backup og meta

Ibu Hamil Jangan Ambil Mudah Jika Sakit Gigi, Ini Bahaya Yang Menanti

Ibu Hamil Jangan Ambil Mudah Jika Sakit Gigi, Ini Bahaya Yang Menanti

Semasa hamil, setiap tubuh anda memerlukan penjagaan yang rapi kerana hormon kehamilan akan membuatkan anda melalui banyak perubahan. Tidak terkecuali, gigi! Ibu hamil sering terlepas pandang akan penjagaan mulut mereka, terutamanya gigi dan gusi. Disebabkan kurang penjagaan pada bahagian oral, jadi tidak hairanlah mengapa ramai wanita yang mengalami masalah gusi dan sakit gigi semasa hamil.

Masalahnya, jika perkara ini berlaku, akibatnya bukan hanya ditanggung oleh ibu hamil sahaja, sebaliknya bayi dalam kandungan turut menerima kesan buruk.

Bagaimana terjadinya sakit gigi semasa hamil? 

Tahukah anda bahawa perubahan dan peningkatan hormon semasa hamil akan menyebabkan tubuh bertindak balas dengan plak, iaitu lapisan bakteria yang ada pada gigi. Oleh itu, amat mudah untuk ibu hamil mendapat sakit gigi jika kebersihan gigi tidak dijaga dengan baik.

Sistem imunisasi badan ibu akan lemah apatah lagi jika ibu mengalami sakit gigi berserta jangkitan batuk ataupun demam. Proses jangkitan yang dialami pada badan ibu bukan sahaja akan melemahkan ketahanan tubuhnya, bahkan juga boleh menyebabkan bakteria yang menyerang gigi merebak kepada janin anda.

Apakah risiko sakit gigi semasa hamil kepada ibu dan kandungan?

Ibu hamil yang mengalami sakit gigi berisiko mendapat keguguran, kelahiran bayi pramatang dan bayi mati dalam perut.

Bayi yang lahir juga akan mengalami masalah kurang berat badan.  

Jadi, jangan pandang remeh jika anda mengalami masalah sakit gigi semasa hamil. Segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.

Penjagaan gigi semasa hamil

Penjagaan gigi yang betul dengan bantuan daripada doktor gigi akan menjadikan gigi anda kekal sihat walaupun semasa anda sedang mengandung. Bagi mengelak dan mengurangkan risiko anda daripada mengalami masalah sakit gigi semasa hamil, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Teruskan amalan penjagaan gigi semasa hamil.
  2. Patuhi amalan kebersihan oral untuk mengelakkan atau mengurangkan masalah kesihatan mulut dan gigi.
  3. Kurangkan makan makanan yang manis. Anda perlu menggosok gigi setiap kali selepas mengambil makanan manis.
  4. Amalkan diet yang sihat dan seimbang. Gigi pertama bayi anda akan mula tumbuh semasa tiga bulan pertama kehamilan. Jadi, ambillah makanan yang mengandungi produk tenusu, keju dan yogurt yang amat baik untuk penghasilan gigi, gusi dan tulang yang sihat.
  5. Jika perlu mendapatkan rawatan gigi, jumpa doktor obstetrik anda dahulu. Doktor akan memberikan nasihat tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh ibu hamil- termasuklah dari segi penerimaan ubat-ubatan semasa rawatan gigi.
  6. Beritahu doktor gigi anda tentang kehamilan anda terutamanya jika anda masih lagi berada di trimester pertama. Doktor akan memberi nasihat tentang rawatan yang selamat untuk ibu hamil.

Kesimpulan

Tidak kiralah semasa hamil ataupun tidak, kita masih perlu menjaga kebersihan dan kesihatan oral. Amalkan langkah penjagaan oral yang mencukupi dan jadualkan janji temu berkala bersama doktor gigi.

 

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Oral health during pregnancy http://www.ada.org/~/media/ADA/Publications/Files/for_the_dental_patient_may_2011.ashx

https://www.onlymyhealth.com/oral-health-hygiene-in-pregnancy-1311238048

Versi Terbaru

14/02/2020

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Keputihan Semasa Mengandung Ganggu Keselesaan Bakal Ibu? Amalkan 5 Tip Ini, Berkesan!

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/02/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan