backup og meta

Jangan Tak Hirau Kegatalan Kulit Semasa Hamil, Keadaan Ini Memberi Risiko Pada Kehamilan

Jangan Tak Hirau Kegatalan Kulit Semasa Hamil, Keadaan Ini Memberi Risiko Pada Kehamilan

Psoriasis tidak akan memberi kesan terhadap kemampuan anda untuk hamil dan melahirkan anak. Namun begitu, rawatan psoriasis masih memerlukan langkah berjaga-jaga jika dibuat sebelum atau semasa hamil. Jadi, anda perlu berhubung dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang terbaik di samping memastikan keselamatan bayi dalam kandungan. 

Apakah itu psoriasis?

Psoriasis merupakan kondisi kulit yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit. Psoriasis menyebabkan sel-sel akan terbina dan terbentuk di bahagian permukaan kulit.

Bahagian kulit yang terbentuk ini pula akan kelihatan lebih tebal, kering dan bersisik. Kondisi ini juga akan menyebabkan kegatalan, kemerahan dan kesakitan pada bahagian kulit yang terjejas.

Rawatan Psoriasis dan kehamilan

Dalam beberapa kes, kondisi psoriasis akan bertambah baik semasa kehamilan. Sementara itu, terdapat juga situasi yang mana keadaan ini akan bertambah buruk sewaktu ibu sedang mengandung. 

Ini bermakna, tahap keseriusan psoriasis bergantung kepada individu itu sendiri.

Psoriasis arthritis dan kehamilan

melancap semasa mengandung

Semasa kehamilan, penggunaan ubat-ubatan adalah tidak digalakkan dan perlu dihadkan. Namun begitu, sekiranya anda mengalami kondisi psoriatic arthritis, maka anda perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan preskripsi ubat-ubatan yang diperlukan sebelum, semasa dan selepas anda melahirkan bayi.

Psoriasis dan kelahiran anak

Pastikan anda memberitahu doktor mengenai kondisi diri. Kebanyakan ibu hamil akan mengalami psoriasis selepas bersalin.

Jika anda mengalami kondisi ini di bahagian sulit dan mahu melahirkan bayi secara normal, pastikan anda memberitahu doktor terlebih dahulu.

Kajian menunjukkan bahawa ibu hamil yang mengalami psoriasis akan mempunyai bayi kurang berat badan berbanding dengan ibu lain yang tidak mengalaminya.

Ibu hamil yang mempunyai masalah ini tetapi masih dalam kondisi yang ringan dan tidak serius, maka anda tidak perlu terlalu risau. 

Rawatan psoriasis ketika hamil

keputihan semasa mengandung

Tidak banyak kajian tentang kesan sampingan rawatan psoriasis terhadap ibu hamil. Secara amnya, pilihan utama untuk merawat psoriasis adalah penggunaan krim pelembab dan emolien seperti jeli petroleum.

Penggunaan steroid topikal juga dilihat selamat tetapi ibu hamil perlu berhati-hati ketika menggunakannya pada bahagian dada bagi mengelak bahan ini masuk ke dalam susu badan dan seterusnya berpindah kepada bayi.

Kedua, rawatan fototerapi ultraviolet light B (UVB) juga merupakan pilihan yang selamat.

Namun begitu, psoralen dan ultraviolet light A perlu dielakkan kerana bahan-bahan ini mampu menyerap ke dalam badan lalu menyebabkan bayi dalam kandungan anda sensitif terhadap cahaya.

Jika tiada keperluan perubatan, penggunaan dadah sistemik dan bilogik adalah tidak disarankan ketika sedang hamil atau semasa menyusukan anak.

Ini kerana wanita yang sedang hamil dan menyusukan anak perlu mengelakkan diri daripada bahan-bahan seperti methotrexate dan cyclosporine yang boleh menyebabkan kecacatan pada kandungan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Psoriasis. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/psoriasis/basics/definition/con-20030838. Accessed February 25, 2017.

Pregnancy and Nursing. https://www.psoriasis.org/pregnancy. Accessed February 25, 2017.

Versi Terbaru

09/11/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Hentikan Mitos Nanas Punca Gugur, Ini 3 Manfaat Untuk Ibu Hamil

Wahai Bakal Ibu, Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan Kendiri Sendiri Di Rumah?


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan