backup og meta

Cepat Letih Masa Hamil? Itu Simptom Anemia! Cuba Ambil Makanan Untuk HB Rendah Ini

Cepat Letih Masa Hamil? Itu Simptom Anemia! Cuba Ambil Makanan Untuk HB Rendah Ini

Mengetahui makanan untuk Hb rendah amat penting buat bakal ibu dengan masalah kekurangan darah (anemia). Teruskan pembacaan untuk mengetahui jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Jenis masalah anemia

Semasa mengandung, anda berisiko mengalami anemia – darah tidak mempunyai sel darah merah sihat untuk membawa oksigen ke tisu badan dan bayi dalam kandungan.

Hb singkatan bagi Hemoglobin merupakan protein yang ada di dalam sel darah merah. Protein inilah yang membuatkan darah berwarna merah.

Umumnya ketika hamil, badan menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong tumbesaran bayi. Tanpa zat besi atau nutrien lain yang mencukupi, badan mungkin tidak dapat mengeluarkan jumlah tambahan sel darah merah yang diperlukan.

Kekurangan darah atau anemia ringan adalah normal untuk berlaku semasa hamil. Tetapi risiko anemia lebih teruk boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Jika ia teruk dan tidak dirawat, wujud risiko komplikasi serius seperti kelahiran pramatang.

Terdapat lebih daripada 400 jenis anemia. Namun terdapat beberapa yang cenderung terjadi semasa kehamilan:

  • Anemia kekurangan zat besi – kesan kekurangan zat besi
  • Anemia kekurangan folat – kesan kekurangan asid folik
  • Anemia kekurangan vitamin B12, kesan kekurangan vitamin B12

Siapa yang berisiko alami masalah anemia?

Sepanjang tempoh kehamilan, jumlah darah dalam badan meningkat antara 20-30 peratus. Ini bermakna tubuh memerlukan lebih banyak zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang banyak.

Anda mungkin berisiko tinggi untuk anemia semasa mengandung jika:

  • Hamil berganda
  • Tidak mengambil zat besi secukupnya
  • Jarak antara kehamilan yang dekat
  • Alami kitaran haid berat sebelum hamil
  • Kerap muntah kerana morning sickness
makanan untuk hb rendah
Muntah-muntah tanda Hb rendah.

Makanan untuk Hb rendah: Fahami simptomnya 

Anda mungkin tidak menyedari sebarang gejala anemia ringan pada mulanya. Dari masa ke masa, anda mungkin merasa:

Gejala lain termasuk:

  • Pening atau lemah
  • Degupan jantung laju
  • Sakit kepala
  • Kulit pucat, kering atau mudah lebam
  • Ulser lidah
  • Pergerakan tidak terkawal pada bahagian bawah kaki

Jadi apakah cara menaikkan Hb dengan cepat pada ibu hamil?

Jenis makanan untuk Hb rendah semasa mengandung

Ini yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan tahap hemoglobin semasa kehamilan:

makanan untuk hb rendah
Cara tambah darah ketika hamil.

Makanan untuk hemoglobin rendah: Tinggi zat besi

Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi amat digalakkan. Anda boleh mempertimbangkan untuk memasukkan makanan berikut ke dalam diet harian, seperti:

  • Sayur-sayuran dan buah-buahan: Bayam, pasli, lobak, kacang, brokoli, kangkung, asparagus, kubis, lada hijau dan tomato adalah beberapa sumber zat besi dalam sayur-sayuran. Untuk buah-buahan, anda boleh makan oren dan epal
  • Buah kering: Kismis, kacang tanah, badam, kurma, buah tin kering dan hazelnut adalah sumber zat besi yang baik
  • Bijirin, gandum dan roti: Gandum penuh, barli, oat serta roti diperkaya zat besi antara pilihan terbaik
  • Daging dan makanan laut: Telur, ayam, hati, daging lembu, kambing dan makanan laut seperti tiram, sardin, kerang, tuna dan udang, adalah pilihan makanan untuk hb rendah saat hamil yang baik
  • Lain-lain: Pilihan makanan lain yang boleh membantu meningkatkan tahap hemoglobin ialah kelapa, mentega kacang dan coklat

Tingkatkan pengambilan folat, antara jenis makanan untuk Hb rendah

Folat adalah sejenis vitamin B yang memainkan peranan penting dalam pengeluaran hemoglobin.

Tubuh menggunakan folat untuk menghasilkan heme – komponen hemoglobin yang membantu membawa oksigen.

Tanpa folat mencukupi, sel darah merah tidak dapat menjadi matang – punca anemia kekurangan folat dan paras Hb rendah.

Antara sumber folat yang baik adalah: 

  • Daging lembu juga antara makanan untuk hemoglobin rendah
  • Bayam 
  • Nasi 
  • Kacang tanah
  • Kacang mata hitam
  • Kacang ginjal
  • Avokado
  • Salad sebagai makanan tambahan untuk hb rendah

Makanan kaya vitamin C bantu cegah masalah anemia

Vitamin C membantu proses penyerapan zat besi daripada makanan yang diambil. Beberapa sumber makanan tinggi vitamin C seperti kubis bunga, lada benggala hijau, strawberi, kiwi, tomato dan kentang.

Cuba ambil bersama makanan tinggi vitamin C semasa makan makanan kaya zat besi. Contohnya, anda boleh minum segelas jus oren dan makan bijirin yang diperkaya zat besi untuk sarapan pagi.

Vitamin A & beta-karotena

Seperti vitamin C, vitamin A dan beta-karotena juga membantu tubuh dalam menyerap dan menggunakan zat besi, sekali gus dianggap kumpulan makanan yang sesuai untuk Hb rendah

Antara pilihan makanan kaya vitamin A:

  • Ikan antara makanan tambahan untuk hb rendah
  • Hati
  • Labu
  • Ubi keledek
  • Kangkung 

Makanan tinggi beta-karotena termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran kuning, merah dan oren, seperti:

Makanan untuk Hb rendah # Pengambilan suplemen 

makanan untuk hb rendah
Suplemen untuk Hb rendah.

Ujian pengesanan anemia biasanya akan dilakukan antara semasa hamil minggu ke-24 hingga 28. Jika anda anemia, doktor mungkin akan meminta anda mengambil suplemen sebagai tambahan kepada vitamin pranatal.

Tip

Sesetengah suplemen boleh menyebabkan anda mengalami sembelit atau perut tidak selesa.

Namun tidak semua individu mengalami tindak balas yang sama.

Akhir kata

Cara terbaik menjaga diri jika mengalami anemia dengan memastikan diri mengambil makanan untuk Hb rendah seperti yang kaya zat besi dan vitamin C. Pastikan anda banyak berehat dan minum air secukupnya.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Anemia and Pregnancy. https://www.ucsfhealth.org/education/anemia-and-pregnancy#, Accessed on Dec 1, 2022
  2. Anemia During Pregnancy. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/23112-anemia-during-pregnancy, Accessed on Dec 1, 2022
  3. Institute of Medicine (US) Committee on Nutritional Status During Pregnancy and Lactation. Nutrition During Pregnancy: Part I Weight Gain: Part II Nutrient Supplements. Washington (DC): National Academies Press (US); 1990. 14, Iron Nutrition During Pregnancy. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK235217/#_NBK235217_pubdet_,  Accessed on Dec 1, 2022
  4. Iron deficiency anemia during pregnancy: Prevention tips. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/anemia-during-pregnancy/art-20114455, Accessed on Dec 1, 2022 
  5. Iron. https://ods.od.nih.gov/factsheets/Iron-Consumer/, Accessed on Dec 1, 2022
  6. Iron in Nettle Tea (vs Nettle Leaf Powder) https://www.healwithfood.org/foods-that-contain/iron-in-nettle-tea-vs-powder.php#ixzz7mE6aS2V8, Accessed on Dec 1, 2022
  7. Iron Deficiency. https://intermountainhealthcare.org/services/blood-disorders/conditions/iron-deficiency/, Accessed on Dec 1, 2022

Versi Terbaru

07/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

4 Tanda Umum Jika Ibu Hamil Mungkin Mengalami Keguguran Di Awal Trimester!

Rawat Selesema Dan Flu Ketika Hamil, Ini Adalah Pilihan Selamat Untuk Bakal Ibu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan