Bagaimanakah Mengurangkan Kesan Parut C-Section?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Menjalani pembedahan C-section adalah satu pengalaman buruk yang akan menyebabkan banyak ketidakselesaan dan kesakitan. Selain itu, ia juga akan meninggalkan kesan parut yang hodoh pada perut wanita. Persoalannya, bagaimanakah wanita boleh mengurangkan kesan parut C-section?

Mengenai C-section

Jenis insisi

Apabila wanita mengalami masalah melahirkan bayi secara semula jadi, pembedahan c-section perlu dilakukan. Selepas melahirkan bayi pula, pasti akan wujud kesan parut pada perut wanita tersebut. Ia mungkin akan terbentuk secara menegak atau melintang bergantung kepada individu.

Metode menutup luka

  • Penggunaan pengokot kulit yang merupakan pilihan paling mudah dan cepat.
  • Penggunaan jarum dan benang untuk menjahit insisi. Ia akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh berbanding menggunakan pengokot, tetapi ia adalah lebih selamat.
  • Penggunaan gam pembedahan untuk menutup insisi. Ia juga akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh namun meninggalkan parut yang paling minima.

Jenis kesan parut C-section

Dalam kebanyakan kes, parut daripada C-section akan sembuh dengan baik. Namun begitu, ada juga kes yang menyebabkan wanita mengalami masalah dengan kesan parut. Wanita muda (di bawah umur 30 tahun) atau wanita yang berkulit gelap lebih berisiko menghadapi masalah ini. Terdapat dua masalah utama berkaitan kesan parut:

  • Parut menjadi keloid apabila tisu pada luka merebak daripada garis permukaan luka lalu menyebabkan parut terbentuk pada sekitar insisi.
  • Berbeza dengan parut keloid, parut hipertrofik tidak akan merebak daripada garis permukaan luka. Walau bagaimanapun, tisu masih akan berkembang dan menjadi lebih tebal jika dibandingkan dengan parut biasa.

Bagaimanakah membantu menyembuhkan kesan parut dengan sebetulnya?

Salah satu cara untuk mengurangkan kesan parut C-section adalah menjaga bekas luka tersebut selepas pembedahan.

  • Pastikan ia bersih. Semasa mandi, anda tidak perlu menutupnya. Biarkan air mengalir di kawasan luka dan cuba cuci dengan perlahan-lahan. Selepas mandi, keringkannya dengan kain yang bersih.
  • Biarkan ia terdedah dengan udara. Udara akan membantu proses penyembuhan kecederaan kulit. Pakai pakaian yang longgar untuk mendapatkan pengaliran udara.
  • Jangan sesekali terlepas temujanji dengan doktor. Jika kesan jahitan masih tidak kemas dan anda terlepas temujanji doktor, parut itu mungkin akan kelihatan hodoh.
  • Kekal aktif. Pergerakan akan membantu perjalanan darah dan mempercepatkan proses penyembuhan. Dengan melakukan ini, anda dapat mengelak DVT (deep venous thrombosis) – kondisi darah tergumpal. Walau bagaimanapun, jangan pula anda melakukan pergerakan yang mengejut. Selain itu, jangan mengangkat barang yang terlalu berat. Jika anda ingin melakukan senaman, dapatkan kebenaran doktor terlebih dahulu.
  • Jika anda terlihat apa-apa tanda atau simptom infeksi seperti kemerahan, kebengkakan, demam panas atau luka terbuka kembali, segera berjumpa doktor.

Bagaimanakah untuk meminamakan kesan parut?

Parut C-section akan pudar seiring peredaran masa. Namun begitu, terdapat beberapa tip untuk memperbaiki penampilannya.

Pertama sekali, jangan dedahkan kesan parut kepada cahaya matahari. Ia hanya akan menyebabkan parut berbeza warna dengan kulit. Sebaiknya, sorokkan ia daripada cahaya matahari dengan pakaian atau krim.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan pilihan rawatan untuk mengurangkan parut. Terdapat terapi atau prosedur yang memerlukan pembedahan dan ada yang tidak.

Prosedur yang tidak memerlukan pembedahan

  • Terapi laser: Ia boleh berlaku sebaik sahaja jahitan dikeluarkan daripada bekas luka. Dapatkan bantuan pakar kulit untuk melakukannya.
  • Suntikan steroid: Untuk parut yang buruk seperti keloid atau hipertrofik, suntikan steroid boleh membantu parut mengecut dan menjadi kurang jelas. Ia boleh disuntik semasa melakukan C-section ataupun selepas luka tersebut sembuh.

Prosedur yang memerlukan pembedahan

  • Revisi parut: Terapi ini akan dilakukan dengan pembuangan kulit yang terbentuk parut. Kemudiannya, terbentuk satu kesan luka baru yang akan sembuh semula lalu meninggal parut yang kurang jelas berbanding sebelumnya.
  • Tummy tuck: Jika parut tersebut terlalu teruk, terapi ini boleh digunakan. Ia akan melibatkan pembuangan lemak dan kulit pada abdomen lalu menjadi insisi untuk meninggalkan parut yang kurang jelas berbanding sebelumnya.

Konklusinya, terdapat banyak cara untuk mengurangkan kesan parut C-section seperti yang telah dinyatakan. Metode akan digunakan bergantung kepada tahap keterukan luka individu. Pilih metode yang anda rasakan terbaik untuk mengembalikan semula keyakinan anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kaki Pendek Sebelah Punca Anda Tempang? Ada Juga Gejala Lain Yang Boleh Anda Alami

    Kajian menunjukkan aduan berkenaan dengan kaki panjang sebelah (atau kaki pendek sebelah) bukanlah sesuatu yang asing. Ia dialami oleh kira-kira...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Penyakit Tulang Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

    Peningkatan jumlah kes bunuh diri sepanjang wabak virus korona baharu (COVID-19) yang berlaku di seluruh dunia amat membimbangkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Cegah Bunuh Diri 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

    Kesihatan wanita sering menjadi fokus perbincangan utama menjelang 8 Mac yang merupakan Hari Wanita Sedunia. Ikuti 4 cara wanita jaga kesihatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Ujian & Pemeriksaan Untuk Wanita 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

    Bukan hanya konjunktivitis, terdapat beberapa lagi jenis sakit mata yang boleh berlaku pada kita semua. Jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Mata 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara mengatasi obesiti

    Ini Cara Untuk Elak Gemuk Ikut Peringkat Umur: Bayi, Kanak-Kanak & Orang Dewasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    penyebab kanser

    Mata Biru Senang Dapat Kanser? Ini 5 Jenis Kanser Mata Dan Punca Ia Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    penyebab sakit ulu hati

    Sering Terkena Serangan Pedih Ulu Hati? Mungkin Apa Yang Anda Makan Merupakan Puncanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan
    kebersihan telinga

    Ku Sangkakan Pekak, Rupanya Telinga Tersumbat! Apa Perlu Buat Jika Alaminya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/03/2021 . 3 minit bacaan