Adakah Rawatan IVF Meningkatkan Risiko Kanser?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Anda mungkin perlu menjalani rawatan IVF untuk membolehkan anda hamil. Akan tetapi, terdapat desas-desus yang mengaitkan rawatan IVF dengan kanser. Sudah tentu perkara ini sedikit-sebanyak boleh mempengaruhi keputusan anda untuk meneruskan IVF. Jika anda tidak pasti mengenai perkara ini, teruskan membaca artikel di bawah.

Apa itu rawatan IVF?

IVF (pembenihan in vitro) ialah teknik reproduktif di mana telur dan sperma bertemu dalam piring makmal. Selepas telur dan sperma disenyawakan, hasilnya akan dimasukkan ke dalam rahim melalui serviks wanita.

Anda boleh menjalani rawatan IVF, jika:
– Anda mengalami gangguan ovulasi.
– Anda mempunyai masalah dengan kualiti telur.
– Tiub fallopian anda rosak atau tersumbat (tiub fallopian juga dikenali sebagai tiub rahim yang membawa telur daripada ovari ke rahim)
– Anda menggunakan telur yang bukan datang daripada tubuh anda.
– Tiub fallopian anda telah dibuang.
– Anda mempunyai gangguan genetik.
– Pasangan anda mempunyai masalah dengan ketidaksuburan, termasuklah masalah bilangan sperma dan pergerakan sperma.

Rawatan IVF dan risiko kanser

Jika anda memilih untuk melakukan rawatan IVF, anda perlu menjalani beberapa pusingan rawatan hormon. Dalam pusingan tersebut digunakan untuk merangsang perkembangan telur dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan telur-telur. Beberapa telur diperlukan kerana mungkin terdapat telur yang tidak dapat disenyawakan. Disebabkan rawatan ini menggunakan hormon, jadi ia mungkin menimbulkan persoalan dan kebimbangan mengenai risiko untuk mendapat kanser tertentu, terutamanya kanser yang berkait dengan perubahan paras hormon dalam tubuh anda (estrogen dan progesteron).

Beberapa kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara rawatan IVF atau perubatan kesuburan dan payudara, endometrium dan kanser ovari. Kajian lain pula mengatakan bahawa rawatan IVF tidak wujud dalam meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser-kanser tersebut. Keseluruhannya, risiko mendapat kanser-kanser ini adalah luar biasa dan ia cenderung untuk terbentuk beberapa tahun selepas anda menerima rawatan tersebut. Oleh itu, kaitan antara rawatan IVF dan risiko kanser adalah sukar untuk dinyatakan.

Hubungkait antara rawatan IVF dan kanser adalah kompleks dan hasil kajian baru-baru ini adalah sukar untuk ditafsirkan. Beberapa kajian menunjukkan yang rawatan IVF boleh meningkatkan risiko untuk kanser, sementara kajian lain pula mengatakan tidak. Oleh itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk melakukan IVF, anda boleh bertanyakan kepada doktor mengenai risiko untuk mendapat kanser.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Jantung Lebih Sihat Dan Kulit Glowing? Makan Sebiji Epal Sehari Sudah Cukup!

    Buah epal merah amat baik untuk kesihatan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan jantung. Jom ketahui 3 khasiat epal merah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Fakta Nutrisi 02/03/2021 . 3 minit bacaan

    Virus ‘Chicken Pox’ Boleh Buat Anda Pekak? Ia Mungkin Kesan Sindrom Ini!

    Ada kepercayaan yang kata virus cacar air boleh buat anda pekak. Benarkah? Jom klik untuk baca artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga 02/03/2021 . 3 minit bacaan

    Angkara Kurang Tidur, Jadilah ‘Mata Panda’, Ada 9 Cara Untuk Hilangkannya!

    Terdapat banyak cara hilangkan lingkaran hitam bawah mata dan salah satu adalah cukup tidur. Jom klik untuk baca cara lain dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penjagaan Mata 02/03/2021 . 3 minit bacaan

    Wahai Lelaki, Ambil 8 Suplemen Ini Jika Anda Ingin Tingkatkan Kebolehan Mencapai Ereksi!

    Kebolehan seseorang untuk mencapai ereksi turut bergantung kepada kadar aliran darah ke organ zakar. Ketahui suplemen yang baik untuk bantu capai ereksi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Mati Pucuk 01/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tips kerja shift malam

    Anda Ada Diabetes Dan Bekerja Shift Malam? Ini 15 Tip Kawal Gula Darah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/03/2021 . 3 minit bacaan
    penawar gastrik angin

    Tak Perlu Makan Ubat? Legakan Gastrik Angin Dengan 6 Cara Ini Di Rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/03/2021 . 3 minit bacaan
    spotting coklat

    Hamil, Tapi Ada Tompokan Coklat Pada Seluar Dalam, Ini Tanda Gugur @ Sebab Lain?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/03/2021 . 2 minit bacaan
    tanda kanser kulit

    Masa Untuk Periksa Kulit Anda! Ini Gejala Bagi 4 Jenis Kanser Kulit Yang Boleh Ancam Nyawa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 02/03/2021 . 3 minit bacaan