Cara Mudah Rancang Keluarga- Tampal Perancang Patch, Tapi Bukan Semua Wanita Boleh Pakai Tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 17/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kebanyakan pengguna perancang keluarga akan memilih kaedah yang selesa, mampu dibeli dan berkesan dalam mencegah kehamilan serta penyakit kelamin.

Penggunaan kontraseptif di negara ini telah dibincangkan dengan meluas dan tersedia untuk pasangan yang sudah berkahwin.

Patch kontraseptif atau perancang patch adalah sejenis alat kontrasepsi yang mengandungi hormon estrogen dan progestin.

Kontraseptif ini adalah tampalan kecil yang melepaskan hormon ke dalam badan melalui kulit anda untuk merancang kehamilan.

Apa itu patch kontraseptif?

Alatan perancang keluarga ini berfungsi sama seperti pil kawalan kelahiran gabungan dan yang lain.

Patch kontraseptif akan mencegah kehamilan dengan cara melepaskan hormon ke aliran darah anda yang menghalang ovari daripada membebaskan telur dan melakukan proses ovulasi.

Walau bagaimanapun, anda memerlukan preskripsi daripada doktor dan golongan perubatan perofesional sebelum menggunakan alatan perancang keluarga ini.

Namun, anda harus beringat bahawa tampalan ini tidak melindungi diri daripada jangkitan seksual.

Adakah kaedah perancang keluarga ini berkesan?

patch kontraseptif

Sekiranya anda menggunakannya dengan betul, perancang patch ini boleh berkesan sehingga 99%.

Tetapi manusia tidak sempurna, dan cenderung untuk membuat kesilapan jadi pada hakikatnya, patch kontraseptif ini menjadi 91% berkesan.

Jika anda mampu menjaga masa penggunaan patch ini sebaiknya dan tepat pada waktunya, maka fungsinya menjadi semakin baik.

Namun begitu, masih ada kemungkinan kecil untuk anda hamil, walaupun anda mungkin telah menggunakannya dengan betul.

Sekiranya anda struggle dengan cara penggunaan alat perancang keluarga ini, anda mungkin mahu menggunakan kaedah lain yang tidak perlu diubah setiap minggu, seperti IUD, implan atau suntikan kawalan kelahiran.

Kelebihan dan kekurangan patch kontraseptif

Jika anda berhasrat memakai perancang patch, ini kelebihan dan kekurangan penggunaannya. Ambil tahu dulu sebelum pakai.

Kelebihan:

  • Sangat mudah digunakan dan tidak mengganggu hubungan seks.
  • Tidak seperti pil kontraseptif oral, anda tidak perlu mengambilnya setiap hari , hanya perlu beringat untuk menukarnya seminggu sekali.
  • Hormon daripada patch tidak diserap oleh perut.
  • Menjadikan haid anda lebih teratur dan tidak menyakitkan.
  • Membantu dengan gejala pramenstruasi.
  • Mengurangkan risiko terkena barah ovari, rahim dan usus.
  • Mengurangkan risiko fibroid dan sista ovari.

Kekurangan:

  • Boleh menyebabkan kegatalan pada kulit.
  • Tidak melindungi anda daripada STI, anda mungkin masih perlu menggunakan kondom.
  • Sesetengah wanita mendapat kesan sampingan sementara ketika awal penggunaan, seperti sakit kepala, mual dan perubahan mood.
  • Penggunaan sebilangan ubat boleh menjadikan patch tersebut kurang berkesan.
  • Sebahagian kaedah perancang keluarga lain lebih mudah dan tidak memerlukan anda untuk menukar secara berskala, seperti alat implan atau intrauterin (IUD).

Risiko menggunakan alatan perancang keluarga ini

Terdapat risiko yang sangat kecil untuk beberapa kesan sampingan yang serius ketika anda menggunakan kontraseptif hormon, seperti perancang patch ini.

Antara risiko dalam penggunaan patch kontraseptif ialah berlakunya pembekuan darah.

Sebilangan kecil individu yang menggunakan kaedah ini mungkin mengalami pembekuan darah di bahagian vena atau arteri.

Jangan gunakan patch kontraseptif ini jika anda pernah mempunyai masalah darah beku sebelumnya.

Risiko anda akan menjadi lebih tinggi sekiranya:

  • Ini adalah tahun pertama anda menggunakan kaedah ini.
  • Anda seorang perokok.
  • Anda mempunyai berat badan berlebihan.
  • Anda mengalami vena varikos yang teruk.
  • Anda seorang penghidap penyakit diabetes.
  • Anda seorang yang menghidapi migrain.
  • Sejarah ahli keluarga terdekat mempunyai serangan jantung, strok atau darah beku sebelum mereka berusia 45 tahun.
  • Anda mempunyai kanser.

Penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang menggunakan patch kontraseptif mempunyai risiko kecil untuk didiagnosis dengan kanser payudara berbanding dengan mereka yang tidak.

Akan tetapi risiko ini akan berkurang mengikut masa setelah penggunaan kontraseptif ini dihentikan.

Selain itu, terdapat juga kajian menunjukkan peningkatan kecil risiko kanser serviks dengan penggunaan kontrasepsi hormon estrogen dan progestogen jangka panjang.

Rumusan

perancang keluarga

Dapat dirumuskan bahawa kaedah perancang keluarga menggunakan patch kontraseptif ini mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi.

Namun, kaedah ini hanya akan berkesan jika anda mengamalkannya dengan cara yang betul dan mematuhi waktu pemakaiannya.

Apa yang penting, bagi pasangan yang ingin melakukan family planning, dapatkan khidmat nasihat daripada doktor ataupun golongan profesional terlebih dahulu supaya tidak tersalah memilih kaedah perancangan keluarga.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

Kadangkala, ibu hamil akan diminta rehat atas katil untuk mengelakkan komplikasi bahaya stress ketika mengandung. Namun, tahukah anda apa itu bed rest?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

Kaum Adam, jika anda ingin memberikan pengalaman seks terbaik kepada isteri, amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Sering Berasa Sakit Pada Bahagian Pelvis? Mungkin Penyebabnya Ada Dalam 9 Perkara Ini

Bagi para wanita, kesakitan pada pelvis mungkin merupakan tanda kekejangan haid, ovulasi, atau masalah gastrousus seperti intoleransi makanan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

suami isteri

Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
mengesan kehamilan PCOS

Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
kejang perut tanpa haid

Tak Period Pun Tapi Masih Sakit Perut? Ini Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Jadi Punca

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit tiroid ibu hamil

Bahaya! Ibu Hamil Yang Ada Masalah Tiroid Berisiko Lahirkan Bayi Kerdil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan