Mengetahui makanan untuk Hb rendah amat penting buat bakal ibu dengan masalah kekurangan darah (anemia). Teruskan pembacaan untuk mengetahui jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Jenis masalah anemia
Semasa mengandung, anda berisiko mengalami anemia – darah tidak mempunyai sel darah merah sihat untuk membawa oksigen ke tisu badan dan bayi dalam kandungan.
Hb singkatan bagi Hemoglobin merupakan protein yang ada di dalam sel darah merah. Protein inilah yang membuatkan darah berwarna merah.
Umumnya ketika hamil, badan menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong tumbesaran bayi. Tanpa zat besi atau nutrien lain yang mencukupi, badan mungkin tidak dapat mengeluarkan jumlah tambahan sel darah merah yang diperlukan.
Kekurangan darah atau anemia ringan adalah normal untuk berlaku semasa hamil. Tetapi risiko anemia lebih teruk boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Jika ia teruk dan tidak dirawat, wujud risiko komplikasi serius seperti kelahiran pramatang.
Terdapat lebih daripada 400 jenis anemia. Namun terdapat beberapa yang cenderung terjadi semasa kehamilan:
- Anemia kekurangan zat besi – kesan kekurangan zat besi
- Anemia kekurangan folat – kesan kekurangan asid folik
- Anemia kekurangan vitamin B12, kesan kekurangan vitamin B12
Siapa yang berisiko alami masalah anemia?
Sepanjang tempoh kehamilan, jumlah darah dalam badan meningkat antara 20-30 peratus. Ini bermakna tubuh memerlukan lebih banyak zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang banyak.
Anda mungkin berisiko tinggi untuk anemia semasa mengandung jika:
- Hamil berganda
- Tidak mengambil zat besi secukupnya
- Jarak antara kehamilan yang dekat
- Alami kitaran haid berat sebelum hamil
- Kerap muntah kerana morning sickness
Makanan untuk Hb rendah: Fahami simptomnya
Anda mungkin tidak menyedari sebarang gejala anemia ringan pada mulanya. Dari masa ke masa, anda mungkin merasa:
- Keletihan
- Sejuk
- Sesak nafas
Gejala lain termasuk:
- Pening atau lemah
- Degupan jantung laju
- Sakit kepala
- Kulit pucat, kering atau mudah lebam
- Ulser lidah
- Pergerakan tidak terkawal pada bahagian bawah kaki
Jadi apakah cara menaikkan Hb dengan cepat pada ibu hamil?
Jenis makanan untuk Hb rendah semasa mengandung
Ini yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan tahap hemoglobin semasa kehamilan:
Makanan untuk hemoglobin rendah: Tinggi zat besi
Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi amat digalakkan. Anda boleh mempertimbangkan untuk memasukkan makanan berikut ke dalam diet harian, seperti:
- Sayur-sayuran dan buah-buahan: Bayam, pasli, lobak, kacang, brokoli, kangkung, asparagus, kubis, lada hijau dan tomato adalah beberapa sumber zat besi dalam sayur-sayuran. Untuk buah-buahan, anda boleh makan oren dan epal
- Buah kering: Kismis, kacang tanah, badam, kurma, buah tin kering dan hazelnut adalah sumber zat besi yang baik
- Bijirin, gandum dan roti: Gandum penuh, barli, oat serta roti diperkaya zat besi antara pilihan terbaik
- Daging dan makanan laut: Telur, ayam, hati, daging lembu, kambing dan makanan laut seperti tiram, sardin, kerang, tuna dan udang, adalah pilihan makanan untuk hb rendah saat hamil yang baik
- Lain-lain: Pilihan makanan lain yang boleh membantu meningkatkan tahap hemoglobin ialah kelapa, mentega kacang dan coklat
Tingkatkan pengambilan folat, antara jenis makanan untuk Hb rendah
Folat adalah sejenis vitamin B yang memainkan peranan penting dalam pengeluaran hemoglobin.
Tubuh menggunakan folat untuk menghasilkan heme – komponen hemoglobin yang membantu membawa oksigen.
Tanpa folat mencukupi, sel darah merah tidak dapat menjadi matang – punca anemia kekurangan folat dan paras Hb rendah.
Antara sumber folat yang baik adalah:
- Daging lembu juga antara makanan untuk hemoglobin rendah
- Bayam
- Nasi
- Kacang tanah
- Kacang mata hitam
- Kacang ginjal
- Avokado
- Salad sebagai makanan tambahan untuk hb rendah
Makanan kaya vitamin C bantu cegah masalah anemia
Vitamin C membantu proses penyerapan zat besi daripada makanan yang diambil. Beberapa sumber makanan tinggi vitamin C seperti kubis bunga, lada benggala hijau, strawberi, kiwi, tomato dan kentang.
Cuba ambil bersama makanan tinggi vitamin C semasa makan makanan kaya zat besi. Contohnya, anda boleh minum segelas jus oren dan makan bijirin yang diperkaya zat besi untuk sarapan pagi.
Vitamin A & beta-karotena
Seperti vitamin C, vitamin A dan beta-karotena juga membantu tubuh dalam menyerap dan menggunakan zat besi, sekali gus dianggap kumpulan makanan yang sesuai untuk Hb rendah
Antara pilihan makanan kaya vitamin A:
- Ikan antara makanan tambahan untuk hb rendah
- Hati
- Labu
- Ubi keledek
- Kangkung
Makanan tinggi beta-karotena termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran kuning, merah dan oren, seperti:
- Lobak merah
- Mangga
- Lada benggala
Makanan untuk Hb rendah # Pengambilan suplemen
Ujian pengesanan anemia biasanya akan dilakukan antara semasa hamil minggu ke-24 hingga 28. Jika anda anemia, doktor mungkin akan meminta anda mengambil suplemen sebagai tambahan kepada vitamin pranatal.
Tip
Namun tidak semua individu mengalami tindak balas yang sama.
Akhir kata
Cara terbaik menjaga diri jika mengalami anemia dengan memastikan diri mengambil makanan untuk Hb rendah seperti yang kaya zat besi dan vitamin C. Pastikan anda banyak berehat dan minum air secukupnya.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]