Panas Ketika Hamil: Bagaimana Mengatasinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kehamilan bukanlah suatu proses yang mudah. Selain daripada kesakitan pada aspek fizikal dan perubahan dari aspek emosi, kebanyakan ibu hamil akan menghadapi pelbagai bentuk ketidakselesaan ketika sedang sarat hamil. Antara ketidakselesaan yang mereka akan hadapi adalah badan menjadi lebih panas berbanding sebelum hamil. Situasi ini sangat menggangu dan memberi tekanan kepada kebanyakan ibu yang sedang hamil.

Adakah situasi ini boleh dianggap normal untuk semua ibu yang sedang hamil? Atau adakah situasi ini hanya berlaku kepada segelintir ibu hamil sahaja? Persoalan-persoalan ini akan terjawab melalui kupasan artikel ini dengan lebih lanjut.

Apakah yang menyebabkan kepanasan ketika sedang hamil?

Kepanasan ketika sedang sarat hamil merupakan satu situasi yang sangat normal berlaku kepada setiap ibu hamil. Selain daripada kepanasan, ibu hamil juga akan menghadapi situasi mereka mengeluarkan peluh yang banyak. Situasi ini berlaku akibat perubahan daripada segi hormon, kandungan darah serta kadar metabolisme yang berlaku ketika ibu sedang hamil.

Ketika sedang hamil, hormon progesteron dihasilkan dengan banyak. Hormon ini akan membuka banyak saluran kecil pada permukaan kulit. Ini akan menyebabkan ibu hamil mudah berasa panas dan mengeluarkan peluh yang banyak. Selain itu, ibu yang sedang hamil juga akan mengalami perubahan pada kandungan darah. Kandungan darah mereka akan meningkat sebanyak 50 peratus. Ini akan menyebabkan peredaran darah menjadi lebih laju sekaligus mengakibatkan badan mereka menjadi lebih panas daripada biasa.

Selain perubahan pada aspek hormon dan darah, ibu hamil juga akan mengalami perubahan pada kadar metabolisme. Kadar metabolisme mereka akan meningkat lebih tinggi berbanding sebelum hamil. Keadaan ini akan menyebabkan badan ibu hamil panas dan berpeluh lantas menyebabkan mereka cepat berasa dahaga. Sekiranya keadaan ini tidak dikawal, ibu hamil berkemungkinan akan pitam atau pengsan.

Bagaimana mengatasinya?

Situasi ini sangat membimbangkan ibu hamil justeru perlu diberi pehatian dan dikawal bagi mengelakkan apa-apa kesan buruk berlaku kepada mereka. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh digunakan bagi mengatasi kepanasan semasa hamil.

1. Minum air secukupnya

Air adalah sangat penting untuk ibu yang sedang hamil. Oleh itu sentiasa bawa bersama air di dalam botol ke mana-mana juga anda pergi. Pastikan anda minum air dalam kuantiti secukupnya bagi mengelakkan badan anda mudah berasa lemah dan letih. Ini sekaligus akan mengawal suhu badan agar badan anda tidak terlalu panas.

2. Makan makanan yang sesuai

Selain air, makanan yang dimakan juga mengawal suhu badan ibu yang sedang hamil. Amalkan pemakanan makanan sihat yang dapat menyejukkan badan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar seperti tomato dan tembikai yang mampu menyejukkan badan.

3. Pakai pakaian yang sesuai

Pakaian juga memainkan peranan yang sangat penting bagi mengatasi situasi ini. Ketika sedang berada di luar rumah, anda boleh mengenakan pakaian yang lebih longgar, ringan dan menyerap peluh. Pilih fabrik yang sesuai, selesa dan sejuk untuk dipakai contohnya kain linen dan kain cotton.

4. Hindarkan diri anda daripada tempat yang panas

Ketika sedang hamil, anda disarankan untuk berada di dalam rumah dan berehat secukupnya. Hindari keluar ke tempat-tempat yang panas, sempit, sesak dan ramai orang bagi menjamin keselesaan pada diri anda.

5. Manjakan diri anda

Paling penting, manjakan diri anda. Tidak salah untuk anda berehat di dalam spa, di dalam tab air, di hadapan kipas, atau di dalam bilik berhawa dingin. Perbuatan seperti ini dapat memastikan suhu badan anda terkawal pada setiap masa.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Maklumat Lengkap Mengenai Penyakit Berjangkit: Simptom, Punca, Rawatan & Langkah Pencegahan

    Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan kuman pada tubuh badan manusia. Ini sekali gus menyebarkan penyakit berjangkit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Penyakit Berjangkit 26/02/2021 . 4 minit bacaan

    Kenapa Perlu Terus Sengsara Akibat Kencing Tak Lawas? Ada 7 Cara Mengawalnya!

    Kerap alami masalah terpaksa berulang ke tandas untuk membuang air kecil? Ini petua kencing tak lawas yang mudah untuk menyelesaikan masalah anda itu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kencing Tak Lawas 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Ini Jenis Penyakit Darah Yang Perlu Diketahui, Bukan Hanya Anemia Dan Talasemia Sahaja, Tau!

    Tahukah anda, ada banyak penyakit darah yang boleh berlaku kepada kita? Ia boleh menyerang sel darah dan membuatkan pesakit mengalami pelbagai komplikasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gangguan Darah 26/02/2021 . 5 minit bacaan

    Sendi Bengkak Disebabkan 2 Masalah Radang Sendi Ini, Kenali Perbezaannya

    Masalah radang sendi (artritis) lazim didiagnosis terutamanya dalam kalangan populasi berusia. Ia merangkumi penyakit seperti artritis reumatoid...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Artritis 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    badan manusia

    Bagaimana Sistem Otot Rangka & Tulang Manusia Berfungsi? Ini Info Lengkap Mengenainya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 4 minit bacaan
    masalah kulit

    Kulit Selalu Gatal Walaupun Baru Lepas Mandi? Mungkin Anda Ada Masalah Kulit Kering!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
    bisul di punggung

    Bukan Sebab Duduk Atas Bantal, Ini Rupanya Punca Sebenar Bisul Di Punggung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
    mengatasi sembelit

    Sudah Habis Teran Tapi Tak Keluar, Ini Petanda Sembelit Kronik, Apa Anda Kena Buat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan