jika anda mengalaminya (pendarahan banyak) atau berserta dengan demam, seram sejuk, dan kekejangan yang boleh menjadi lebih teruk.

Punca pendarahan implantasi

pendarahan implantasi

Selepas sperma disenyawakan dengan telur anda, ia akan berubah menjadi embrio. Kemudian, embrio akan menuju ke uterus dan menempel (implan) pada dinding uterus.

Ada kalanya, semasa penempelan embrio, ia boleh menyebabkan sedikit pendarahan. Perkara ini tidak menimbulkan sebarang masalah untuk bayi berkembang dalam rahim.

Wanita hamil boleh mengalami pendarahan disebabkan punca lain selain daripada implantasi. Jika pendarahan berat berlaku berserta atau tanpa rasa sakit atau kejang, hubungi doktor anda segera.

Jika anda sudah hamil dan mengalami pendarahan, ia mungkin disebabkan oleh:

  • Hubungan seks: Ia boleh berlaku pada bila-bila masa semasa kehamilan anda. Perubahan hormon dalam tubuh juga boleh berkait. Ia sepatutnya berhenti sendiri.
  • Kehamilan ektopik: Ini berlaku apabila embrio menempel di luar rahim. Anda mungkin akan mengalami pendarahan dengan rasa sakit dan kejang. Ia juga berbahaya dan anda perlu segera berjumpa dengan doktor.
  • Keguguran: Lebih kurang 15% kehamilan berakhir dengan keguguran semasa beberapa minggu terawal. Kebanyakan wanita akan mengalami pendarahan dan kekejangan perut jika keguguran berlaku. Segera hubungi doktor anda jika anda tahu anda hamil dan mengalami simptom tersebut.

Bagaimana untuk saya tahu ianya darah implantasi dan bukannya darah haid?

pendarahan implantasi

Pendarahan jenis ini boleh menyerupai pendarahan haid, terutama semasa beberapa hari terawal waktu haid anda (di mana anda mengalami sedikit pendarahan).

Oleh itu, anda mungkin akan berasa keliru semasa berlakunya tompok darah. Berikut adalah cara untuk mengenali perbezaan antara pendarahan jenis ini dan pendarahan haid:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kaum Hawa, Perhatikan Warna Darah Period Anda! Ini Lambang Anda Sihat Atau Tidak

Tahukah anda, ada 7 warna darah haid yang berbeza? Semua warna darah ini mempunyai penjelasannya yang tersendiri dari segi kesihatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kesihatan Wanita, PCOS 21/12/2020 . 5 minit bacaan

Selain Pad, Wanita Boleh Guna Menstrual Cup Semasa Haid, Lebih Jimat, Tahan Lama & Mesra Alam!

Terdapat banyak pilihan tuala wanita ketika didatangi haid, antara pilihan yang hangat ialah cawan menstruasi, turut dikenali sebagai menstrual cup.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Haid, Kesihatan Wanita 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

Jika nak kurus, diet pasti menjadi perkara pertama terlintas di fikiran. Tapi, tahukah anda mengenai diet mengikut golongan darah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diet Sihat, Pemakanan Sihat 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Jaga-Jaga Jika Haid Datang 2 Kali Sebulan, Ini Antara Penyebab Yang Membimbangkan!

Datang bulan bukanlah momen yang ditunggu segelintir wanita kerana masalah PMS dan kembung perut. Tapi bagaimana jika anda didatangi haid dua kali sebulan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Haid, Kesihatan Wanita 15/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pendarahan awal kehamilan

Hamil TAPI Kenapa Ada Pendarahan, Takkan ‘Period’? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
cara menghentikan pendarahan

Ini 6 Cara Untuk Hentikan Pendarahan Di Rumah, Namun Hanya Sesuai Untuk Luka Kecil Saja

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
senaman melampau punca penyakit sepsis

Bahaya Kalau Kuat Sangat Bersenam, Anda Boleh Terdedah Dengan Penyakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 4 minit bacaan
penyakit hepatitis

Pesakit Hepatitis B, Ini Sebab Mengapa Anda Tak Boleh Derma Darah Walaupun Sudah Pulih

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan