Ubat Kesuburan: Hormon Suntikan Dan Clomid – Apa Kita Perlu Tahu Tentangnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 15/05/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Hanya 25 peratus pasangan yang boleh hamil dalam bulan pertama selepas mencuba dan sehingga 90 peratus berjaya hamil dalam tempoh setahun setengah mencuba.

Dengan itu, jika anda dan pasangan gagal tergolong dalam kalangan kumpulan 90 peratus ini, maka salah seorang atau kedua-dua anda mungkin mengalami masalah ketidaksuburan.

Selepas menilai keadaan anda, doktor boleh menetapkan ubat kesuburan tertentu seperti hormon suntikan yang membantu anda merangsang pelepasan hormon atau mengatur ovulasi anda dan keseimbangan hormon, justeru meningkatkan kebarangkalian anda untuk hamil.

Berikut senarai rawatan perubatan ketidaksuburan yang lazim digunakan, tujuannya dan kesan sampingan yang mungkin berlaku:

Perubatan untuk rangsangan ovari

suplemen-tambahan-asid-folik-tingkatkan-kesuburan

#1. Clomifene Citrate (CC)

Direka untuk wanita dengan ovulasi yng tidak tetap atau abnormal, clomifene citrate adalah ubat preskripsi yang paling lazim untuk kes ketidaksuburan.

Biasanya, ubat inilah yang mula diambil oleh hampir setiap wanita sebelum doktor menyarankan mereka dengan jenis ubat kesuburan lain (jika ini tidak berkesan).

Dos biasa clomifene citrate adalah 50mg sehari, diambil antara hari ke-2 dan 6 dalam kitaran seseorang wanita. Dos ini juga mungkin meningkat jika ovulasi masih tidak berlaku 7 hari selepas dos terakhir diambil.

Bagaimanapun, kaedah ini hanya boleh dipreskripsi untuk 3 hingga 6 kitaran, menurut The American Society for Reproductive Medicine (ASRM).

Perubatan ini dikenali untuk kemampuan menyekat keupayaan estrogen, yang boleh menyebabkan sebahagian otak untuk melepaskan LH, GnRH, dan FSH – hormon yang merangsang ovari anda untuk menghasilkan telur.

Ia juga boleh digunakan untuk lelaki memandangkan LH dan FSH juga bertanggungjawab untuk pengeluaran testosteron dan sperma. Clomifene citrate kini dijual di bawah jenama Clomid atau Serophene.

35 tahun

#2. Suntikan hormon

Jenis suntikan hormon sangat berbeza-beza, bergantung kepada hormon tertentu yang anda kurang.

Anda cenderung untuk menerima suntikan GnRH, yang merupakan hormon pelepasan Gonadotropin, yang mencetuskan rembesan FSH dan LH dari kelenjar pituitari; atau hCG, suntikan intramuskular Synthetic Human Chorionic Gonadotropin yang sering digabungkan dengan ubat kesuburan lain.

Dan, jika ovari anda masih tidak boleh dirangsang dengan sebarang ubat yang diberikan, doktor mungkin akan memberikan anda suntikan terus hormon yang diperlukan untuk melepaskan telur.

Suntikan hormon salah satunya merangkumi FSH (hormon penggalak folikel) atau 50/50 gabungan FSH dan LH (yang dipanggil hMG, atau Human menopausal gonadotropin).

Hormon ini biasanya diberikan untuk 7 hingga 12 hari berturut-turut mulai daripada hari ke-2 atau ke-3 kitaran anda.

GnRH juga boleh dipreskripsi untuk lelaki kerana ia boleh meningkatkan penghasilan sperma sihat, namun, ia mungkin mengambil masa daripada 1 hingga 3 tahun untuk melihat kesannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Cik Abang Ada Masalah Sperma? Teknik Pembedahan Ini Mungkin Solusi Yang Anda Cari!

    Jika anda alami sebarang masalah kesuburan, lelaki boleh pergi buat ujian sperma dan jalani kaedah pembedahan SSR untuk menyelesaikannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ganja Bukan Saja Buat Ketagih, Tapi Juga Boleh Buat Lelaki & Wanita Mandul, Benar Ke?

    Dadah seperti ganja sering diambil oleh orang ramai untuk relaks terutamanya jika mereka sedang stress dan ingin melarikan diri daripada realiti.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mengapa Wanita Tidak Subur Masih Perlu Ambil Pil Perancang, Ini Sebabnya!

    Doktor kata ada masalah kesuburan tetapi kenapa masih perlu ambil pil kontraseptif? Buat anda yang mengalami isu ketidaksuburan, ini penjelasannya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Penyakit Radang Usus (IBD) Sebabkan Wanita Tidak Subur, Fakta Atau Auta?

    Penyakit radang usus atau IBD merupakan masalah keradangan yang berlaku pada mana-mana bahagian pada sistem pencernaan. Adakah ia boleh pengaruhi kesuburan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 16/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tiub fallopio

    Tiub Fallopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan Hanya Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
    ubat untuk masalah kesuburan

    Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    testis lelaki

    Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    sperma berkualiti

    Senaman Adalah KUNCI Sperma Berkualiti & Berkuantiti! Berapa Kerap Lelaki Perlu Buat Ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan