backup og meta

"Malu Nak Tanya, Tapi Normal Ke Kalau Ibu Sering Terkencing Malam Lepas Bersalin?" Ini Jawapannya!

"Malu Nak Tanya, Tapi Normal Ke Kalau Ibu Sering Terkencing Malam Lepas Bersalin?" Ini Jawapannya!

Selepas melahirkan bayi, tubuh ibu masih belum pulih sepenuhnya. Terdapat beberapa masalah yang mungkin anda alami selepas bersalin. Salah satunya adalah inkontinens urin, suatu keadaan di mana anda tidak dapat mengawal air kencing, terutama semasa bersin, batuk, ketawa, melompat, mengangkat benda berat, atau lain-lain pergerakan yang meletakkan tekanan pada pundi kencing anda. Inkontinens urin atau terkencing malam adalah biasa berlaku dalam kalangan ibu selepas bersalin. Walau bagaimanapun, adakah inkontinens urin berlaku pada setiap ibu?

Siapa yang berisiko mengalami terkencing malam selepas bersalin?

Bukan semua ibu selepas bersalin mengalami inkontinens urin atau terkencing malam. Namun, kebanyakan ibu selepas bersalin mengalaminya. Selalunya, terkencing malam berlaku lebih banyak kepada ibu yang bersalin normal berbanding dengan ibu yang bersalin cesarean.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa seseorang ibu yang melahirkan bayi dengan cara vagina selalunya mempunyai masalah dengan kencing selepas bersalin. Kajian lain juga menyatakan bahawa ibu yang mengalami kelahiran normal berpanjangan atau yang bersalin bayi besar adalah lebih cenderung untuk mengalami inkontinens urin selepas bersalin.

Di samping itu, beberapa kecenderungan penyebab inkontinens urin selepas bersalin adalah:

  • Wanita mengandung obes
  • Wanita mengandung yang merokok
  • Ibu yang mempunyai banyak anak, terutama jika bersalin secara normal

Apakah penyebab inkontinens urin?

Inkontinens urin boleh berlaku disebabkan otot di sekitar pundi kencing dan pelvis lemah semasa kehamilan dan kelahiran. Sebagai kesannya, air kencing adalah lebih sukar untuk dikawal, seperti membuang atau berhenti separuh jalan. Selepas kelahiran, saiz uterus mengecut pada minggu-minggu terawal selepas bersalin menjadikan otot lantai pelvik beranjak, menjadikannya sukar untuk menghalang air dalam pundi kencing dan mengekalkan uretra tertutup. Kesannya, urin boleh bocor dan anda tidak dapat mengawalnya.

Bagaimana untuk mengatasi inkontinens urin?

Inkontinens urin mungkin berlaku pada masa-masa berbeza untuk setiap ibu selepas kelahiran. Terdapat wanita yang mengalami inkontinens urin dalam masa yang pendek selepas bersalin, sementara sesetengah yang lain mengambil tempoh yang panjang dalam mengalami komplikasi selepas kelahiran ini. Ini tentunya memberikan anda rasa tidak selesa memandangkan anda tidak tahu bila ia akan terjadi. Namun, janganlah risau! Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi inkontinens urin:

  • Lakukan senaman kegel dengan kerap supaya otot lantai pelvik anda cepat pulih dan kuat semula 
  • Gunakan pad atau lampin untuk membantu menyerap air kencing yang terkeluar dan melindungi seluar anda daripada kebocoran urin
  • Cuba untuk silangkan kaki anda dan ketatkan otot pelvik apabila anda mahu bersin, batuk, atau ketawa 
  • Kurangkan pengambilan minuman berkafein, seperti kopi, teh, dan minuman ringan, untuk membantu anda mengurangkan kekerapan untuk membuang air kecil 
  • Kurangkan pengambilan oren, tomato, dan makanan berasid tinggi lain yang boleh mengganggu pundi kencing anda dan menjadikan urin sukar untuk dikawal 
  • Elakkan sembelit selepas kelahiran dalam usaha untuk tidak meletakkan lebih tekanan pada pundi kencing anda 

Anda mungkin berminat membaca:

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Postpartum urinary incontinence  https://www.babycenter.com/0_postpartum-urinary-incontinence_1152241.bc?page=2#articlesection4. Accessed June 6, 2017.

Loss of Bladder Control Postpartum http://www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/postpartum-urinary-incontinence.aspx. Accessed June 6, 2017.

Stress incontinence after birth. https://www.babycentre.co.uk/a553463/stress-incontinence-after-birth. Accessed June 6, 2017.

The Relationship between Acidic Urinary pH and Overactive Bladder. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25766740. Accessed June 6, 2017.

Versi Terbaru

06/07/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Keputihan Semasa Mengandung Ganggu Keselesaan Bakal Ibu? Amalkan 5 Tip Ini, Berkesan!

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 06/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan